NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, January 30, 2012

Isu Gaji Minimum Akan Selesai Februari Ini?


Isu yang sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya.

Isu yang sering dijadikan modal untuk menghentam kerajaan kononnya nasib golongan pekerja swasta tidak dipedulikan oleh kerajaan.

Adakah pengumuman yang bakal dibuat pada bulan Februari ini bakal memberi berita gembira kepada golongan pekerja swasta?

YY : Tunggu dan lihat...

[FOTO] : Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Mangsa Banjir Oleh DS @HishammuddinH2O


Pagi tadi majlis penyerahan kunci kepada mangsa banjir di Kluang, Johor oleh Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin Tun Hussein yang juga Ahli Parlimen Sembrong berjalan dengan lancar.

Foto di Sekitar Majlis Penyerahan Kunci


DS Hishammuddin berbual bersama-sama seorang mangsa banjir yang menerima bantuan dari kerajaan.
Abdul Rahman Bin Said - penerima kunci rumah dari Kg. Seri Cahaya Kluang, Johor
Syukur - Mangsa banjir Sahran Dol memeluk DS Hishammuddin sebagai tanda penghargaan terhadap bantuan yang diberikan.
DS Hishammuddin bergurau senda dengan anak seorang mangsa banjir yang menerima kunci rumah.
Jangan salah anggap, saya tidak menerima sebarang bayaran istimewa untuk mempromosikan DS Hishammudin Tun Hussein. Kerana di pihak KDN mungkin sudah ada pasukan khusus yang dibayar secara bulanan untuk menerangkan serta mempromosikan setiap program DS Hishammuddin Tun Hussein.

Tapi pasukan yang dibayar khas ini dilihat tidak mampu untuk mempromosikan bos mereka sendiri, jika promosi aktiviti bos sendiri pun tak mampu. Usah haraplah mereka mampu menerangkan beza antara kuasa AG dan kuasa Menteri Dalam Negeri.

Tapi nanti-nantilah kita tulis secara 'details'...

Tak gitu Datuk Markiman Kobiran...?

Hahaha...

YY : 'Signal' pertama!

Friday, January 27, 2012

[FOTO] : TPM Hadiri Jamuan Rakyat di Putrajaya Bersama @TengkuAdnanReal @RajaNongChik


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat, sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin di Presint 8 di sini. 
Turut kelihatan ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman. 
Selesai solat, Muhyiddin menyertai orang ramai di kawasan perumahan itu, ke khemah di padang bersebelahan surau untuk majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat. - Utusan 
Foto Sekitar Program Jamuan Rakyat Bersama TPM di Putrajaya













Sekolah Agama Rakyat Akan Dibina di Putrajaya


Dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Bahagian UMNO Putrajaya, TPM yang juga Menteri Pelajaran bersetuju untuk membina Sekolah Agama Rakyat di Putrajaya. 

Sekolah ini dibina atas permintaanAhli Parlimen Putrajaya yang juga Setiausaha Agung UMNO Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sekolah Agama Berasrama Penuh yang diumumkan tadi akan dibina di Precint 8 dalam masa terdekat.

YY : Siapa kata UMNO tak peduli pasal sekolah agama? 

[VIDEO] : Hasan Ali Dengan 'Kuasa Ketiganya' - Apa Kata Mahasiswa?


Pandangan seorang mahasiswa :
Kemunculan Dr Hassan Ali di media-media elektronik sememangnya sangat ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira yang menyokong kerajaan,pembangkang mahupun golongan atas pagar. 
Pada pihak pembangkang terutamanya PAS sendiri,mungkin mereka tertunggu-tunggu apakah setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Hassan Ali mampu menggugat sokongan terhadap mereka-di pihak kerajaan juga tertunggu adakah setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Hassan Ali mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk terus bermain isu ini. 
Namun dalam program soal jawab ini, Dr Hassan Ali banyak memfokuskan mengenai kewujudan "Third Force" dalam sistem politik tanah air. 
Beliau juga ditanya adakah mereka yang berada di dalam kelompok third force akan mengadakan satu pakatan sempena PRU 13 yang akan datang.Semua adalah bergantung kepada keadaan. 
Namun apa yang menarik perhatian brader ialah third force ini pada pandangan brader semakin kuat selepas pemecatan Dr Hassan Ali dari PAS. 
Ya benar,sebelum ini sememangnya sudah ada third force seperti ini namun kali ini brader melihat satu aura yang agak berbeza mungkin kerana Hassan Ali ialah satu nama yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air dan pemecatannya dari PAS telah mengundang seribu satu kontroversi yang pastinya akan mencalarkan imej PAS. 
Pastinya sedar atau tidak,pengaruh Hassan Ali ini mampu memberikan undi protes terhadap PAS.Yang pasti Hassan Ali mempunyai pengikutnya tersendiri yang mampu menggugat PAS....[BACA SELANJUTNYA]

Dan Lagi Berita Ahli PAS Keluar Parti...

Pagi tadi saya menyiarkan tindakan ahli PAS di Kg. Baru yang keluar parti sebulan lalu, dan menyertai UMNO secara rasmi di hadapan Dato Ahmad Bin Maslan semalam.

Terbaru dilaporkan semalam juga seramai 36 orang ahli PAS di Kg. Stapheonal, Kuala Krai Kelantan isytihar keluar parti dan menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Bahagian UMNO Manek Urai Dato Ramzi yang juga Pengerusi KESEDAR.


Sumber : AAKJ

Itu di Kelantan...

Di Kedah pula rakan blogger Mc Theory melaporkan bahawa kubu kuat PAS di Sik berjaya dipecahkan oleh BN setelah 61 orang ahli PAS tegar bertindak keluar parti termasuk sepupu dan juga ibu saudara Ahli Parlimen Sik.

Ibu Saudara Ahli Parlimen PAS Sik Che Uda Che Nik - Mek Endang Bt. Jusoh
Anak Sepupu Ahli Parlimen Sik - Apit
Selain kecewa dengan kepincangan yang berlaku dalam PAS, besar kemungkinan tindakan ahli PAS tegar ini keluar dari parti itu adalah disebabkan pemecatan Hasan Ali yang penjelasan yang munasabah.

Nampaknya kajian dan tinjuan yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS (PPP) kononnya pemecatan Hasan Ali tidak memberi kesan kepada PAS jauh tersasar, kerana mereka hanya membuat tinjuan terhadap komen-komen yang ditinggalkan di portal pro pembangkang.

Kajian berdasarkan komen di media internet dijadikan asas oleh PAS untuk menyakinkan ahli PAS yang lain kononnya parti itu masih diyakini oleh rakyat Malaysia.

Apa punya turrr kajian PPP buat ni...?

Baca kisah kenapa ibu saudara dan anak sepupu Ahli Parlimen Sik bertindak keluar parti yang dilaporkan eksklusif dari Kampung Batu Besar Mukim Telor Tuai di Sik, Kedah Darulaman oleh blogger McTheory [KLIK]

Artikel sebelum : Lagi Ahli PAS Keluar Parti Hadi Awang Kenal Tak Siapa?

[GAMBAR] : Lagi Ahli PAS Keluar Parti...

Hadi Awang kenal tak siapa yang masuk UMNO ni...?
Kebelakangan ini semakin banyak berita mengenai ahli PAS yang hilang kepercayaan terhadap parti itu mengambil keputusan menyertai UMNO. Jumlah yang bertindak keluar parti pula bukan sedikit, ada yang melibatkan beratus orang.


Semalam di Kg.Baru beberapa ahli PAS menyertai UMNO selepas melihat parti yang mereka sertai sejak sekian lama semakin menyimpang dari landasan perjuangan sebenar.

Mereka ini bertindak keluar PAS lebih sebulan yang lalu, dan semalam bekas ahli PAS ini disambut oleh Dato Ahmad Bin Maslan semasa perasmian Kursus Kepimpinan Angkatan Prihatin Terengganu.


Saya juga dimaklumkan oleh seorang sahabat dari Kedah bahawa berkemungkinan beberapa ahli PAS di Kedah akan meninggalkan parti itu hari ini untuk menyertai UMNO.

Nampaknya kajian Pusat Penyelidikan PAS (PPP) yang menyatakan, pemecatan keanggotaaan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS tidak memberikan kesan negatif kepada parti tersasar jauh dari realiti sebenar.

Kerana hakikat yang sebenar adalah semakin hari semakin ramai yang meninggalkan PAS dek kerana tidak lagi yakin dengan tampuk pimpinan parti itu yang kini dimonopoli oleh golongan 'anwarinas'.
Sumber Gambar : Rakan Facebook Zainuddin Salleh
YY : Selamat menyertai UMNO... 

Thursday, January 26, 2012

[HOT VIDEO] : Aziz Bari Mahu PAS/PR Pecat MB Kedah Azizan Razak Sebab Sokong AUKU?



Video ini dirakam selepas program Wacana Sinar Harian yang bertajuk 'Masih Relevankah AUKU' yang turut dihadiri oleh Adam Adli, Safwan 'Wheelchair' Anang dan juga kumpulan 'mahasewel' SMM.

Dalam sidang media tersebut seorang wartawan bertanyakan kepada Aziz Bari mengenai tindakan Menteri Besar Kedah DS Azizan Razak berhubung tindakan Azizan yang menggunakan AUKU menghukum pelajar KUIN tempoh hari.

Dengar  video di atas di minit 0:17.

Disebabkan Azizan Razak tetap mempertahankan pendiriannya dalam mengenakan tindakan terhadap pelajar KUIN, Aziz Bari meminta supaya Azizan Razak masuk sahaja BN kerana BN adalah pro AUKU.

Aziz Bari  tegas meminta supaya pihak tertinggi Pakatan Rakyat mengenakan tindakan yang tegas terhadap MB Kedah itu kerana dalam Buku Jingga yang diperjuangkan Pakatan Rakyat mereka berjanji untuk memansuhkan AUKU.

Apakah komen pengikut Azizan Razak setelah Aziz Bari tegas meminta PR mengenakan tindakan sedangkan Aziz Bari bukan ada kaitan serta menjawat apa-apa jawatan dalam parti PAS mahu pun Pakatan Rakyat?

Mungkin juga Azizan Razak bakal menerima nasib yang sama sebagaimana nasib yang menimpa Hasan Ali yang dipecat tanpa sebarang penjelasan dari pucuk pimpinan PAS?

Penyokong Tegar PAS di Facebook Kantoi Gambar Aksi Ghairah?


Semalam saya dan 1peluru menerima 3 keping gambar yang dihantar melalui emel kami, emel tersebut mengatakan seorang penyokong tegar PAS yang selalu berhujah menggunakan hadis dan Al-Quran di laman facebook serta pernah terlibat sebagai jentera PR semasa PRK di Permatang Pauh terlibat dengan seks luar nikah sehingga melahirkan anak perempuan.


Bagi saya bukan sesuatu yang aneh bila melihat sikap munafik penganut PAS, jika pemimpin mereka yang kini merupakan Naib Presiden PAS iaitu Mat Sabu pernah kantoi dengan aktiviti 'phone seks' bersama Normah. Inikan pula pengikut mereka yang hanya warak dan zuhud bila berhadapan dengan orang UMNO.

Baca juga apa komen 1PELURU [KLIK]

Penyampaian Amanat Tahun Baru 2012 Oleh Menteri KPT @KhaledNordin - Di mana Timbalannya @saifuddinabd ?


Pagi tadi satu taklimat sulit dan penyampaian amanat melibatkan kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang berlangsung di PICC Putrajaya.

Dalam majlis penyampaian amanat yang dilakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi ini hampir semua kakitangan pengurusan tertinggi KPT hadir. Tapi anehnya Timbalan Pengajian Tinggi iaitu Dato Saifuddin Abdullah tidak hadir dalam majlis penyampaian amanat yang dilakukan oleh boss KPT.

Sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bagi saya tidak sepatutnya Dato Saifuddin Abdullah tidak hadir kerana amanat yang disampaikan oleh Menteri KPT ini merupakan dasar-dasar kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib Tun Razak.


Tindakan beliau yang gagal hadir ini seolah-olah memperlihatkan kepada kita bahawa Timbalan Menteri KPT ini tidak ambil peduli segala amanah yang ingin disampaikan kepada seluruh kakitangan KPT lebih-lebih lagi mereka yang berada di peringkat tertinggi dalam Kementerian tersebut.

Aneh bukan bila seorang Timbalan Menteri yang dilihat begitu banyak meluangkan masa bersama pelajar-pelajar pro-pembangkang tetapi gagal menghadirkan diri dalam satu taklimat dan penyampaian amanat sulit yang penting bagi kakitangan KPT.

Apa agaknya penjelasan Dato Saifuddin Abdullah berhubung ketidak-hadiran beliau dalam satu majlis penting melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi sedangkan beliau merupakan orang no.2 dalam kementerian terbabit?

Mungkin Dato Timbalan Menteri kita sedang sibuk bermain bola keranjang bersama murid-murid sekolah atau sibuk menghadirkan diri dalam program pelajar pro-pembangkang?

Hehehehe...

YY : Orang kata Bos dgn orang no.2 KPT tak berapa nak ngam.. betoi ke?

[VIDEO] : Undang-Undang Liwat Lapuk?



(Associated Press) Agensi berita Associated Press membuat sorotan kritikal menjelang pengumuman keputusan pembicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dua minggu lalu. 
Menurut agensi itu Anwar mengecam undang-undang yang digunakan sebagai asas pertuduhan terhadap beliau, yang dikatakan kuno dan boleh digunakan bagi mempromosi pendirian tidak bertoleransi, selain menceroboh hak orang lain dan menghukum mereka dengan kejam. 
Berdasarkan apa yang disuarakan, beliau kini menjadikan dirinya terpencil dari kalangan ahli-ahli politik kanan Malaysia berhubung pertuduhan liwat ke atas bekas pembantunya. 
Pada dasarnya para pemimpin pembangkang dan kerajaan di negara berpenduduk majoriti Muslim ini tidak mahu dilihat sebagai menyokong atau menyetujui perjuangan hak-hak kumpulan homoseksual. Ini kerana mereka tidak mahu mencetuskan ketidakselesaan di kalangan pengikut konservatif agama. 
Di Malaysia, jika disabitkan kesalahan meliwat, seseorang boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebat. 
Anwar, 64 tahun, berkata beliau telah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan menerima hukuman penjara yang panjang apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan keputusan hampir dua minggu lalu. Beliau dikatakan tidak mungkin akan kenakan hukuman sebat memandangkan usianya yang lanjut. 
“Pada saya, undang-undang seperti itu tidak sepatutnya disalahgunakan bagi tujuan politik dengan harapan ia menjadi contoh dan sekali gus bersifat tidak adil kepada pihak lain,” jelas Anwar melalui telefon sewaktu dalam rangka penjelajahan enam hari ke seluruh negara bagi menyampaikan ceramah. 
Pihak yang menuduh Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26 tahun, memberikan keterangan bahawa Anwar memaksa beliau melakukan perhubungan seks di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 2008. 
Anwar enggan memberi keterangan dari kandang saksi, tetapi mengkritik prosiding dengan memberikan hujah panjang lebar dari belakang meja peguam, di mana beliau tidak boleh diperiksa balas. 
Anwar yang telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak, berkeras mengatakan beliau tidak bersalah dan mendakwa pertuduhan tersebut sebahagian daripada konspirasi kerajaan untuk memalukannya dan merosakkan peluang pembangkang untuk menang pada pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan berlaku pada tahun ini. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bagaimana pun telah menafikan dakwaan itu. 
Di Malaysia, undang-undang anti-liwat jarang sekali digunakan, tetapi dirujuk secara selektif, kebanyakannya membabitkan kes-kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan remaja.
Bagaimana pun, para aktivis hak kumpulan ‘gay’ telah sejak sekian lama mendakwa diskriminasi terhadap individu-individu homoseksual dan sebagainya digalakkan. 
Bulan lalu, badan Human Rights Watch yang berpangkalan di New York menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang melarang perhubungan seksual sesama jenis. 
Menurut Anwar, walaupun beliau bersetuju kerajaan perlu melarang perkahwinan sesama jenis dan perlakuan lucah di khalayak ramai, namun undang-undang anti-liwat yang ada sekarang “boleh disalahgunakan, justeru menonjolkan sikap diskriminasi dan tidak toleransi.” 
“Undang-undang yang ada sekarang adalah kuno,” kata Anwar. “Idea asasnya ialah supaya menggalakkan orang memahami keadaan tersebut, dan bukannya untuk diperlihatkan sebagai hanya menghukum. 
Dalam kes ini apa yang berlaku begitu melampau – apa tidaknya, mereka dibenarkan menjenguk dan memeriksa hingga ke dalam kamar tidur orang lain hanya bagi tujuan memalukan individu-individu tertentu.” 
Ini kali kedua Anwar dihadapkan ke mahkamah bersabit pertuduhan meliwat. Beliau yang merupakan bekas Perdana Menteri didapati bersalah pada tahun 2000 bersabit pertuduhan meliwat bekas pemandu keluarga beliau. 
Bagaimana pun, Mahkamah tertinggi di Malaysia membebaskan beliau dari penjara pada 2004 setelah membatalkan keputusan serta hukuman penjara sembilan tahun ke atas beliau. 
Pertuduhan terbaru ini berlaku pada 2008, iaitu beberapa bulan selepas Anwar berjaya memimpin pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 hingga memperoleh kemenangan terbaik sejak negara itu mendapat kemerdekaan daripada Britain pada 1957. 
Anwar berkata, tanpa mengambil kira apa jua bentuk keputusan mahkamah, pakatan tiga parti pembangkang yang dipimpin beliau bertekad untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin Najib pada pilihan raya umum ke-13, dan seterusnya menubuhkan kerajaan yang akan menghapuskan rasuah dan diskriminasi kaum. 
Pihak pembangkang sekarang ini menguasai lebih daripada satu pertiga kerusi di Parlimen.
“Kemungkinan kami memenangi pilihan raya…bukan sesuatu yang mustahil,” kata Anwar. “kami percaya perubahan pasti berlaku bagi manfaat seluruh rakyat Malaysia.” -aidc

Wednesday, January 25, 2012

[FOTO] : Lawatan & Taklimat Pusat Simulasi Latihan Menembak Skuad Muda RELA di KBS Oleh DS @HishammuddinH2O & DS @ShaberyC


Foto sekitar Majlis Taklimat dan Lawatan di Pusat Latihan Menembak Skuad Muda RELA oleh Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin Tun Hussein yang turut dihadiri oleh Menteri Belia & Sukan DS Shabery Chik serta Timbalannya Dato Razali Ibrahim petang tadi.
































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...