NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, January 27, 2012

[GAMBAR] : Lagi Ahli PAS Keluar Parti...

Hadi Awang kenal tak siapa yang masuk UMNO ni...?
Kebelakangan ini semakin banyak berita mengenai ahli PAS yang hilang kepercayaan terhadap parti itu mengambil keputusan menyertai UMNO. Jumlah yang bertindak keluar parti pula bukan sedikit, ada yang melibatkan beratus orang.


Semalam di Kg.Baru beberapa ahli PAS menyertai UMNO selepas melihat parti yang mereka sertai sejak sekian lama semakin menyimpang dari landasan perjuangan sebenar.

Mereka ini bertindak keluar PAS lebih sebulan yang lalu, dan semalam bekas ahli PAS ini disambut oleh Dato Ahmad Bin Maslan semasa perasmian Kursus Kepimpinan Angkatan Prihatin Terengganu.


Saya juga dimaklumkan oleh seorang sahabat dari Kedah bahawa berkemungkinan beberapa ahli PAS di Kedah akan meninggalkan parti itu hari ini untuk menyertai UMNO.

Nampaknya kajian Pusat Penyelidikan PAS (PPP) yang menyatakan, pemecatan keanggotaaan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS tidak memberikan kesan negatif kepada parti tersasar jauh dari realiti sebenar.

Kerana hakikat yang sebenar adalah semakin hari semakin ramai yang meninggalkan PAS dek kerana tidak lagi yakin dengan tampuk pimpinan parti itu yang kini dimonopoli oleh golongan 'anwarinas'.
Sumber Gambar : Rakan Facebook Zainuddin Salleh
YY : Selamat menyertai UMNO... 

3 comments:

Anonymous said...

Selamat Tinggal Pas Sitiawan Barat...Selamat Tinggal kami ucapkan

Pasrael said...

Allahuakhbar, inilah berita yg mngembirakn umat Islam d msia,Allahuakhbar

X-PAS said...

ambo lamo doh keluar. tahiah sbb sedar nasib Islam terumbang-ambing skrg ni.

kat kedah pun ramai yg keluar PAS hari ni.

PAS IS DEAD!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...