NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, January 9, 2012

"Sistem Kehakiman di Malaysia Adil & Tidak Berpihak" - @tunfaisal Lahirkan Rasa Simpati Kepada @SaifulBukhari



Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Unit Media Baru merakamkan rasa simpati terhadap Saiful Bukhari Azlan berhubung keputusan yang dibuat oleh dalam perbicaraan kes Liwat II.

Namun dalam masa yang sama keputusan hakim membebaskan Anwar Ibrahim membuktikan bahawa mahkamah serta hakim di Malaysia tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi UMNO.

Dari blog Tun Faisal Dot Com :
1. Saya bersimpati dengan Saiful Bukhari dan mangsa rogol dan liwat lain yang berkemungkinan mahu membawa kes mereka ke mahkamah di masa hadapan. Saya rasa pelik dengan penghakiman tetapi biarlah kita baca penghakiman penuh terlebih dahulu sebelum membuat lebih banyak kenyataan.

2. Apapun rakyat Malaysia perlu mengakui hakikat bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah adil dan tidak berpihak. Jelas pemimpin-pemimpin PR berbohong dan memfitnah apabila mereka menuduh bahawa Hakim, mahkamah dan kerajaan BN tidak adil.

3. Berbeza dengan pemimpin dan penyokong PR, pemimpin dan penyokong BN lebih sivil dalam menghadapi keputusan ini. Bagi kebanyakan pemimpin BN, ini adalah soal dan masalah peribadi di antara Anwar Ibrahim dan Saiful. Apapun terjadi khidmat kepada rakyat dan persiapan untuk menghadapi PRU13 perlu diteruskan.

4. Sedangkan berdasarkan rekod, pemimpin dan penyokong PR hanya akan menerima keputusan penghakiman yang menyebelahi mereka. Jika penghakiman tidak menyebelahi mereka, rekod menunjukkan mereka akan bertindak luar batasan, termasuk melakukan kekacauan dan menyerang sistem kehakiman.

5. Adakah ini kemenangan rakyat? Err, Peguam Anwar, Karpal Singh pernah menimbulkan bahawa insiden antara Anwar dan Saiful adalah perlakuan suka sama suka. Jika itu kesnya, maka adakah rakyat menang jika pemimpin mereka seorang peliwat?

6. Dalam kes Anwar - Saiful, Anwar adalah pemimpin manakala Saiful adalah rakyat. Rakyat tewas?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...