NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Hasan Ali. Show all posts
Showing posts with label Hasan Ali. Show all posts

Friday, January 27, 2012

[VIDEO] : Hasan Ali Dengan 'Kuasa Ketiganya' - Apa Kata Mahasiswa?


Pandangan seorang mahasiswa :
Kemunculan Dr Hassan Ali di media-media elektronik sememangnya sangat ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira yang menyokong kerajaan,pembangkang mahupun golongan atas pagar. 
Pada pihak pembangkang terutamanya PAS sendiri,mungkin mereka tertunggu-tunggu apakah setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Hassan Ali mampu menggugat sokongan terhadap mereka-di pihak kerajaan juga tertunggu adakah setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Hassan Ali mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk terus bermain isu ini. 
Namun dalam program soal jawab ini, Dr Hassan Ali banyak memfokuskan mengenai kewujudan "Third Force" dalam sistem politik tanah air. 
Beliau juga ditanya adakah mereka yang berada di dalam kelompok third force akan mengadakan satu pakatan sempena PRU 13 yang akan datang.Semua adalah bergantung kepada keadaan. 
Namun apa yang menarik perhatian brader ialah third force ini pada pandangan brader semakin kuat selepas pemecatan Dr Hassan Ali dari PAS. 
Ya benar,sebelum ini sememangnya sudah ada third force seperti ini namun kali ini brader melihat satu aura yang agak berbeza mungkin kerana Hassan Ali ialah satu nama yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air dan pemecatannya dari PAS telah mengundang seribu satu kontroversi yang pastinya akan mencalarkan imej PAS. 
Pastinya sedar atau tidak,pengaruh Hassan Ali ini mampu memberikan undi protes terhadap PAS.Yang pasti Hassan Ali mempunyai pengikutnya tersendiri yang mampu menggugat PAS....[BACA SELANJUTNYA]

Wednesday, January 18, 2012

Geng 'Parasit' PAS Kecewa - Dr. Ahmad Yunus Exco Baru Selangor


Gambar Adun Sijangkang Dr. Ahmad Yunus angkat sumpah sebagai exco baru negeri Selangor menggantikan Dr. Hasan Ali - nampaknya kecewalah geng-geng 'parasit' dalam PAS kerana calun yang mereka idam-idamkan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor.


YY : Geng-geng 'parasit' dalam PAS semua tepuk dahi....

Monday, January 16, 2012

Hasan Ali Nak Buat 'Tour' Macam Anwar Ibrahim - Dedah Siapa 'Parasit' Dalam PAS?


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan mendedahkan kumpulan parasit dalam PAS yang didakwanya mempengaruhi parti itu dalam program ceramahnya ke seluruh negara tidak lama lagi.

Katanya, kumpulan itu yang berjaya menyusup masuk ke dalam parti kini semakin kuat dan berjaya memegang pelbagai jawatan penting dan strategik dalam parti berkenaan.

"Kumpulan parasit ini mempunyai kumpulan mereka, pertemuan, gagasan, matlamat dan visi mereka sendiri," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, sebentar tadi.

Beliau turut mendakwa kewujudan kumpulan parasit itu bukan satu fenomena baru dalam PAS, tetapi kini pergerakan kumpulan itu diteruskan dengan lebih bertenaga.

Hasan bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada kumpulan parasit yang dimaksudkan mempunyai kaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Biarlah saya jawab perkara ini semasa roadshow (ceramah) nanti...kerana antara isi syarahan saya akan bentangkan mengenai isu parasit ini," katanya.

Katanya, objektif utama siri ceramah itu bukan setakat untuk membersihkan PAS daripada kumpulan parasit yang menyebabkan parti itu semakin terpesong daripada landasan asalnya dan perlu demi memastikan martabat agama Islam, orang Melayu dan Raja-Raja Melayu terus terpelihara.

Isu itu dibangkitkan Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia sebelum ini apabila mendakwa terdapat sekumpulan parasit di dalam parti itu yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain, serta tidak suka isu arak dan murtad diperjuangkan di Selangor.

Semalam Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman mencabar beliau mendedahkan senarai nama kumpulan parasit yang didakwanya wujud dalam PAS bagi memastikan dakwaan terbabit bukan fitnah.

Terdahulu, dalam kenyataan akhbarnya, Hasan menyeru anggota dan penyokong PAS supaya berani mengambil langkah positif dan tegas untuk membebaskan PAS daripada cengkaman golongan parasit yang mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi dan kelompok mereka.

Pada sidang media sama, Hasan mempertikaikan tarikh pengguguran beliau sebagai anggota Exco kerajaan Selangor yang berkuat kuasa hari ini, yang mana menurut beliau bercanggah dengan kuatkuasa keahliannya sebagai anggota PAS yang sepatutnya tamat pada hari akhir tempoh rayuan.

"Tindakan tergesa-gesa ini seolah-olah memperlihatkan ada pihak yang begitu tidak sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempat saya. Walhal dari segi pengguguran ahli exco saya sepatutnya masih ada tiga minggu lagi tempoh bertenang untuk membuat keputusan yang terbaik," katanya.

Hasan dipecat dari PAS kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti dan diberikan sehingga 7 Februari untuk merayu penyingkirannya.

Dalam pada itu, ditanya kemungkinan ada punca lain yang menyebabkan beliau disingkirkan daripada parti itu, katanya, beliau tidak pasti kerana tidak pernah menerima sebarang surat pertuduhan secara bertulis daripada parti.

"Saya tidak tahu, sebab pertuduhan itu tidak ada. Sepatutnya ada pertuduhan dalam bentuk bertulis dan susulan itu jawatankuasa disiplin akan bersidang dan dari situ akan memberi cadangan kepada jawatankuasa pusat.

"Tetapi sehingga kini satu calit pertuduhan pun saya tidak terima dan saya tidak tahu kesalahan saya, hanya saya dikatakan sudah merugikan parti," katanya yang mengakui hatinya masih bersama PAS dan tidak berniat untuk menyertai UMNO.

Tuesday, January 10, 2012

"Dia Tak Layak Jadi PM, Latar Belakangnya Meragukan" - Dr. Hasan Ali


PAS kini mula berubah wajah menjadi sebuah parti diktator, di mana ahlinya kini tidak boleh mengeluarkan pandangan serta kenyataan yang tidak selari dengan kehendak pimpinan atasan PAS sendiri.

Pecat ahli sendiri tanpa diberi peluang untuk individu tersebut memberi penjelasan, kalau bukan diktator apa lagi?

Mungkin PAS kini mengamalkan kaedah yang diamalkan oleh pemerintah Junta di Myanmar :
"Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menjelaskan, segala kenyataan negatifnya terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu menjadi punca dirinya dipecat PAS. 
“Anwar Ibrahim punca saya dipecat,” kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ini di kediamannya dalam satu sidang media malam tadi. 
Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata pandangan yang diberikannya terhadap Anwar adalah kerana tidak mahu rakyat terjebak dengan permainan politik peribadi Anwar. 
“Saya tidak mahu dia (Anwar) mengheret rakyat dalan perjuangannya yang saya rasa amat kotor. 
“Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar dalam perhimpunan esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat kenyataan mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri,” katanya lagi. 
Tambahnya, Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang yang ‘meragukan’ dan dia turut berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat merupakan individu yang lebih layak memegang jawatan itu. 
“Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa. 
“Apa hak Azmin hendak mencampuri urusan rumahtangga PAS?” 
“Walau apapun terjadi, sama ada saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini,” katanya lagi. 
Beliau berkata perjuangan itulah yang cuba dibawanya dalam PAS, namun usaha tersebut bukan sahaja tidak dihargai dan dibimbing, malahan disekat oleh PAS sendiri. 
Sementara itu, Nasharudin berkata kehadirannya malam ini adalah sebagai menyatakan sokongan peribadinya kepada Hasan, yang padanya sentiasa komited memperjuangkan Islam walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. 
“Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang langsung kepada beliau untuk member penjelasan."
YY : PAS patut guna slogan baru  "Membangun Bersama Anwar..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal