NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

Monday, June 10, 2013

Terbongkar Pembohongan Undi Popular, Bangla Mengundi & #BlackOut505 - Rakyat Kata #LainKaliLah Anwar!

Undi popular menunjukkan PR memperolehi undi terbanyak?

- Sistem pilihan raya sejak PRU yang pertama pada tahun 1959 kemenangan dikira berdasarkan sistem majoriti mudah serta berdasarkan kepada perwakilan mengikut kawasan.

Black out ketika proses pengiraan undi?

- SPR tidak menerima sebarang laporan berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik daripada pegawai pilihan raya bahagian, proses pengiraan undi dibuat jam 5.30 petang kebanyakkan tempat masih lagi terang.

Bangla mengundi?

- Bangla wak lu, gua orang Malaysia lah...hehe!

Baca kesemua jawapan di sebalik pembohongan terangan PR - [KLIK]





Saturday, April 21, 2012

Semua Tuntutan Dipenuhi - #Bersih3 Hanya Mahu Menuntut Putrajaya


Oleh : Beruang Biru  
Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0? Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor 
Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012. 
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:

Bersihkan senarai undi 
SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.

Reformasikan Undi Pos

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.

Gunakan Dakwat Kekal

Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal

Akses Media yang Bebas dan Adil

SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding. Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.

Tempoh Kempen Minima 21 Hari

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.

Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang. 
Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.

Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan professional. 
Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.

Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan? Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.

Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969? Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara. Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.

Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?

Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara. Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.

Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi. Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.

Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih.

Thursday, January 26, 2012

Penyokong Tegar PAS di Facebook Kantoi Gambar Aksi Ghairah?


Semalam saya dan 1peluru menerima 3 keping gambar yang dihantar melalui emel kami, emel tersebut mengatakan seorang penyokong tegar PAS yang selalu berhujah menggunakan hadis dan Al-Quran di laman facebook serta pernah terlibat sebagai jentera PR semasa PRK di Permatang Pauh terlibat dengan seks luar nikah sehingga melahirkan anak perempuan.


Bagi saya bukan sesuatu yang aneh bila melihat sikap munafik penganut PAS, jika pemimpin mereka yang kini merupakan Naib Presiden PAS iaitu Mat Sabu pernah kantoi dengan aktiviti 'phone seks' bersama Normah. Inikan pula pengikut mereka yang hanya warak dan zuhud bila berhadapan dengan orang UMNO.

Baca juga apa komen 1PELURU [KLIK]

Friday, January 20, 2012

Selak Sejarah : Abang Anwar Ibrahim Pernah Jadi Tauke Judi Di Sabah

Oleh : MUTALIB M.D 
SERANGAN bertubi-tubi terhadap keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil oleh Hero dan Heroin PKR; tidak berjaya ditangkis oleh Media UMNO, sehingga memaksa Kabinet Malaysia mengarahkan Sharizat bercuti selama tiga minggu. 
Malah Sharizat terpaksa menunjukkan 'kuku' yang disembunyikan selama ini, dengan memfailkan saman malu terhadap Rafizi dan Zuraidah. 
Nasib Shahrizat tidak sebaik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan Malaysia; kerana jika tidak, Shahrizat akan mendapat pembelaan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad; sebagaimana Mahathir membela Rafidah Aziz daripada segala serangan musuh politik UMNO. 
Isu yang menarik untuk disingkap ialah Konflik Individu Vs Konflik Keluarga, terutama usaha untuk menjatuhkan Shahrizat dari dalam menggunakan tangan orang lain; sekalipun bukan atas kesalahan jenayah, tetapi memadai untuk mengotori nama baik Shahrizat sekeluarga dengan isu Laporan Audit 2010. 
Berbeza dengan isu PKFZ, siasatan terhadap isu NFC belum lagi selesai,namun banyak pihak mula menjatuhi hukuman bersalah ke atas Shahrizat dan keluarganya; tanpa berpeluang membela diri di mahkamah undang-undang atau di suatu forum yang sesuai. 
Rakyat di Semenanjung Malaysia mungkin tidak tahu 'Sejarah Hitam' yang ditinggalkan Anwar Ibrahim di Sabah sekitar 1996 ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri melalui kaedah'Merry Go Round.' 
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan Lesen Judi Loteri 88 kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd (DCSB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Olympia Industries Berhad yang dipengerusikan oleh Dato' Rani Ibrahim, abang kandung Anwar Ibrahim. 
Ketika itu, tidak ada rakyat Malaysia terutama ahli UMNO yang berani mendesak Anwar meletakkan jawatan kerana abangnya dan beliau sendiri menyokong kegiatan perjudian? 
Menyedari desakan rakyat Sabah untuk mengurangkan perjudian di Sabah, Yong dan Kabinet Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan Diriwan Corporation yang menjalankan operasi perjudian enam pertaruhan seminggu, berbanding tiga sebelum ini. 
Walaupun Lesen Perjudian di Negeri Sabah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pertaruhan Pool 1967 yang telah dipanjangkan ke Sabah pada 1992, tetapi lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di Sabah. 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, ketika itu Datuk Lajim Haji Okin telah mengeluarkan surat pembatalan lesen perniagaan milik Diriwan Berhad menjadikan anak syarikat Olympia itu beroperasi secara haram; sehingga akhirnya Pengarah Urusan Diriwan, 
Datuk Lee Sheong Mai dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah. 
Tindakan Lajim dan Kabinet Negeri Sabah ini menyebabkan Anwar marah dan mendesak Yong agar menarik balik pembatalan lesen perniagaan Diriwan; tetapi Kabinet Negeri Sabah tetap dengan keputusan awal sekalipun Kementerian Kewangan Malaysia meneruskan penyambungan lesen Diriwan. 
Lesen Perniagaan Diriwan hanya disambung kembali setelah Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah pada 2002; atas arahan Mahathir setelah Tun Hamid Omar dilantik sebagai Pengerusi Olypmpia Industries Berhad. 
Dalam kes Judi di Sabah, tidak ada pihak yang berani menyelongkar tindakan Anwar Ibrahim secara sedar telah menyalahguna kuasa dengan mencampuri keputusan Kerajaan Negeri Sabah; terutama menghalalkan 'Judi' tetapi dalam kes NFC, bala tentera Anwar dan musuh Shahrizat menyerang Ketua Wanita UMNO dan keluarganya dari segenap arah; termasuk segala hal peribadi, hal ehwal pinjaman, kad kredit, keuntungan dan pelaburan. 
Jika dibandingkan dengan kes keluarga Shahrizat dengan keluarga Anwar, Sharizat patut berbangga kerana tidak ada sebarang pelanggaran atau kesalahan syariah dilakukan sebagai Umat Islam; apatah lagi mengikut laporan audit, kebanyakannya kelewatan dilakukan oleh subkontraktor dan bukannya oleh NFC atau keluarga Shahrizat. 
Andai kita merujuk kepada rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan RAM, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia masih memegang 1 saham asas penubuhan atau dalam kata lain memegang 50 % kepentingan, sekalipun Agroscience Industries Sdn.Bhd memegang 100 % saham NFC. 
Laporan Audit Negara hanyalah pemerhatian kepada pematuhan terhadap akauntabiliti dan penentuan operasi agar NPC mematuhi prinsip 3E iaitu efesien, efektif dan ekonomik; bukanlah alibi jenayah yang boleh mensabitkan pelakunya di mahkamah. 
Laporan Audit hanya pandangan peribadi juru audit berasaskan pemerhatian, kajian dan pemeriksaan lapangan; sebaliknya bukanlah bukti yang melampaui keraguan munasabah. Apatah lagi, Laporan Audit tidak pernah diterima sebagai alibi di mahkamah!

Tuesday, January 17, 2012

Bakar Poster MB Perak @ZambryAbdKadir - Bukti PR Perak Makin Gelisah...?


Semalam dilaporkan poster MB Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, poster yang memaparkan aksi Zambry bermesra bersama orang kampung itu nampaknya telah menimbulkan perasaan tidak senang hati atau 'panas bontot' oleh musuh politiknya di Perak.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan kuasa dari PR, Dr. Zambry Abd Kadir telah berjaya membawa Perak ke satu tahap yang membanggakan, lebih-lebih lagi ianya dapat dilihat dengan jelas di sekitar Pangkor yang mana selepas beberapa bulan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Zambry Abd Kadir berjaya membangunkan projek rumah mampu milik bersama Yayasan Bina Upaya Darulridzuan

Baca [SINI]

Walaupun baru menjawat jawatan Menteri Perak Perak, Dr. Zambry Abd Kadir telah membuktikan keupayaan beliau dalam mengurustadbir negeri tersebut, maka tidak hairanlah jika ada pihak yang iri hati sehingga sanggup bertindak membakar poster yang memaparkan gambar beliau bersama warga tua.

Nak bakar orangnya tak mampu, maka terpaksalah bakar posternya tak gitu?


Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung poster wajahnya yang dipasang di kawasan Masjid Tinggi, Bagan Serai di sini, dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam. 
Beliau berkata tindakan pihak tersebut kemungkinan disebabkan kemarahan mereka terhadap perjuangannya untuk membela serta memperjuangkan nasib rakyat supaya sayang dan kasih kepada Barisan Nasional (BN). 
"Mungkin pihak itu geram tengok poster yang tertera gambar saya bersama orang tua dan di situ ada tulisan "Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir". Bagaimanapun saya tidak menuduh sesiapa sebab kita tak tahu siapa yang buat.  
"Saya serahkan kepada polis untuk siasatan...dia (pihak) yang buat macam itu, orang ramai dapat menilai sikap dan cara kita, jadi orang tahu siapa sebenarnya yang buat perangai macam ini. 
Saya serah kepada polis untuk siasat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di sini hari ini. 
Sementara itu, ketika bertemu Ketua Pemuda Umno Bagan Serai Sharudin Ahmad pada majlis itu, beliau berkata laporan polis berhubung perkara itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kerian kira-kira pukul 3 petang tadi.-Bernama

Saturday, January 14, 2012

[GAMBAR] : Mahfuz Omar Berucap di Hadapan Kerusi #konvPR


Gambar dirakam ketika Mahfuz Omar menyampaikan ucapan perasmian menggantikan MB Kedah.

Para pemerhati politik berpendapat kegagalan konvesyen PR kali ini adalah disebabkan tindakan PAS memboikot pemimpin tertinggi PAS gara-gara pemecatan Hasan Ali.

Saya sudah kata PR hanya mengharapkan 'crowd' PAS - PKR mana ada orang sokong!


Bulatan merah adalah Mahfuz Omar, perhatikan berapa banyak kerusi kosong?

Hari cuti pun gagal capai 5000 orang pemerhati dan perwakilan?

Hahahaha...

Konvesyen Pakatan Rakyat Di Kedah Hambar - Gagal Capai Matlamat 5000 Perwakilan/Pemerhati


Konvensyen bermula hambar.. kedatangan kurang dari 2000 orang

Anggaran asal 5000 orang perwakilan dan pemerhati, tapi tak sampai separuh yg datang

Walaupun banyak tokoh 'hebat' yg ada seperti Azmin Ali, Mat Sabu, Mahfuz Omar & Chua Jui Meng, namum masih tidak mendapat sambutan.

Konvensyen yg bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’ diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah

Perasmian sepatutnya dirasmikan oleh Azizan, tetapi telah ditukar kepada Mahfuz Omar.

Friday, December 9, 2011

Kaum India Dituduh Mengemis Jawatan - Ramasamy Keluar DAP?


Ramai orang kata kaum India disisihkan dalam DAP dan juga PKR, sebelum ini bekas Ahli Parlimen PKR N.Gobalakrishnan dipanggil dengan gelaran 'PARIAH' oleh Azmin Ali yang mana isu tersebut salah satu punca yang menyebabkan N.Gobalakrishnan keluar dari PKR.

Kini DAP pula dilanda masalah yang hampir serupa, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dituduh sebagai 'pengemis jawatan'.

Nampaknya DAP bakal berdepan dengan krisis dalaman?

Dari MPP Online :
Ramasamy berkata, apabila beliau bercakap kepada Karpal mengenai jawatan TKM untuk orang India, beliau tidak bermaksud ia adalah untuk dirinya. 
"Saya memintanya untuk masyarakat India, saya tidak perlu mengemis (untuk jawatan itu)," katanya. 
"Sama ada Karpal bercakap kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng atau tidak selepas itu, saya tidak tahu," kata timbalan ketua DAP Pulau Pinang itu, sambil menambah beliau menyertai DAP bukan untuk mendapat kedudukan atau kuasa.
Selanjutnya KLIK SINI 
YY : Kepingin tengok HINDRAF berdemo bantah DAP yang nafikan kaum India... 

[VIDEO] : Wacana Perdana PRU13 BN Atau PR di Kelantan PANAS!





















YY : Tertarik soalan mokcik hok tanya di Amerika takdok UMNO tapi tetap membela nasib rakyat. Nanti kito ulas sikit psl soalan-soalan pokcik/mokcik kito ni...

Sunday, October 9, 2011

Nanyang Siangpau : Nik Aziz Jangan Sebarang Cabar DAP Dalam Isu #Hudud



Sebelum ini Berita Harian pernah melaporkan bahawa Nik Aziz mencabar DAP untuk keluar Pakatan jika tidak bersetuju dengan cadangannya untuk tetap melaksanakan hudud sekiranya Pakatan memerintah kelak.  Isu hudud dalam perjuangan PAS bukan isu yang baru, ianya telah dijadikan modal politik PAS sejak berkurun lamanya, hukum Allah ini dijadikan modal untuk meraih sokongan Islam semata-mata.

Selepas Nik Aziz mengeluarkan kenyataan ingin melaksanakan hudud di Kelantan tiba-tiba Anwar Ibrahim muncul dan menyokong hasrat Nik Aziz itu, tetapi apa yang dapat tindakan Anwar Ibrahim menyokong hasrat PAS jelas memperlihatkan bahawa perjuangan Pakatan hanyalah bersandarkan penipuan semata-mata.

Buktinya pada 29 September Anwar Ibrahim berkata bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan kerana ianya tidak menepati dasar bersama, perlembagaan Persekutuan dan hudud bukan agenda utama dalam Buku Jingga serta tidak menepati keputusan yang dibuat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Rakyat jangan terus jadi bodoh terpedaya dengan janji bohong Nik Aziz kerana kita tahu, walaupun Pakatan memerintah kelak, PAS tetap tidak mampu melaksanakan hudud kerana mendapat tentangan hebat daripada DAP sendiri.

Ikuti artikel dari Nanyang Siangpau yang disiarkan pada 7 Oktober 2011 :

Jika DAP Masuk BN - Nik Aziz Jangan Sebarang Cabar DAP 
Wong Zi
Nik Aziz yang begitu mendesak untuk wujudkan undang-undang kuno potong kaki potong tangan, isu ini sudah lama tenggelam ditimbulkan kembali, menggegarkan semua pihak sehingga "berbau hamis darah", pada masa PRU yang semakin hampir ini, kontrovesi yang berbau hanyir darah ini amat menakutkan orang.
DAP hampir muntah darah dibuatnya, sebaliknya PKR hanya terkena sedikit tempias cuba meredakan keadaan antara satu sama lain dalam gabungn itu, yang paling bahagian dan untung ialah MCA, Gerakan dan ahli-ahli komponen BN. Selepas Tsunami politik pada Mac 2008, MCA dalam kedudukan kena belasah, kini akhirnya dapat peluang untuk meyerang balas.
 Walaupun dikatakan potong kaki potong tangan itu amat menakutkan, teapi keadaan orang-orang bukan muslim di Kelantan sudah tidak rasa takut lagi, dan orang-orang bukan Muslim di banyak kawasan di Semenanjung Malaysia, walaupun mereka takutkan hantu, namun rakyat lebih rasa benci terhadap keadaan semasa yang mereka lalui.
  Tiada Musuh Selamanya Dalam Politik
  Liow Tiong Lai mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat, kelihatan Liow Tiong Lai telah matikan permainan pertaruhan catur DAP. Tetapi caturan ini amat merbahaya, jika benar-benar DAP terima cabaran Liow Tiong Lai, berbuat baik dengan UMNO dan keluar dari Pakatan Rakyat.
DAP masuk Barisan Nasional, dengan syarat menggantikan MCA, sekurang-kurangnya jawatan menteri dan timabalan menteri akan diserahkan kepada DAP, adakah UMNO mahu membantahnya? Adakah UMNO dapat memikirkannya?
 Kita jangan lupa, tidak kira apa cara untuk kebaikan negara ataupun untuk kebaikan UMNO itu sendiri, kerana UMNO sendiri membantah undang-undang potong kaki potong tangan.
Jika hukum hudud dilaksanakan, jika ada politikus yang akan dihukum potong kaki dan tangan, pasti orang-orang dalam parti Islam juga akan menerima akibatnya, akhiarnya nanti orang-orang yang banyak lakukan kesalahan yang besar-besar yang berpanjangan termasuk politikus-politikus, pegawai dan menteri tidak akan terlepas dari hukuman itu.
Ahli parllimen golongan muda DAP, pasti membantah DAP masuk ke dalam BN, tetapi pada ketika dulu ada rekod mereka pernah berbincang berkaitan itu, jika keadaan politik akan datang tidak berubah, siapa tahu musuh akan jadi kawan? Nik Aziz pernah bercakap perkara yang sama. 
Jika Nik Aziz ikhlas- acap kali kita melakukan cabaran agar mengemukakan draf hudud ke dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, namun satu perkara yang perlu Nik Aziz ingat adalah jika draf dikemukakan sokongan cina akan hilang dan jika keputusan ini tidak dibawa ke dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bermakna Nik Aziz bukanlah ulama tetapi ular dalam semak...


YY : So... Tok Guru tunggu gapo lagi...? Ambo sokong demo masuk hudud dalam manifesto 
pilihanraya!



Friday, October 7, 2011

Akhbar Cina BANTAI #bajetPR = Bajet Penipu Rakyat...?

Alamak... terbalik la pulok.. 
Sebelum ini tampil dengan Program 100 Hari Pakatan jika mereka memegang tampuk pemerintahan negara melalui Buku Jinggay. Untuk meraih populariti yang kini jelas semakin merosot selepas Pakatan berkecamuk akibat kebodohan pemimpin-pemimpin mereka, kini BajetPR pula diumumkan untuk mengalih tumpuan rakyat

Tapi tindakan PR yang tampil dengan bajet 'bawah pokok' bukan sahaja ditempelak oleh Tun Mahathir Mohammad dan beberapa pemimpin BN sebaliknya janji yang dibuat dalam Bajet tersebut turut diragui oleh akhbar-akhbar cina yang selama ini begitu menyokong mereka.
[Nota: Walaupun akhbar Cina sering kali menyokong pembangkang, namun dalam hal bajet mereka sudah menjadi ragu-ragu. Akhbar ini menyebut bahawa "Tetapi bajet Pakatan Rakyat secara amnya tidak menunjukan ia mampu dilaksanakan."Akhbar Cina tidak dapat menyembunyikan kebimbangan terhadap bajet `pilihan raya' PR; bajet yang dirangka untuk mencari undi, bukan bajet berdasarkan realiti semasa di dalam negara. 
Memang syok buat janji nak bagi itu dan bagi ini. Lebih-lebih lagi janji-janji ini bukan untuk ditunaikan. Apakah dasar PR sebenarnya? Dulu ingin menghapuskan mentaliti subsidi, sekarang ingin memupuk mentaliti subsidi pula? Jelas Bajet Alternatif bukan bajet yang bertanggung jawab; ia tidak bertujuan untuk membawa kebaikan kepada negara, tetapi lebih bertujuan untuk memenangi PRU13.]

Baca selanjutnya  KLIK S.I.N.I


Wednesday, October 5, 2011

#bajetPR : Bajet Alternatif - Mudahnya Cakap Bila Tidak Jadi Kerajaan...


Antara kandungan bajet Pakatan Riot adalah :
a) Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan.

b) Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga.

c) Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima.

d) Akan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan.

e) Memperuntukkan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik termasuk menaiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.

f) Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan negeri.

g) Pelaksanaan skim “Bina dan Jual” secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang terainaya akibat projek perumahan terbengkalai.

h) Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu.
Nampaknya Pakatan Riot cuba menarik sokongan rakyat dengan membentangkan bajet alternatif tiga hari sebelum Bajet 2012 diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Kalau sekali tengok memang indah, malah rakyat yang hidup dibelenggu dengan kenaikkan kos sara hidup mungkin terpengaruh dengan keindahan bajet alternatif ini. Pakatan Riot memperuntukkan RM220 billion untuk bajet 2012.

Dulu mereka tampil dengan angan-angan program 100 hari jika mereka memerintah dalam Buku Jingga, sekarang buku tersebut entah ke mana kini mereka tampil dengan bajet tersendiri. Soalan mudah untuk Pakatan Riot....

Sudahkah ekonomi rakyat Selangor diperkasakan...?

Sudahkah ekonomi rakyat Kelantan diperkasakan...?

Sudahkah ekonomi rakyat Kedah diperkasakan...?

Cakap guna air liur semua boleh....

Ulasan Tun Mahathir mengenai bajet taik kucing PR :

KUALA LUMPUR: "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu adalah jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh pembangkang.

Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan terbabit sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini hari ini.

"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.

"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan. - BERNAMA

YY : Janji di Selangor pun berlambak tak ditunaikan... 

Saturday, January 8, 2011

Pengakuan Bekas Muslimah PAS Yang Menyesal?


Berikut adalah pengakuan yang dibuat oleh bekas muslimah PAS. Katanya PAS zaman beliau berkempen dahulu dengan sekarang jauh berbeza. Walaupun pendek karangan beliau, bagi saya ianya mempunyai pengertian yang cuba disampaikan.


Cuba kita teliti ayat-ayat yang dikarang oleh pengirim ini, apa yang saya nampak bekas muslimah PAS ini ternyata kesal dengan perubahan yang dialami oleh PAS sekarang.



Jom kita layan...

"SAYA adalah bekas muslimah Pas yang berjuang habis-habisan demi parti. Saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyingkap hati saya yang terhijab. Saya dapati Pas hari ini telah berubah sama sekali. Orang bukan beragama Islam boleh masuk ke dalam surau dengan pakaian kebaya ketat tanpa tudung, berdiri memberi ucapan ketika semua yang hadir, iaitu kaum lelaki duduk di lantai melangut memandangnya.

Masya-Allah. Kami, muslimah Pas pun tak boleh sampai berhampiran mimbar. Apakah jemaah surau berkenaan bertanya kepada Teo Nie Ching, adakah dia datang bulan atau beritahu beliau, kalau nak masuk surau, kena bertudung?


Timbul lagi kegusaran saya apabila dia muncul di pekarangan masjid dengan baju ketat tanpa lengan, sedangkan kami dahulu tidak boleh bersenam bersama lelaki.


Sedih, Pas sudah banyak berubah. Dahulu, kami berkempen, undi orang kafir, jadi kafir. Selalu perkataan yang kami ucapkan, jika memilih pemimpin bukan Islam, 'Mati esok, si kafir itu akan sembahyangkan jenazah kita...' Itulah selalu yang kami jaja. Saya ingin bertanya kepada pembela Karpal Singh, apakah Karpal Singh akan mengimamkan sembahyang jenazahnya nanti?
"

YANG MENYESAL

Lembah Klang

Pengakuan di atas saya petik daripada blog Taiping Mali

Bagi saya ada kebenaran yang diperkatakan oleh pengirim ini, sama ada dia betul muslimah PAS atau tidak itu tidak pula saya mendapat kepastian.

Pinjam ayat Paria Malaya.. FIKIR..FIKIRKAN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal