Laporan berita malaysiakini di atas disiarkan selepas isu perbualan di laman Twitter melibatkan SetPol baru Kit Siang, Dyana Sofya, serta beberapa pelajar lewat malam kelmarin. Ingat malas hendak komen mengenai isu ini kerana ia hanya akan memberikan publisiti percuma kepada mereka.
Namun jika permainan persepsi ini dibiarkan, saya bimbang ia membawa kemudaratan kerana boleh mempengaruhi golongan muda terutama pelajar UiTM. Rakyat kita terlalu naif mengenai propaganda.
Mereka tahu perkataan propaganda tetapi mereka tidak tahu bagaimana ia digunakan dan dimainkan. Ok, berbalik kepada cerita curator @Twt_UiTM, bagi saya Dyna Sofya walaupun bergelar SetPol Kit Siang dia hanya 'alat' DAP untuk mempengarahi pelajar UiTM.
Tidak lebih daripada itu, kerana jika meneliti tahap kepetahan Dyana Sofya alumni Fakulti Undang-Undang UiTM telah menggambarkan sejauh mana tahap fikirannya :
Ayat baca teks...
Rasanya tidak perlu saya ulas mengenai hujah tahap tadika SetPol unker Kit Siang ini saudara sendiri mampu menilai hujahnya.
Berbalik kisah Dyana yang dijadikan bahan berita oleh malaysiakini, ia bermula dengan tweet ini :
Lalu GAMUS di laman blog mereka yang menafikan curator UiTM ada mencadangkan UiTM untuk bukan Melayu/Bumi.
Sebaliknya mereka hanya berbicara mengenai bantuan kepada orang Melayu.
"...the question now is, was it true? Was it true that the curator wanted to suggest the opening of UiTM, her own alma mater, to non-Bumis? Let's see."
Print skrin untuk menguatkan hujah mereka adalah :
Oleh kerana keseluruhan perbualan tidak GAMUS sertakan dalam artikelnya, kita sama-sama teliti apa yang diperkatakan oleh SetPol muda kepada unker Lim bersama rakan-rakannya :
"So, camne nak gi belajar ni? kan best kalau ada UiTM versi Non-Bumi...utk orang tak mampu tapi results ok"
Itu pertama, yang kedua - lihat perbualan mereka di bawah :
Belum jelas lagi permainan DAP, kita henjut sikit lagi apa yang rancak sangat kisah cendol dan UiTM sehingga Tan Sri Sahol menjadi mangsa dipaksa letak jawatan. Benar Dyana tidak menulis secara jelas tetapi bertindak 'RT' tweet seperti ;
Apakah yang saudara pembaca, sahabat-sahabat pelajar UiTM faham bila menilai keseluruhan perbualan mereka. Mereka merujuk kepada apa, apa maksud mereka?
Secara umum benar, Dyana tidak menyebut jelas, cuma terma dia gunakan membawa maksud mereka mempertikaikan kenapa UiTM tidak dibuka kepada bukan Melayu :
Sebagai penutup, saya tertarik dengan tweet yang Dyana juga RT bukan orang lain yer!
Ucapan Tun Mahathir dalam Parlimen pada 1965 dijadikan bahan untuk mempengaruhi pelajar, baiklah maka terpaksa saya jelaskan lebih-lebih lagi kepada budak-budak GAMUS yang konon 'educated'
Bila UiTM dibuka...?
Pada 14 Oktober 1967, acara perletakan batu asas oleh Tun Abdul Razak di Shah Alam sebagai tanda permulaan kampus baru Maktab MARA. Seterusnya bulan Jun 1976, Akta ITM telah diluluskan oleh Parlimen dan selepas itu, ITM telah ditadbir terus di bawah Kementerian Pendidikan.
Sebab itu kita tekankan, tak perlu bercakap soal buka UiTM kepada bukan Melayu kerana bukan Melayu turut berpeluang melanjutkan pengajian, antaranya di Politeknik.
Tapi kalau nak ubah juga, Dyana kena bantu DAP menang majoriti parlimen. Selepas itu ubahlah Akta ITM ikut selera kepala bapak unker Lim.