NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, January 3, 2012

Azmin Ali Kerah Setiap Cabang Hantar 100 Ahli Untuk Cukupkan 100,000 Orang?

Tempoh hari tembok penjara beliau sanggup robohkan untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim. Sebentar tadi tersebar sms mengatakan Azmin Ali mengarahkan setiap Cabang PKR menghantar 100 orang ahli ke Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012.

Sebelum baca laporan berita, kita layan dahulu lagu ini :



PETALING JAYA, 3 Jan - Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) akan menggerakan 100,000 orang penyokong untuk berhimpun secara aman sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini bagi mendengar keputusan berhubung kes liwat II. 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (foto) berkata, muslihat UMNO-Barisan Nasional yang mereka saya tomahan ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Tegas beliau, Pakatan akan bangkit meruntuh tembok kezaliman walau apa pun konspirasi untuk memenjarakan Anwar. 
"Walau apapun keputusan pada 9 Januari ini, pimpinan Keadilan bersama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan tepat. 
"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan Keadilan akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. 
"Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evolutionary process," dan bukannya suatu "revolutionary process", katanya. 
Mengenai pendirian dan sokongan DAP pula katanya, Ketua AMK, Shamsul Iskandar sudah berjumpa dengan pimpinan DAP dan ianya akan dibincangkan semula dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat petang ini dan taklimat Pakatan Rakyat pada 5 Januari ini 
Ujar beliau lagi, Pakatan Rakyat akan meneruskan program himpunan besar-besaran di Pulau Pinang pada sebelah malam pada hari yang sama. 
"Apa yang telah kita susun, kita teruskan sama ada beliau dibebaskan ataupun dijatuhkan hukuman with bill atau without bill kerana gerakan ini bukan bermusim. "Gerakan rakyat akan berterusan sehingga PRU-13. 
Diharapkan beliau akan diberikan Keadilan. "Kita akan teruskan sama ada dibebaskan atau dipenjarakan dengan segera pada hari tersebut kita akan Penang. Kita ada satu perhimpunan besar pada 9 Jan jam 8 malam di tapak ekspo. 
"Kalau dibebaskan beliau akan balik ke kampung untuk meraikan kemenangan tersebut. "Sekiranya beliau ditahan kita akan balik ke Pulau Pinang untuk menuntut beliau dibebaskan daripada kezaliman," katanya. 
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman memberikan jaminan, Pas akan gerakkan rakyat turun berhimpun bersama pada 9 Januari ini. "Saranan saya, jangan seorang pun bawa senjata. Bawa video atau kamera untuk rakam. Saya seru ahli PAS untuk turun pada 9 Jan," katanya.

2 comments:

Dot said...

Azmin Ali:

"Apa yang telah kita susun, kita teruskan sama ada beliau dibebaskan ataupun dijatuhkan hukuman with bill atau without bill kerana gerakan ini bukan bermusim."

MAKNANYA 'BY HOOK OR BY CROOK' NAWAR AKAN TETAP JADI PM!! (in bamboo river resort la)

Dr Abdul Rani Othman:

"jangan seorang pun bawa senjata. Bawa video atau kamera untuk rakam. Saya seru ahli PAS untuk turun pada 9 Jan"

MAKNANYA MRK TETAP AKAN BAWA SENJATA (krn pas mana percaya gambar2 & video2 tu semua .! kan ke besi/plastik tu TAK BOLEH DIBUAT SAKSI SBB PEKAK & BISU?

it's plain easy to read beyond the lines!

Anonymous said...

pokok pun dah nak tumbang, cabang dgn ranting ada lagi ka?

ntah2 dah jadi kayu api!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...