NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Monday, November 4, 2013

#PRKSgLimau : BN Tewas, Pengundi Sungai Limau Kekal Pilih PAS Walaupun Calon Proksi Phaholrazi


Sebelum itu, tahniah buat skuad Pahang yang berjaya menewaskan pasukan Kelantan 1 - 0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia semalam sekaligus mengakhiri penantian 21 tahun penyokong skuad Tok Gajah untuk melihat pasukan mereka bergelar juara. 

Walaupun kecewa kerana Kelantan gagal mempertahankan Piala Malaysia buat kali ketiga, saya akur kerana kalah menang adat dalam pertandingan. Malah sahabat blogger RBF dilaporkan masih dalam keadaan trauma ekoran kekalahan Kelantan.

Itu cerita pasal bola...

Kita tinggalkan cerita bola, kita kembali kepada Pilihan Raya Kecil N20 DUN Sungai Limau di mana lebih kurang satu jam sahaja lagi seluruh pusat pengundian akan dibuka oleh SPR bagi membolehkan 27,000 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penduduk Sungai Limau.

Persoalannya mampukah BN merampas kerusi Sungai Limau yang dianggap sebagai kubu PAS?

DUN Sungai Limau yang mempunyai 19 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dikuasai PAS selama lima penggal di mana semasa PRU13 yang lalu, PAS berjaya memenangi kerusi tersebut majoriti 2,774 undi.


Mengikut pemerhatian saya BN memiliki peluang yang cerah berdasarkan sikap dan penerimaan pengundi terhadap jentera kempen BN berbanding sebelum ini. 

Menurut penduduk tempatan, berdasarkan beberapa Pilihan Raya yang lepas, masyarakat Sungai Limau dikatakan agak sukar menerima kehadiran jentera BN di kawasan mereka.

Namun keadaan ini mula berubah selepas pengkhianatan dan komplot dalam PAS Kedah terhadap arwah Ustaz Azizan. 

Selain itu kejayaan BN yang dipimpin oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mentadbir selepas berjaya merampas Kedah dalam PRU13 yang lalu turut mengubah sokongan pengundi terutama golongan muda untuk menyokong BN.


Sokongan terhadap PAS dikatakan dipengaruhi oleh Pondok Bukit Besar dan Pondok Pak Ya Junid iaitu antara sekolah pondok yang dikunjungi oleh Dato Mukhriz Mahathir berbanding PAS yang sibuk menggantung replika kaki arwah Ustaz Azizan bagi meraih undi simpati penduduk Sungai Limau.

Manakala berdasarkan kajian Ilham Centre sehingga saat akhir kempen PAS meraih sokongan sekitar 55 ke 60 peratus pengundi diekori BN sebanyak 40 ke 45 peratus.


Hasil kunjungan saya sepanjang dua hari di PDM Bukit Besar, Bukit Choras, Gelam Tiga, Batu 16, Permatang Buloh dan Sungai Dedap. PAS dijangka mengekalkan kerusi Sungai Limau sekaligus menafikan usaha BN untuk membawa perubahan di kawasan tersebut.

Melalui kemenangan PAS yang akan diumumkan seawal jam 9.00 malam oleh SPR yang turut menyediakan 18 generator TNB - membuktikan bahawa pengundi Sungai Limau tidak mempertahankan maruah arwah Ustaz Azizan kerana tetap memilih proksi Phahrolrazi atas dasar ingin mengekalkan kawasan tersebut kepada PAS.

Ia turut mengagalkan usaha Dato Mukhriz Mahathir untuk menunaikan pesanan arwah Ustaz Azizan ketika menyerahkan pentadbiran negeri, agar menjaga dan mentadbir negeri Kedah dengan baik malah lebih baik dari apa yang dilakukan olehnya.

Walaupun menang dan berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau, percayalah kemenangan itu tidak bermakna, kemenangan itu tidak semanis kemenangan BN merampas negeri Kedah ketika PRU13 yang lepas.

Saya tidak yakin pengundi Sungai Limau membaca blog saya atau tidak - jika ada sahabat pembaca yang merupakan pengundi berdaftar di DUN Sungai Limau. Tiada apa yang saya mahu katakan selain tahniah kerana Sungai Limau tetap kekal kepada PAS tapi dikuasai Phahrolrazi.


YY : Menang merampas pentadbiran negeri lebih manis dari kejayaan mengekalkan kerusi DUN...

Saturday, November 2, 2013

#PRKSgLimau : "Kita Kena Buat Sesuatu Bagi Azizan Kalah, Baru Nasir Naik Jadi Exco" - Kata Proksi Calon PAS



Hanya tinggal 48 jam sahaja lagi sebelum berakhirnya tempoh kempen PRK Sungai Limau, satu rakaman perbualan Phahrolrazi yang berusaha menjatuhkan arwah Ustaz Azizan didedahkan.

Dalam perbualan telefon tersebut jelas kedengaran bahawa Phahrolrazi ingin merancang supaya arwah Ustaz Azizan kalah di DUN Sungai Limau dalam PRU13 bagi membolehkan Nasir Mustafa dinaikkan sebagai Exco.

Jika calon PAS adalah proksi kepada individu yang pernah cuba menjatuhkan arwah semasa hayatnya. Tiada sebab  untuk pengundi Sungai Limau harus KEKAL dengan dengan memilih calon PAS pada 4 November nanti.

Pengundi Sungai Limau perlu BERANI HIJRAH dengan memilih BN bagi menghalang usaha Phahrolrazi yang meletakkan proksi apabila gagal menjatuhkan arwah semasa PRU13 lima bulan lalu.


YY : Replika kaki arwah merupakan provokasi paling hina dalam sejarah PRK di Malaysia...

Wednesday, June 26, 2013

Tu Dia! BN Menang Staff UMNO Kedah Senang Hati Bercuti di Vietnam, Tapi Bloggers Kedah Ditinggalkan? - #HanyadiKedah


Tu dia...!

Hanya di Kedah...!

Betul hanya di Kedah staff UMNO negeri dengan senang hati bercuti di Vietnam sempena meraikan kemenangan mereka merampas negeri Kedah...

Hoii..!

Bloggers Kedah, hangpa jaki sangat dengan staff UMNO negeri nak pi bercuti di Vietnam kenapa?

Depa pi bukan guna duit UMNO pun, percutian depa ditaja oleh syarikat beras cap Bashah pengeluar beras tersohor di Kedah...


Kahkahkah!

Kenapa ceq kata hangpa kena berhenti jadi 'bengong'?

Sebab hangpa memang tak ada tempat dalam UMNO negeri Kedah, ini bukan ceq habaq tau, tapi otai bloggers yang ceq cukup respek brader Kedah Times penulis blog http://syburi-times.blogspot.com/ 

Hangpa baca apa brader syburi komen semalam :


Satu lagi brader syburi komen kat artikel ceq, dia habaq mai :


Kalau hangpa tak mau dengar ceq habaq, hangpa dengar la nasihat otai bloggers di Kedah ni. TMK dengan bloggers Kedah yang lain memang tak ada tempat di hati Badshah!

Tok Kenari pula habaq :


Semalam ceq dok tengok je hangpa dok balun ceq kat Facebook...

Isk..isk...isk!



Tu dia...

McTheory kata ada hikmah...?

Hikmah apa McTheory, lu tahu ke kawan-kawan yang dok berjuang dengan lu perut nak kena isi, minyak motor nak kena isi, topup nak kena isi, broadband nak kena bayar tau dak..?

Yang paling penting perut anak bini nak kena isi brader!

Hang ada pikiq dak macam mana depa nak isi semua ni, jika poket depa tidak berisi...?

Mujur PisauKedah cerdik dan tersedar dari terus jadi bengong, dah mula cari kerja dah...


Paling malang Aktivis Pekan Naka yang berhenti kerja sebab nak bantu BN Kedah...

Keluaq ayaq mata ceq baca komen-komen hangpa tau dak!


Siap berhenti kerja nak bantu BN Kedah, pulun punya pulun - staff UMNO negeri Kedah pi Vietnam, hangpa dok berangan di Facebook.

Betul HANYA DI KEDAH pemimpin UMNO masih buta perut!

Ceq setuju cadangan 1PELURU - elok TMK berhijrah ke Dannok tukar nama Team Media Dannok! [KLIK]

Brader Jai pulak kata "cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini Bashah..." [KLIK]

Tuesday, June 25, 2013

#HanyadiKedah : Pemimpin UMNO Buta Perut - Bloggers Kedah Jangan Terus Jadi Bengong!


Saya masih ingat ketika mula-mula saya berkomunikasi dengan McTheory penulis blog kedahkekl.blogspot.com, pada masa itu saya mempelawa beliau menyertai UMB tetapi ditolak kerana UMB pada waktu itu lembik.

Boleh dikatakan sombong nak mampos di McTheory pada waktu itu, eksyen nak mampos!

Tapi berkat kesabaran gua menerangkan peranan UMB, akhirnya dia bersetuju menyertai UMB kerana pada masa itu UMNO Kedah yang dipengerusikan oleh Ahmad Badshah hanya membantu bloggers yang tidak berpusat di negeri tersebut.

Dia yang berada di Kedah tidak dipandang langsung walaupun berblogging siang malam untuk UMNO Kedah. Walaupun tidak dibantu, dia tetap mempertahankan pemimpin UMNO negeri tanpa mengkritik, menghentam melalui laman blognya.

Boleh dikatakan McTheory setia nak mampos dengan pemimpin UMNO Kedah...

Setelah beberapa bulan menyertai UMB dia berjaya menubuhkan Team Media Kedah (TMK) dan hasilnya pendedahan demi pendedahan berjaya dilakukan.

Akhirnya hasil pendedahan dan strategi TMK membuatkan BN berjaya merampas semula Kedah selepas sepenggal jatuh ke tangan PAS.

Berbeza dengan bloggers yang dibiayai oleh Ahmad Bashah, walaupun dibiayai oleh UMNO Kedah artikel dan hasil di laman blognya hanya fokus kepada isu nasional tanpa pendedahan eksklusif berkaitan negeri Kedah.

Kalau ada artikel berkaitan pendedahan dan penyelewengan PAS Kedah pun ia diambil dari blog geng TMK.

Selepas PRU13 saya tertanya-tanya apakah pemimpin UMNO negeri menghargai peranan pasukan bloggers TMK yang diketuai oleh McTheory di atas banyak gerak kerja dan strategi menyerang PAS Kedah sebelum PRU13 sehingga membuatkan exco-exco kerajaan negeri yang diketuai oleh PAS ketika itu 'panas punggung'?

Baru-baru ini dengarnya khidmat McTheory digunakan lagi untuk program live streaming ceramah agama yang dianjurkan oleh Menteri Besar Kedah yang baru Mukhriz Mahathir.

Ingatkan pasukan TMK dibawah McTheory sudah menjadi pasukan khas media Pejabat Menteri Besar, tapi rupa-rupanya McTheory hanya diperkudakan sahaja.

Tu..dia HANYA DI KEDAH beb! hahaha!
Hahaha!

Pertama peranan lu dalam membantu UMNO Kedah ketika PRU13 besar, sekarang mereka panggil dan guna lagi khidmat lu tapi untuk wujudkan 'live streaming' ceramah agama tapi apa lu dapat bro...?

Lu hanya digeli-gelikan oleh pemimpin UMNO Negeri dengan ucapan terima kasih, "saya nampak peranan bloggers Kedah bla bla bla..."

Maaf cakap...

McTheory lu memang bengong!

Pemimpin UMNO termasuk exco baru buta perut, dia tak nampak peranan lu yang sebenar. Buat apa nak terus berblogging membantu mempromosikan pemimpin UMNO sedangkan mereka tidak pernah menyumbang atau membantu lu dengan kawan-kawan lu?

Kalau benar dia nampak sumbangan lu membantu UMNO Kedah, sudah lama dia membantu lu dengan kawan-kawan TMK la bro!

Pemimpin UMNO Kedah, tidoq lagi kaaa, BN menang Kedah Senang tapi bloggers tak senang-senang...


sudah-sudahlah jadi bengong tu McTheory...!

Lu nak maki gua sebab gua cakap lu bengong?

Lu marah blogger Sangkakala sebab gua petik dari blog dia [sini]...haha!

Wake Up McTheory, jangan jadi bengong!



Monday, January 28, 2013

Beli Tanah Macam Beli Gula - Peguam #UMB Bantu Mangsa Penipuan ADUN PAS

Hang ada tanah nak jual dak...?

Ada, hang nak berapa...?

Bak mai sekilo...?

Hang nak resit dak ni...?

Nak la, itu kan bukti pembelian...

Nah hang amik resit ni dulu noo...

Nanti ceq bagi yang rasmi dari pejabat tanah..

Tadaaa...!

Resit yang dikeluarkan oleh pejabat ADUN PAS ini
boleh diperolehi di mana-mana 7 Eeleven.
Beli tanah macam beli gula...

Itulah situasi yang berlaku di Kedah untuk menggambarkan taktik licik penipuan YB PAS Kupang dalam urusan pembelian tanah yang telah menyebabkan penduduk kampung Iboi mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Ini antara aduan yang dibuat sendiri oleh penduduk kampung tersebut kepada peguam Tun Ammar, penasihat undang-undang UMB di dalam satu forum yang dianjurkan 2 hari lepas bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dialami oleh penduduk di sana.

Jefrizal Jaafar (PSU Pemuda Kuala Langat)  & Tun Ammar (tengah)
dan Ketua Pemuda Baling Khairul Anuar, menunjukkan dokumen palsu yang dikeluarkan pejabat ADUN.
Menurut Tun Ammar dan Jefrizal Jaafar perkara yang dilakukan oleh pejabat ADUN Pas ini jelas terdapat kesalahan undang-undang. Kerana urusan bayaran permohonan tanah  resit permohonan hanya boleh dikeluarkan oleh pejabat tanah bukannya pejabat ADUN.

Baca kesudahan [sini]

Ini baru betul lawyer...

Chop...!

Rafizi Ramli menyalahkan UMNO di atas permohonan maaf yang dibuat olehnya semalam. Skrip yang digunakan pula adalah hampir sama dengan taktik yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini.

Ingat lagi tak semasa kontroversi kenyataan Anwar Ibrahim berhubung sokongan terhadap negara Israel di mana selepas satu artikel maaf disiarkan di laman blog miliknya yang telah dikecam oleh ramai pihak.

Penafian yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah :


Semalam Rafizi Ramli juga menggunakan skrip yang hampir sama, belum habis drama hack-hack blog dan facebook miliknya. Hari ini muncul pula Azmin Ali yang mendakwa laman blognya telah di hack :


Aik...

Esok jangan terkejut jika Wan Azizah, Nurul Izzah, Tian Chua hatta Mahfuz Omar sekali pun tampil mengatakan perkara yang sama.

Strategi baik punya dari Rafizi Ramli untuk tutup malu akibat maki-hamun dari penyokongnya sendiri selepas permohonan maaf yang dibuat semalam.

Mungkin benar perkara yang ditulis oleh TF di laman blognya :
Rakyat makin meluat dengan propaganda pelik mainan pembangkang. Terbaru, Mat Jambu Rafizi `RaRa' Ramli menyalahkan UMNO dan menuduh cybertroopers UMNO menggodam akaun facebooknya. 
Apa punya propa la you main ni Rafizi? Sendiri hack, lepas tu salahkan orang lain ka?

Rakyat makin bijaklah. Jika mereka rajin meneliti propaganda dan sandiwara pemimpin pembangkang, mereka boleh mengesan beberapa persamaan tertentu. 
Mari lihat persamaan insiden ini dengan beberapa insiden yang lain yang melibatkan mahasiswa pro-pembangkang sebelum ini. 
[Baca insiden dan taktik yang sama sampai habis]
RaRa...?

Seksi la nama timangan you bro Rafizi Ramli...

Hahaha...

Monday, January 7, 2013

[VIDEO] : Pendedahan Terakhir Skandal Tabung Memali - Pemimpin PAS Kedah Terlibat?


Satu persatu pekung PAS dibuka, malah pendedahan yang dibuat dilihat tidak mampu ditangkis dengan baik oleh pucuk pimpinan PAS.

Belum terjawab isu pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Jajahan Gua Musang kepada sebuah syarikat milik Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham, kini Cikgu Non tampil membuat sessi penerangan terakhir mengenai dalang di sebalik Tabung Memali.

Menurut Cikgu Non selepas sessi penerangan terakhir mengenai Tabung Memali beliau akan menumpukan kepada isu-isu semasa yang melibatkan PAS. Nampaknya semakin hampir dengan Pilihan Raya Umum, makin banyak kontroversi melanda parti itu.

Mungkin ini adalah petunjuk Allah SWT kepada PAS yang begitu ghairah menghukum orang lain sebagai kafir serta mendoakan kecelakaan ke atas seteru politik mereka.

Menurut Cikgu Non, pemimpin PAS Kedah bertanggungjawab menipu balu-balu dan anak-anak yatim dalam urusan Tabung Memali. Ikuti penjelasan Cikgu Non berhubung skandal Tabung Memali yang hingga ke hari ini PAS gagal memberi penjelasan yang munasabah kepada balu-balu mangsa yang terkorban dalam peristiwa berdarah itu :




Tuesday, November 13, 2012

#TukarKedah : PAS Kedah Diminta Berubah Oleh Ahli Bawahan



Ahli PAS Kedah kini mula tampil ke hadapan menegur pucuk pimpinan parti itu yang dilihat semakin tersasar dari landasan perjuangan yang disertai oleh mereka dahulu. Menurut mereka PAS perlu berubah, atau undi mereka kelak yang akan berubah dengan tidak lagi mengundi PAS.

Friday, July 13, 2012

#TukarKedah : Hasil Pimpinan PAS - Kini Rakyat Kedah Sejahtera Dengan 'Tiger Show'?


Pendedahan sahabat blogger dari Team Media Kedah kelmarin agak mengejutkan, pada awalnya saya sangkakan gambar-gambar tarian seksi dari dalam disko yang dipaparkan oleh TMK di laman blog mereka semalam adalah situasi yang berlaku sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Rupa-rupanya gambar yang dipaparkan adalah gambar yang dirakam dari sebuah disko yang terletak di negeri Kedah. Malah dikatakan lokasi disko ini hanya sekitar 1 kilometer sahaja dari Pusat Khidmat Masyarakat Alor Mengkudu yang diwakili oleh salah seorang exco kerajaan negeri Kedah.

Nampaknya jelas rakyat Kedah kini semakin 'sejahtera' hasil pimpinan para ulamak PAS. Dulu aksi sebegini amat jarang dapat dinikmati oleh rakyat Kedah.

Tetapi kini rakyat Kedah tidak perlu khuatir lagi kerana kerajaan PAS Kedah memberikan kelulusan untuk premis hiburan dibuka dalam usaha mereka untuk merealisasikan slogan 'Kedah Sejahtera'.

Mungkin kini rakyat Kedah dilihat semakin 'sejahtera', apabila mereka dihidangkan dengan 'tiger show'...

Hahaha...

Dari blog KedahkeKL :


Sungguh menyedihkan bila MTK dapat tahu Exco Pas terlibat dalam meluluskan pusat ini. Malah seperti yang sedia maklum pusat hiburan ini hanya terletak lebih kurang 1KM saja dari pusat khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Tapi ramai penyokong Pakatan Rakyat masih tidak percaya dengan pendedahan ini contohnya artikel di bawah yang MTK petik dari blog pro Pas. Menurut apa yang ditulis olehnya, blogger UMNO ni diupah untuk mengambil gambar di sebuah pusat hiburan di selatan Thai (Dannok).
Baca kisah blogger-blogger TMK yang selalu mengunjungi Dannok sebagaimana hangat diperkatakan oleh blogger PAS [KLIK] 
YY : Steady Tok Jijan - ini baru betul 'PAS FOR ALL! 

Tuesday, July 3, 2012

[VIDEO] : Kebajikan Terabai - 200 Kakitangan KUIN Anjurkan 'Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0'

Akibat kebajikan mereka tidak terbela, 200 kakitangan KUIN akhirnya bertindak mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Dato Jamil Osman meletak jawatan sebagai Rektor KUIN. Dato Jamil Osman dilantik sendiri oleh Pengerusi KUIN iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Seri 'Tai Chi' Azizan Razak.

Sebagai Pengerusi KUIN Datuk Seri 'Tai-Chi' Azizan Razak sepatutnya bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang melanda kebanyakkan kakitangan KUIN.

Ini kaaa yang depa dok kata 'Kedah Sejahtera' tu...?

Habaq mai sat!

Dari blog Team Media Kedah :

3 Jun - Isu KUIN semakin panas apabila seramai lebih 200 orang kakitangan KUIN mengadakan himpunan mendesak Dato’ Jamil meletakkan jawatannya sebagai Rektor KUIN. Himpunan yang dinamakan ‘Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0” itu diadakah dihadapan pejabat Rektor dan disertai pelbagai lapisan gred kakitangan KUIN dan juga turut disertai oleh pelajar KUIN.

Walaupun hujan, namun kakitangan KUIN tetap keluar di lapangan hadapan Pejabat Rektor bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Selain daripada warga KUIN turut kelihatan pihak keselamatan, wartawan media, alumni KUIN dan orang masyarakat setempat.

Desakan Jamil meletak jawatan itu adalah kerana kakitangan KUIN sudah hilang kepercayaan kepada beliau yang telah banyak mengabaikan kebajikan kakitangan dan juga pelajar. Ini ditambah lagi dengan kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang tidak mampu beroperasi dengan sendiri dan terpaksa bergantung kepada kewangan KUIN yang akhirnya mencetuskan krisis kewangan yang sangat kritikal.Berpunca daripada krisis pentadbiran yang hilang amanah dan pengurusan kewangan yang tidak cekap, maka kakitangan dan pelajar diheret menjadi mangsa seperti...



Baca selanjutnya di blog TMK [klik] 

Saturday, June 16, 2012

#SaveKedah : Rakyat Kedah Terus Sejahtera Apabila Dapat Menari Dengan DJ Liz Candy


Rakyat Kedah sekarang memang sejahtera, apa tidak sejahtera jika dapat menari dengan DJ Liz Candy dari France iaitu DJ wanita paling top di dunia. Kehadiran DJ Liz Candy di malam pembukaan kelab malam View Night 'View Night Grand Opening' di Tesco Mergong, Kedah ini menunjukkan sikap munafik PAS dalam perjuangan mereka.


Bunting yang digantung di sekitar Alor Star ini jelas adalah cubaan untuk mempromosikan kehadiran DJ Liz Candy serta mengajak rakyat Kedah untuk 'Dance With DJ Liz Candy'. Nampaknya polisi PAS Kedah, Kelantan dan negeri-negeri lain cukup berbeza.

Perjuangan untuk menubuhkan negara Islam hanyalah omong kosong PAS yang sampai kini tidak berkesudahan. Dengan mempromosikan lagi aktiviti sebegini jelas menggambarkan kepada kita bahawa PAS itu hanyalah sebuah parti politik yang penuh dengan hipokrasi.

Dari blog Cheritera Seribu Satu Malam :
Penulis berpendapat selepas kerajaan Kedah jatuh ke tangan pembangkang dan kemudian dipimpin oleh barisan Parti Islam Se-Malaysia, dah tak akan ada pusat-pusat hiburan yang lagha ni..sebab apa yang dikatakan pada manifesto yang lepas, pusat-pusat hiburan akan ditutup. 
Tapi sekarang yang hakikatnya bukan main lagi siap promosi pakai banner dan bunting gantung dekat tiang-tiang lampu sekitar Mergong dan lebih mengejutkan seorang DJ International dari Perancis juga dijemput hadir bagi merasmikan kelab tersebut.

Kalau tak silap penulis, ini merupakan kali pertama yang penulis jumpa, sebuah kelab malam mempromosikan majlis GRAND OPENING mereka kepada umum secara terbuka dan kebiasaannya perkara sebegini hanya disebar mulut ke mulut sahaja dan dibuat secara DISCRETE, di mana hanya kaki tegar kelab malam sahaja yang akan tahu tetapi lain pula di Mergong dan ianya amat mengecewakan.

Isu bahawasanya kelab 'VIEW NITE' hanyalah dibuka untuk patron atau pengunjung bukan Melayu, boleh dipersoal. Percaya atau tidak, salah seorang daripada DJ kelab hiburan tersebut merupakan seorang Melayu dan kebarangkalian untuk mereka yang beragama Islam untuk hadir adalah sangat tinggi.
Gambar panas dan cerita lanjut [KLIK] 

YY : Dulu Ostat pandai 'tai-chi' jaa... Laa ni dah pandai disko nooo..! Sejahtera sunggoh Kedah laa ni! kikikiki!

Tuesday, April 24, 2012

MB Kedah Perlekeh Istana?



Oleh : Beruang Biru  
Azizan Perlekeh Istana Kedah Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak buat kesekian kalinya membuktikan sifat takbur Ulama-ulama PAS apabila meletakkan fatwa yang di keluarkan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak, sebagai tidak boleh dicabar atau dirayu atau disemak dinafikan atau dipersoalkan oleh mana-mana 
Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. Alasan beliau iaitu fatwa Ulama adalah jauh mengatasi sistem mahkamah seolah-olah meletakkan kedudukan Ulama menjangkaui taraf manusia biasa iaitu tidak mungkin berbuat silap, malah mungkin juga berhak mengampunkan dosa manusia lain seperti mana yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz. 
Pendirian seperti ini, jelas menyalahi ajaran Islam dan menyerupai Kristian yang meletakkan padri sebagai wakil Tuhan. 
Sedangkan menurut Islam, Ulama juga manusia biasa iaitu ada kelemahan masing-masing malah Islam juga memperingatkan kita tentang wujudnya Ulama jahat hatta sejahat-jahat manusia ialah Ulama yang jahat. 
Jika tidak, tidak mungkin kita diperingatkan tentang Ulama-ulama jahat yang sering menyesatkan ummah. Fatwa bukan statik dan ia boleh berubah atau dipinda mengikut kesesuaian masa. 
Ia juga bukan satu hukum tetapi merupakan pandangan tentang hukum agama. Ulama pula bukan maksum dan bukannya menerima wahyu terus dari Allah SWT. Oleh yang demikian, apakah jaminannya yang pandangan para Ulama tersebut tepat? 
Dan apa pula jaminan yang Ulama yang terlibat dalam membuat fatwa itu adalah Ulama yang sebenar-benarnya sedangkan ijazah agamanya hanya diiktiraf oleh manusia, bukan Allah SWT.    
Sesiapa juga, hatta orang kafir juga jika mengikuti pembelajaran agama Islam di universiti dan belajar bersungguh-sungguh tidak mustahil akan lulus dengan cemerlang juga. Maka apakah mereka juga boleh dikira sebagai lebih tinggi darjat di sisi Allah SWT dan diangkat sebagai Ulama? 
Akibat dari ‘ketakburan’ kerajaan PAS ini, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Mansor Tunku Kassim telah membuat kenyataan yang membayangkan pihak istana juga merasa tersinggung kerana tindakan ini dikhuatiri mencabar kuasa DYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri. 
Jika Ulama-ulama PAS sudah meletakkan diri mereka sebagai lebih tinggi darjat dan taraf dari manusia biasa, maka Tunku atau DYMM Sultan juga tentunya berada di kedudukan lebih rendah dari mereka serta tidak berhak mempersoal atau mencabar pandangan mereka. 
Dari segi rekod, bukan sesuatu yang asing apabila fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa bercanggah atau berbeza dan kemudiannya diubah setelah mendengar pandangan umum. 
Ini adalah perkara biasa kerana yang terlibat di dalam Majlis Fatwa ialah manusia biasa. Kerajaan negeri Kedah seharusnya kembali berpijak di bumi nyata dan merendah diri. 
Bukankah Ulama itu seharusnya bersifat zuhud dan sedia mendengar pandangan semua. Kedegilan dan ketakburan yang ditonjolkan oleh kerajaan Negeri Kedah hanya menjauhkan lagi orang kafir dari Islam.

Cukup-cukuplah PAS mencemarkan imej dan nama agama Islam, janganlah ditambah lagi penghinaan terhadap orang Islam dengan menunjukkan sikap yang bertentangan dengan Islam.

Entah kenapa PAS sering menonjolkan sikap yang salah di tempat yang salah. Contohnya, apabila perlu bertegas dalam isu murtad, mereka berlembut tetapi apabila perlu bersikap terbuka seperti dalam isu fatwa ini, mereka berdegil dan berkeras pula. 
Kita pasti, pemimpin PAS Kedah bukannya akan mengambil masa untuk merenungkan kebenaran dalam artikel ini, tetapi sebaliknya tidak akan membuang masa langsung untuk mencaci dan menuduh penulis sebagai jahil, sesat dan sebagainya. 
Begitulah sifat orang yang takbur akibat terlalu sibuk mengejar dunia.

Monday, March 5, 2012

Krisis Azizan dan Phahrolrazi : PAS Pusat Temui Jalan Penyelesaian?


Ingatkan PAS menang di Kedah rakyatnya kini sejahtera, tetapi apa yang kita nampak rakyat Kedah sebenarnya tidak pernah sejahtera sejak PAS menang dan memerintah negeri tersebut :
PAS Pusat pada Isnin mengumumkan keputusan bahawa Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Ismail Salleh perlu kembali menjadi exco negeri Kedah. 
Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat pada lewat Sabtu di Alor Setar, Kedah. 
"Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Kedah seperti biasa. 
"Manakalah YB (Yang Berhormat) Phahrolrazi dan YB Ismail perlu kembali semula sebagai exco dalam pentadbiram kerajaan negeri Kedah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Isnin.

Thursday, March 1, 2012

Beras Cap Ahmad Basha?


Kah...Kah...Kah..

Maaf memang nak tergelak...

Ingatkan model beras macam Dato Jalaluddin Hasan, rupanya wajah pembesar UMNO di Kedah yang orang kata masih dok terlena lagi...

Ceq malas mau campor pasal politik Kedah ini, pasal ada orang habaq mai politik kat Kedah ini lain macam sikit hangpa jangan tak tau noo...

Awatnya yang orang dok habaq UMNO Kedah dengan Dato Basha ini masih dok terlena...?

Hangpa pi baca kat [SINI]

Confirm kena kena balun dengan Team Media Kedah pasal kutuk pemimpin kesayangan depa, tapi sayang pemimpin depa tak sayang kat depa pun, pemimpin depa yang bernama Ahmad Basha ini sayang dekat blogger berasal dari Kedah yang dok di KL lebih dari depa...

Depa dok balun PAS Kedah sampai kering ayaq peluh, Ahmad Basha pi 'fund' orang lain...kahkahkah!

Last sekali nak tanya BERAS CAP AHMAD BASHA ini ada dijual di Kedai 1Malaysia tak...?

Kah..Kah...Kah...

Tuesday, February 28, 2012

Pemecah Berita : Ustaz Azizan Diugut Bunuh?


Krisis antara Phahrolrazi dengan Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah semakin meruncing, hari ini berlangsung dua sidang media oleh PAS Kedah. Satu sidang media bersama wartawan-wartawan mainstream media dan satu lagi dikhabarkan sidang media tertutup yang hanya dihadiri oleh Phahrolrazi dan pengikutnya.

Dalam sidang media itu dilaporkan situasinya agak panas, apa cerita sebenarnya yang melanda PAS Kedah sampai 'ugutan' dikeluarkan kepada Ustaz Azizan?

Dari blog KedahkeKL :
"...Phahrolrazi memang mempunyai masalah dengan Ustaz Azizan, dari soal kerja, sampailah soal tanah dan kontrak. Malah beliau mendedahkan bahawa Ustaz Azizan lebih banyak menolong UMNO dari orang Pas sendiri, malah pengagihan kontrak juga banyak orang UMNO yang dapat dari orang Pas!!
Malah salah seorang penyokong Phahrolrazi berkata "Ustaz Azizan harus di kerat dan di kuburkan!" 
BACA SELANJUTNYA....

Wednesday, February 1, 2012

Bakal Ketua Perang Saraf Di Kedah Juga 'Trojan Horse'? - @MukhrizMahathir Naifnya UMNO Kedah Ni..

Trojan Horse macam ni kut... huhu!
Kedengaran beberapa rakan dari Kedah yang siang malam bertungkus-lumus mencari bahan untuk menyerang Pakatan Rakyat di Kedah tidak berpuas-hati apabila mereka menerima berita kononnya seorang blogger yang terkenal dengan sikap memecah-belahkan perpaduan di antara blogger dikatakan bakal mengetuai unit perang saraf bagi UMNO Kedah.

Jika benar berita yang tersebar di kalangan pengendali media baru di Kedah ini, saya boleh sifatkan UMNO Kedah begitu NAIF dalam mengenali kemampuan serta kebolehan setiap blogger.

Walaupun di Kedah ada ramai blogger tersohor yang lebih arif dalam dunia politik, mereka dilihat tenggelam jika mahu dibandingkan dengan pasukan Unit Media Kedah yang diketuai oleh blogger McTheory iaitu pengendali blog KedahkeKL.

Lihat sahaja isu madrasah, kumpulan blogger yang mungkin dianggap sebagai 'budak berhingus' berjaya membongkar dan mendedahkan segala bentuk dokumen dan kepincangan yang dilakukan oleh PAS Kedah.

Adakah UMNO Kedah begitu BUTA PERUT dan NAIF sehingga kumpulan yang begitu 'perform' ini tidak dipedulikan sebaliknya mereka 'mendewakan' seorang individu yang terkenal dengan sikap memecah-belahkan perpaduan?

Mungkin penulisan individu yang dikatakan bakal dilantik untuk mengetuai perang saraf di Kedah ini lebih bermutu dari segi penggunaan bahasanya jika dibandingkan dengan 'budak berhingus' dari Unit Media Kedah yang baru setahun jagung ditubuhkan ini.

Tetapi dari segi kebolehan serta gerak kerja, secara jujurnya saya katakan Unit Media Kedah jauh lebih bagus dari individu ini kerana 'budak berhingus' ini bukan sekadar berblogging dari atas kerusi di rumah masing-masing.

UMNO Kedah jangan jadi NAIF!


YY : Boleh tak aku nak cop individu yang bakal mengetuai unit perang saraf di Kedah ni sebagai 'TROJAN HORSE'? kikikiki....

Thursday, January 26, 2012

[HOT VIDEO] : Aziz Bari Mahu PAS/PR Pecat MB Kedah Azizan Razak Sebab Sokong AUKU?



Video ini dirakam selepas program Wacana Sinar Harian yang bertajuk 'Masih Relevankah AUKU' yang turut dihadiri oleh Adam Adli, Safwan 'Wheelchair' Anang dan juga kumpulan 'mahasewel' SMM.

Dalam sidang media tersebut seorang wartawan bertanyakan kepada Aziz Bari mengenai tindakan Menteri Besar Kedah DS Azizan Razak berhubung tindakan Azizan yang menggunakan AUKU menghukum pelajar KUIN tempoh hari.

Dengar  video di atas di minit 0:17.

Disebabkan Azizan Razak tetap mempertahankan pendiriannya dalam mengenakan tindakan terhadap pelajar KUIN, Aziz Bari meminta supaya Azizan Razak masuk sahaja BN kerana BN adalah pro AUKU.

Aziz Bari  tegas meminta supaya pihak tertinggi Pakatan Rakyat mengenakan tindakan yang tegas terhadap MB Kedah itu kerana dalam Buku Jingga yang diperjuangkan Pakatan Rakyat mereka berjanji untuk memansuhkan AUKU.

Apakah komen pengikut Azizan Razak setelah Aziz Bari tegas meminta PR mengenakan tindakan sedangkan Aziz Bari bukan ada kaitan serta menjawat apa-apa jawatan dalam parti PAS mahu pun Pakatan Rakyat?

Mungkin juga Azizan Razak bakal menerima nasib yang sama sebagaimana nasib yang menimpa Hasan Ali yang dipecat tanpa sebarang penjelasan dari pucuk pimpinan PAS?

Friday, January 20, 2012

HOT : Isu Madrasah Salihiah - PAS Jual Tanah Wakaf?


Namun selepas beberapa ketika, Jabatan Mufti mengeluarkan fatwa kedua dengan membenarkan Tanah Wakaf itu di jual. Fatwa kedua di buat pada tarikh 4 JULAI 2011. Apa tarikh fatwa kedua? yaa 4 JULAI 2011!! 
Ini bermakna MAIK jual dulu tanah Wakaf Madrasah Salihiah kepada pemaju pada tarikh 9 JUN 2011. Kemudian Jabatan Mufti memberikan fatwa kedua untuk membenarkan penjualan pada tarikh 4 JULAI 2011. 
Sedangkan fatwa pertama pada 21 Jun 2010 tidak benarkan tanah wakaf dijual. 
Di sini anda nampak tak dimana penyelewengan dan salahgunakuasa berlaku? 
Kerajaan Pas Kedah kata, MUFTI membenarkan tanah wakaf khas itu dijual berdasarkan fatwa, (juga berdasarkan kebijaksanaan dan lebih arif tentang Islam). 
Sedangkan hakikatnya tanah itu telah pun DIJUAL dahulu kepada pemaju, sebelum MUFTI Kedah mengeluarkan fatwa kedua untuk membenarkan tanah wakaf dijual. 
Apakah ada individu tertentu cuba mempengaruhi Jabatan MUFTI? Sehingga Jabatan Mufit terpaksa mengeluarkan fatwa kedua untuk membenarkan tanah wakaf Madrasah Salihiah di jual? 
Tanah yang tidak boleh dijual, diHALALkan oleh pihak tertentu dengan mengunakan kuasa AGAMA bagi menghalalkan yang HARAM!! 
Sebelum terlupa, siapa agaknya exco yang pegang portfolio Hal Ehwal Agama Kedah?
Nak tahu kesudahannya... [SAMBUNG BACA SINI] 

Thursday, December 15, 2011

Al- Kisah Politik Puteri UMNO - 'Skandal' Dengan Bekas MB Kedah....

Fitnah yang tersebar sekitar tahun 2008
Shahanim Mohd Yusuf kini menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, ketika perhimpunan Agung UMNO tempoh hari blogger UMB Keris7Lok tidak melepaskan peluang mendekati mana-mana pemimpin yang lalu di hadapannya.

Kerana obses nak 'terjah' orang, pernah sekali kakak masak tomyam warganegara Thai cuba 'diterjah' dengan soalan mengenai politik tanahair. Apa punya 'gila' entah, apa pun siri 'Tikaman K7L' yang diilhamkan beliau satu inisiatif yang agak unik. Jadi 3 bintang untuk lu bro...

Shahanim Mohd Yusuf merupakan individu pertama yang 'diterjah' oleh blogger UMB yang diwakili oleh K7L, saya dapat menjangkakan bahawa K7L mesti 'terjah' isu panas yang pernah dikaitkan dengan Shahanim Mohd Yusuf sekitar tahun 2008.

Pada tahun 2008 banyak fitnah tersebar di laman internet kononnya Shahanim Mohd Yusuf mempunyai hubungan sulit dengan Menteri Besar Kedah ketika itu iaitu DS Mahadzir Khalid. Pelbagai gambar, video dikeluarkan oleh penulis yang tidak dikenalpasti identiti mereka.

Salah satunya boleh dicapai melalui laman ini - Skandal Menteri Besar Kedah

Hampir 3 tahun berlalu, akhirnya dapat jua kita mendengar jawapan dari tuan punya badan sendiri iaitu Shahanim Mohd Yusuf tentang fitnah yang melanda dirinya 3 tahun yang lalu.



Imbas memori 2008 mengenai fitnah ke atas Shahanim Mohd Yusuf dengan menonton video yang dimuat-naik oleh blogger PAS Greenboc :



YY : Lebih percaya kata tuan punya badan...

Saturday, December 10, 2011

#MBmalas : Kedah Kini Tak Berapa Nak Sejahtera

Stesen Bas Sungai Petani
Masuk hari ni sudah lebih 10 hari perkhidmatan bas tempatan yang membawa penumpang sekitar Tikam Batu, Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka dan taman-taman perumahan disekitar Sungai Petani telah dihentikan.

Rasanya beribu-ribu penguna perkhidmatan bas mengalami kesusahan dan derita untuk bergerak dan ke tempat kerja, apabila 'tiada' lagi perkhidmatan bas untuk mereka gunakan.

Sungai Petani bukan seperi Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai kemudahan awam untuk bergerak. Bagi yang berduit, teksi boleh jadi pilihan. Namun bagi yang berpendapatan rendah, hanya bas la menjadi 'pengerak' utama mereka disekitar bandar Sungai Petani.

Namun sejak perkhidmatan bas 'tiada' lagi. Hampir beribu rakyat Sungai Petani menderita, malah kos kehidupan mereka juga meningkat apabila terpaksa menyewa teksi atau mengunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja.

Kerajaan negeri dan exco yang terlibat mengetahui perkara ini. Namun hingga sekarang masih tiada jawapan atau tindakan yang mereka lakukan.

Sekurang-kurangnya, bantulah rakyat. Kurangkan bebanan mereka dengan memberikan pilihan yang lain. Kerajaan negeri patut membawa masuk syarkat Bas lain untuk meneruskan perkhidmatan bas di Sungai Petani. Bukan dengan hanya tengok saja rakyat dok susah ni.

Orang nak memerintah, hangpa pun nak perintah. Tapi orang lain dok buat kerja, hangpa boleh dok tengok saja.

Jika nasib rakyat masih tidak terbela, Mc percaya sesuatu yang lebih besar akan berlaku!!

Kedah ke KL

Friday, November 25, 2011

Petanda BN Mula Diterima Rakyat Kedah?


Kehadiran hampir 20 ribu rakyat Kedah ke Jamuan 1 Malaysia di Serdang, Bandar Baharu, Kedah adalah petanda bahawa rakyat Kedah sudah mula menyedari bahawa kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan tidak mampu mengurus negeri berkenaan dengan baik.

Selepas ditawan pembangkang Kedah dilihat sepi malah boleh dikatakan agak merundum baik dari segi pembangunan ekonomi mahu pun sektor lain. Projek yang diumumkan kerajaan negeri juga tidak menampakkan sebarang impak besar yang boleh menjana pendapatan negeri Kedah secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup rakyat Kedah itu sendiri.

Dari blog Kedah ke KL :
Kehadiran TPM menyemarakkan lagi semangat komponen BN bahagian Kulim Bandar Baru. Majlis ini mendapat sambutan hebat daripada penduduk setempat dan juga kawasan yang berhampiran. 
Gelombang perubahan sudah dapat dirasa dengan kehadiran yang sebegini ramai.
Sudah lama kawasan Serdang dipinggirkan dari kemajuan ekonomi. 
Hinggakan jalanrayanya juga berlubang-lubang. Segala Infrastruktur untuk kemudahan rakyat juga terpinggir. Rakyat di sini dahagakan kemajuan dan kemudahan. 
Masih ada projek-projek mega yang akan dibawa masuk untuk memudahkan rakyat. 
Nak mengharapkan kerajaan negeri? 
Mana pernah kerajaan negeri membuat projek mesra rakyat? 
Nak bina sebuah masjid pun Pas Kedah tak mampu. 
Hanya satu kerajaan yang membela rakyat, dan satu cara untuk mengubah nasib rakyat Serdang, Kulim Bandar Baru, hatta rakyat Kedah.
Untuk melihat gambar kemeriahan sambutan rakyat Kedah terhadap BN (KLIK SINI) 

YY : Rakyat dah terima baik BN, harap pemimpin BN Kedah faham peranan masing-masing!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal