NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, March 16, 2018

PERBANDINGAN NAJIB DENGAN MAHATHIR BERKAITAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT LUAR BANDAR


Amat tidak adil untuk membandingkan  pentadbiran DS Najib dengan Tun Mahathir. 

Pertamanya kerana masing-masing berada dalam zaman  yang berbeza dengan cabaran yang ditempuhi juga berbeza. Ia dipengaruhi oleh keadaan politik, ekonomi dan sosial pada zaman berkaitan.

Keduanya, tempoh masa untuk kedua-duanya  memegang  jawatan juga berbeza. DS Najib  masih menyandang jawatan sebagai Perdana bermula pada tahun 2009  hingga sekarang. Manakala Tun Mahathir  telah menjawat jawatan tersebut  dari tahun 1982 sehingga tahun 2004.

Pada zaman Dr Mahathir, tidak ada istilah ‘berita di hujung jari’  sepertimana sekarang, dengan kemajuan teknologi komunikasi maklumat, perkara yang diperkatakan hanya dalam sekelip mata sudah tersebar di seluruh  negara, malah dunia.

Memang diakui bahawa Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun  telah berjaya memodenkan Malaysia dengan bangunan-bangunan hebat bersama infrastrukutur bertaraf dunia. 

Namun disimpulkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 yang menyifatkan infrastruktur negara ketika itu berada dalam kelas dunia, namun  cara  berfikir rakyat Malaysia adalah  ditahap kelas ke tiga.

Umumnya rakyat mengakui bahawa Tun Mahathir sewaktu mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membina berbagai infra samada melalui peswasataan mahupun dibina oleh kerajaan. Malangnya, semuanya itu, tidak berimpak langsung kepada rakyat, terutama golongan marhein. 

Penumpuan pembinaan di Lembah Klang dan Pantai Barat Semenanjung sahaja. Manakala pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak diabaikan. Ada yang mendakwa bahawa rakyat Sabah dan Sarawak dizaman Tun Mahathir sekadar “mampu memperhatikan daripada jauh sambil menelan keinginan yang gagal ditunaikan oleh kerajaan pusat ketika itu”.

Berbeza dengan era pentadbiran DS Najib yang jelas melihat lompang yang perlu diatasi pada kedua-dua negeri Malaysia Timur tersebut. Hasilnya, Rakyat di Sabah dan Sarawak kini akan menikmati Lebuhraya PAN Borneo sepanjang 1,236 km jaraknya  dengan anggapan kos  berjumlahRM 12.86 bilion. 

Kerajaan pusat menanggung keseluruhannnya, bukannya diswastakan kepada kroni yang paling rapat.  Apa yang lebih mengembirakan rakyat bahawa DS Najib menjanjikan lebuhraya yang akan dibina oleh kerajaannya adalah  bebas tol.

Projek Lebuhraya Pan Borneo bakal menjadi pemangkin lonjakan baharu kepada demografi dan sosioekonomi Sabah dan Sarawak mencakupi peningkatan kualiti hidup, pembangunan koridor baharu ekonomi serta membuka peluang baharu kepada masyarakat setempat.


Selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir, rakyat marhein tidak langsung  diberikan faedah bersama  menikmati kekayaan negara. Beliau, yakni Tun Mahathir hanya mengumpul beberapa individu untuk “menjelmakannya” menjadi superkaya.

Berbeza dengan polisi membela rakyat yang memberi pelbagai inisiatif dan bantuan sebagai penghargaan kepada sasaran, iaitu rakyat miskin, BRIM misalnya, bukan sahaja bermanafaat secara langsung kepada rakyat bahkan mampu menghidupkan ekonomi kampung. Sebagai contoh,  sebuah DUN  di Sabah telah mengeluarkan sumbangan 42,000 orang  penerima BR1M yang layak. Ertinya hampir RM40 juta wang tunai mengalir di kawasan dun tersebut dalam setahun. 

Jumlah ini merupakan 40 kali ganda peruntukan kerajaan bagi sesebuah dun. Impak berganda kepada RM40 juta tersebut terhadap menyuburan ekonomi sesebuah DUN di luar bandar. Ianya merupakan  nikmat untuk rakyat yang belum pernah  dirasai  sebelum ini,  kecuali masa  DS Najib.

Isu ekonomi  menjadi tumpuan analisa perbandingan diantara zaman DS Najib dengan Tun Mahathir. 

Serangan demi serangan yang berupa persepsi  buruk dilakukan oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan DS Najib kononnya negara berada digerbang muflis.

Mereka yang menyerang kerajaan agaknya terlepas pandang berkait dengan kedudukan rekod KDNK Malaysia pada waktu ini antara yang terbaik di ASEAN dengan kadar USD 9,700 per kapita lebih tinggi dari Filipina (USD 2,900), Indonesia (USD 3,300) dan Vietnam (USD 2,100)

Pada tahun 1998 KDNK  dizaman Tun Mahathir, KDNK kita berada pada tahap RM 288 bilion. Kedudukan ini berbeza pada tahun 2008 di mana ianya  telah meningkat kepada RM924 billion. Pada tahun  2015 KDNK kita telah meningkat kepada RM1.15 trillion. Ini menunjukkan bahawa perancangan pertumbuhan ekonomi selari impak manfaat kepada rakyat.


Sebagai perbandingan, KDNK negara pernah berada pada kedudukan negatif 7% sewaktu Tun Mahathir memacu negara ketika Krisis Kewangan Asia pada 1998.

Pada 1998 sewaktu berlaku Krisis Kewangan Asia , KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 7%, manakala pada tahun 2008 sewaktu Krisis Kewangan Global KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 1.5%.

Pada 2015- 2016 walaupun kita berdepan dengan krisis kejatuhan harga komoditi minyak yang begitu mendadak dan menyebabkan kerajaan kehilangan lebih dari RM30 billion pendapatan tetapi negara masih merekodkan pertumbuhan ekonomi yang positif  iaitu 6%  pada tahun  2014, 5%  pada tahun 2015 dan 4.1%  pada tahun 2016.

Pentadbiran keterbukaan DS Najib terhadap perdagangan antarabangsa berbeza berbanding Dasar Pandang Ke Timur (LEP) dilaksanakan  Tun  Mahathir .Di bawah LEP, Mahathir berusaha menggalakkan rakyat mengubah persepsi terhadap negara Barat sebagai model peranan dan melihat ke arah Jepun dan Korea.Dengan LEP, banyak kontrak kerajaan diberikan kepada syarikat bukan Jepun, terutama syarikat British, dibatalkan.

Berbeza dengan Tun Mahathir,. DS Najib lebih melihat jauh ke hadapan di mana beliau tidak membatalkan kontrak syarikat bukan China. Projek baru China yang dibiayai di Malaysia semuanya adalah projek baru. 

DS Najib dan Tun Mahathir  dilihat cuba menarik pelaburan tetapi sifat pelaburan adalah berbeza. Di masa Tun Mahathir, Jepun berusaha menubuhkan industri di Malaysia. Berbeza dengan pelaburan China masa DS Najib di mana pelabur China berminat untuk membangunkan projek mega infrastruktur yang tidak mampu dilakukan syarikat tempatan. 

Orang China tidak hanya datang untuk melabur tetapi berusaha mengembangkan pelaburannya. Mereka merancang melaburkan berbilion ringgit dalam projek dan akan mempunyai kesan berganda ke atas ekonomi. Contohnya, kemasukan RM6 bilion daripada Pelabuhan Pulau Pinang, projek pelabuhan RM43 bilion Gateway Melaka dan RM55 bilion bagi projek Landasan Kereta api Pantai Timur (ECRL) .

Memang China mempunyai kepentingan geopolitik dalam pembiayaan projek mega tetapi berkata ia tidak bermakna Malaysia dijual kepada Beijing, seperti didakwa sesetengah pihak, termasuk Mahathir.

Selagi DS Najib mengekalkan pendirian terbuka dengan mengambil kira kuasa besar yang lain, seperti Amerika Syarikat, Jepun dan India, dan menarik pelaburan dari negara ini, maka kita boleh mengimbangi pengaruh China.

Berbeza dengan Tun Mahathir yang mengutamakan kroni-kroninya, terutama yang melibatkan pengambi-alihan beberapa agensi yang banyak menyumbang keuntungan melalui program penswastaan, pembagunan masyarkat luar bandar tenggelam dalam polisi Tun Mahathir yang dilihat terlalu mewah itu.

DS najib yang melihat pentingnya dibangunkan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar, tanpa meminggirkan mereka sama sekali dalam keseimbangan pembangunan.Kerajaan menerusi ETP juga tidak meminggirkan sosioekonomi masyarakat luar bandar dengan pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai salah satu usaha pelengkap mengimbangi kepesatan pembangunan bandar dan luar bandar.

Program Transformasi Luar Bandar (RTP) adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dengan program-program pengingkatan pendapatan disamping pengurangan kos hidup.

Berdasarkan rekod pencapaian bagi tahun 2015, jumlah terkumpul nilai jualan di tujuh buah RTC iaitu RTC Perak, RTC Kelantan, RTC Pahang, RTC Johor, RTC Kedah, RTC Terengganu, RTC Sarawak (Miri) mencapai sehinggai RM454 juta dengan jumlah bilangan pengunjung ke RTC seramai 9.73 juta orang.

Projek ini memberi pulangan terus kepada rakyat sepertimana agihan subsidi lebih adil kepada golongan  sasar. 

Jelas bahawa Polisi Pembangunaan Ekonomi DS Najib lebih dilihat menyumbang kepada usaha membangunkan kehidupan masyarakat tersebut, berbanding dengan era pentadbiran Tun Mahathir yang lebih mengutamakan  pembangunan kerabat dan kroni-kroninya yang berkepentingan.

Thursday, March 8, 2018

KERAJAAN NEGERI SELANGOR KENA AKUI KESILAPAN DAN KELEMAHAN URUS BEKALAN AIR


Krisis air boleh meninggalkan kesan mendalam kepada pembangunan sesebuah negeri dan negara. 

Justeru itu, Kerajaan Pusat pantas bertindak dengan melaksanakan beberapa langkah. Langkah itu termasuklah menyusun semula industri perkhidmatan air dan mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Sumber Air di Semenanjung Malaysia 2000-2050.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), sejumlah RM16.54 bilion diperuntukkan bagi pembangunan bekalan air, sistem pembetungan, bekalan air untuk kawasan desa serta projek tebatan banjir.

Sektor bekalan air memperoleh peruntukan besar daripada keseluruhan peruntukan berkenaan iaitu RM8.20 bilion berbanding RM3.88 bilion yang diperuntuk bagi Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005).

Namun, kegagalan dan kedegilan kerajaan negeri Selangor melengkapkan baki perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat, malah turut menjejaskan pembangunan baharu serta kemampanan bekalan air di negeri itu dalam jangka masa panjang.


Ketika ini, margin simpanan bekalan air terawat di Selangor begitu rendah iaitu sekitar empat peratus berbanding margin simpanan yang baik antara 15 hingga 20 peratus.

Sumber berkata, risiko margin simpanan bekalan air yang rendah menyebabkan lebih luas kawasan akan terjejas jika bekalan terputus berbanding dengan margin simpanan yang besar iaitu sekurang-kurangnya 15 peratus, ia tidak memberi kesan kepada penduduk.

Berdasarkan laporan Panduan Industri Air Malaysia (MWIG) 2017, kapasiti pengeluaran di Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh negara pada 2016 menunjukkan Pulau Pinang mempunyai kadar margin simpanan bekalan air terawat paling besar iaitu 34.1 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan Labuan (29.2 peratus), Perak (28.7), Terengganu (27.2), Negeri Sembilan (22.1), Pahang (21.4), Sarawak (20.7), Melaka (20.1) dan Johor (16.4) manakala purata margin simpanan bekalan air negara pula 13.2 peratus.

Namun kerajaan Selangor tidak pernah melihat tabungan air sebagai sesuatu yang penting dan perlu disegerakan tindakannya. Krisis air yang berlaku di Selangor pada tahun 2014 tidak pernah diambil iktibar. Kesan kepada rakyat yang paling ketara. Jika gangguan bekalan air terus berlaku kesan pembangunan negeri pastinya akan terjejas.

Sepanjang 2016 hingga Januari 2018, sebanyak 761 permohonan pembangunan hartanah baharu di Selangor terpaksa ditangguhkan apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak dapat memberikan jaminan bekalan air yang mencukupi.

Walaupun Kerajaan Persekutuan menyalurkan pelaburan begitu besar untuk proses penstrukturan industri air di Selangor, tindakan kerajaan negeri melewat-lewatkan untuk melengkapkan perjanjian, pelbagai inisiatif menaik taraf infrastruktur secara berterusan seperti penukaran paip dan tangki air tidak dapat dilaksanakan.

Pelaburan disalurkan Kerajaan Persekutuan bernilai lebih RM14 bilion kepada kerajaan Selangor bertujuan membantu kerajaan negeri melalui Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS) iaitu syarikat 100 peratus milik kerajaan negeri mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air dan pinjaman kerajaan negeri, namun tidak dimanfaatkan kerajaan negeri.

Antara projek paling terkesan ialah LRA Langat 2 bernilai RM3.7 bilion sepatutnya siap pada 2017 tetapi perubahan dasar kerajaan negeri sejak 2008 menyebabkan projek itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada 2022.

Fasa A, LRA Langat 2 sudah siap sejak 2 Februari lalu dan kini dalam proses ujian dan pentauliahan dengan bekalan air sebanyak 565 juta liter sehari (MLD) mula disalurkan ke LRA berkenaan dari Pahang.

Jumlah ini sangat besar, bekalan air mula masuk dalam sistem dan air ini percuma dan bila sudah masuk, tidak akan berlaku krisis air di Selangor. Pada 2 April nanti, air akan masuk sepenuhnya dengan kapasiti dua kali ganda atau 1,130 juta liter sehari.

Walaupun kerajaan Selangor mendapat bekalan air tambahan percuma ini, Kerajaan Persekutuan tetap perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk membayar kepada kerajaan negeri Pahang disebabkan kegagalan kerajaan Selangor melengkapkan perjanjian berhubung dengan keseluruhan proses penstrukturan semula itu,

Selangor perlu menjadi kerajaan bertanggungjawab dalam mematuhi perjanjian, hak rakyat Selangor untuk mendapatkan bekalan air bersih tidak boleh dinafikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal