Sebentar tadi saya berjaya menyelinap masuk dan menyertai sessi sembahyang hajat yang diadakan di rumah Anwar Ibrahim. Daripada jumlah pengikut yang datang rata-rata dari mereka adalah terdiri dari kalangan ahli serta penyokong PAS.
Disebabkan saya berada di luar, gambar tersebut dihantar kepada Brader Jai untuk dimuat-naik ke dalam blog sebagaimana saudara baca dalam artikel saya sebelum ini.
Selesai sembahyang hajat tadi, Anwar Ibrahim tidak melafazkan apa-apa sumpah walaupun itu yang diharapkan oleh 200 pengikut yang hadir dan tertunggu saat itu.
Jumlah yang hadir tadi adalah penyokong PAS, nampaknya PAS hanya 'dikeldaikan' oleh PKR sebagaimana dalam demontrasi Bersih 2.0 tapi PKR yang claim itu adalah crowd mereka.
Apa agaknya yang ada dalam kepala otak totok PAS yang turun menyokong Anwar Ibrahim, tidakkah mereka sedar bahawa Anwar Ibrahim sendiri gagal mengemukakan saksi alibi sebagaimana didakwanya sepanjang perbicaraan.
Selain itu Anwar Ibrahim juga gagal menafikan kehadiran beliau di lokasi kejadian liwat berlaku, dan yang paling mustahak
Anwar Ibrahim sendiri gagal menafikan bagaimana wujud kehadiran air mani beliau dalam bontot Saiful Bukhari?
No comments:
Post a Comment