BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, June 29, 2011

Cuti Dua Bulan, Wardina Patut Minta Kerja di Pejabat PKR!

Ini bukan gambar silam Puan Wardina.. Harap maklum..kikiki..

Cerita artis Malaysia cenderung menyokong pembangkang bagi saya bukan perkara yang baru, malah saya berani katakan ramai artis dan juga pengacara stesen-stesen televisyen tertentu merupakan fanatik pembangkang.

Cuma ada dari kalangan mereka yang memberi sokongan secara sembunyi-sembunyi dan ada juga yang secara terbuka mengumumkan bahawa dirinya merupakan ahli parti politik tertentu.

Namun hari ini isu paling hangat diperkatakan ialah seorang pengacara sebuah rancangan popular di TV3 dikatakan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger yang dikatakan memfitnah dirinya.

Kalau bab saman orang ini siapa lagi kalau bukan Wardina Saffiyah. Beliau ranking bawah sikit dari Anwar Ibrahim kalau bab saman - menyaman. Hehehehe..

Kalau hendak cerita pasal si Wardina Safiyyah yang secara terbuka di laman 'twitter'nya kadangkala dilihat mengkritik kerajaan, saya rasa sudah banyak kali. Dan yang paling segar dalam ingatan saya adalah ketika 'Hari Ibu' tempoh hari di mana beliau secara terbuka dilihat berbalas serangan 'twitter' dengan salah seorang Exco Pemuda UMNO iaitu Saudara Lokman Adam.

Masihkah kau ingat Wardina..?

Tapi hari ini disebabkan dirinya menjadi satu topik hangat di beberapa laman blog si Wardina Safiyyah dikatakan mengadakan sidang tergempar untuk menjawab kontroversi yang mengatakan bahawa beliau mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang sebagaimana tersiarnya sekeping gambar yang merupakan pencetus kepada kontroversi ini.

Ok dia nak berhubung rapat dengan siapa itu dia punya hak. Kita tiada hak untuk menghalang.

Yang saya tertarik sekali nak komen hari ini adalah, kenyataan beliau yang berbunyi:

“Malah saya lebih sedih apabila gambar-gambar lama saya tidak bertudung disiarkan menerusi bloq yang mana ia boleh memalukan saya dan keluarga sedangkan saya sudah berubah,”

Adakah Puan Wardina hendak saman blogger sebab gambar silam? atau sebab cerita yang ditulis tidak betul?

Kalau disebabkan Puan Wardina malu ekoran blogger terbabit menyiarkan gambar-gambar silam puan. Bagi saya eloklah sekiranya puan menyaman terlebih dahulu stesen televisyen tertentu (malas sebut nama)yang sehingga ke hari ini masih menyiarkan sitkom Spanar Jaya yang dilakonkan oleh puan dahulu.

Di mana dalam sitkom terbabit yang sekarang ini masih lagi diulang tayang, kerap kali saya terlihat babak puan tidak menutup aurat turut dipaparkan.

Tindakan ini dilihat lebih rasional daripada puan menyaman blogger yang memang kadangkala menulis berdasarkan apa yang dilihatnya.

Dalam kes puan ini blogger hanyalah menceritakan daripada apa yang dilihat dari sekeping gambar. Takkan perkara ini pun puan hendak melenting dan melompat? Gambar (atas) memaparkan puan bersama pemimpin politik pembangkang sudah tentulah orang mengatakan bahawa puan berminat menyertai politik.

Adakah blogger-blogger menabur pasir dalam periuk nasi puan? Bagi saya bukan blogger yang menabur pasir dalam periuk nasi puan. Tetapi puan sendiri bertindak menabur pasir dalam periuk nasi puan disebabkan keghairahan puan 'tweet' yang mana kadangkala melibatkan kenyataan berbaur politik.

'Tweet' berbaur politik, berada di majlis bersama pemimpin-pemimpin politik. Adakah puan mengharapkan cerita pasal filem baru lakonan puan akan keluar? Sudah tentulah orang mengaitkan puan dengan politik. Apa yang isu besarnya?

Kalau malu disebabkan dek gambar silam, sebagaimana saya kata sebelum ini eloklah puan saman stesen televisyen terlebih dahulu. Yang sering kali dok ulang tayang sitkom Spanar Jaya. Dalam sitkom tersebut kelihatan puan lebih 'over' daripada gambar yang dipaparkan blogger.

Kalau mental puan tidaklah sekuat mana, nasihat saya usahlah 'main' politik. Bila ceburi arena politik. Kita kena terima seseorang bercakap pasal diri kita, sama ada baik atau buruk.

Akhir sekali dua bulan bercuti ini, eloklah sekiranya puan mengintai tempat-tempat kosong di pentas pembangkang sebagai penceramah..


Double Y : Lawyer dia bagi masa dua minggu untuk turunkan gambar silam Puan Wardina..  cuba belek-belek stesen televisyen ni.. rasanya baru aje aku tengok si wardina tak bertudung dalam sitkom tu.. taknak saman ke wahai puan wardina?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal