NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, March 5, 2015

The Encorp Saga : Selamatkan Encorp Berhad, Singkirkan Roslee dan Wan Azman - Part 2


Sambungan dari bahagian pertama - [SINI]

Saya menerima pelbagai respon susulan pendedahan mengenai situasi yang dihadapi oleh Encorp Berhad yang kini berdepan masalah kewangan kritikal disebabkan kegagalan Pengarah Operasi dan Pengarah Perkhidmatan Korporat mengurus tadbir syarikat tersebut.

Setakat ini masih tiada penafian daripada dua individu yang berkenaan. Malah, semalam pekerja di tapak projek Marina Puteri Harbour, Iskandariah Johor mendakwa Pengarah Operasi Encorp Berhad, Roslee Ismail tidak hadir untuk menyelesaikan masalah berbangkit bersama kontraktor dan pekerja di sana.

Bermakna saya menyampaikan perkara dan situasi sebenar yang perlu diketahui oleh pihak atasan pengurusan Felda supaya pelaburan Felda Investment Corporation (FIC) memberi keuntungan bukannya satu pelaburan yang sia-sia.

Malangnya, beberapa rakan di Facebook menganggap pendedahan mengenai Encorp Berhad adalah satu serangan ke atas Felda.

Kata mereka, tindakan saya telah membuka ruang kepada pembangkang menyerang Felda, mungkin bagi mereka masalah Encorp Berhad lebih elok dimainkan oleh individu seperti Mazlan Aliman.

Masalah Encorp Berhad membabitkan puluhan kakitangan pengurusan, pekerja site, kontraktor, sub kontraktor, consultant, pembeli serta penyewa premis bangunan dan kediaman milik Encorp Berhad.

Justeru, dalam bahagian kedua seperti yang dijanjikan saya akan perincikan kegagalan dua individu yang diamanahkan oleh Felda sepanjang tujuh bulan mereka masuk menerajui Encorp Berhad?


Tidak Puas Hati

Semenjak Encorp Berhad ditadbir Roslee dan Wan Azman, ramai pekerja Encorp Berhad melahirkan rasa tidak puas hati kerana pihak pentadbiran menggunakan maki hamun.

Malah pihak pentadbiran membuat pelbagai provokasi yang menjejaskan emosi pekerja bagi memastikan pekerja yang tidak disukai berhenti kerja dan digantikan dengan individu yang mereka kenali (sebut kroni) sebagai ketua jabatan.

Bagi para pekerja, mereka tiada masalah jika pihak pentadbiran Encorp Berhad mahu memecat mereka tetapi lakukan dengan cara yang betul bukan dengan penghinaan atau diberhentikan kerana bangsa.

Selain itu pihak pentadbiran sering terlewat membayar tuntutan bulanan yang dibuat pekerja. Difahamkan punca kelewatan tersebut kerana keadaan kewangan Encorp Berhad yang sangat kritikal.

Kerugian Besar, Ugutan Nyawa

Selain pekerja melahirkan rasa tidak puas hati, semenjak perubahan pentadbiran banyak projek yang dibangunkan Encorp tertangguh kerana kerja-kerja pembinaan gagal dijalankan sebab Roslee bertindak menghentikan bayaran mengejut.

Tindakan tersebut menyebabkan supervisor di tapak pembinaan terpaksa mengadap kemarahan dan ugutan membabitkan nyawa kerana para pekerja pembinaan yang terdiri daripada warga asing berang mereka tidak dibayar gaji.

Malah kakitangan Encorp sendiri turut menerima ancaman melibatkan nyawa daripada pembekal kerana syarikat gagal melunaskan bayaran memaksa ramai kakitangan berhenti kerja kerana tidak tahan serta bimbang tentang keselamatan diri.

Selain itu, kewangan Encorp Berhad dalam keadaan paling lemah membuktikan Wan Azman dan Roslee gagal mengurus tadbir dan melaksanakan tugas yang Felda amanahkan kepada mereka berdua.

Dalam keadaan Encorp yang ketandusan tanah dan projek, sehingga kini tiada satu projek berjaya dibawa masuk oleh Roslee dan Wan Azman walaupun telah tujuh bulan mereka dilantik untuk menerajui Encorp.

Kegagalan pengurusan juga disebabkan pihak pentadbiran yang ghairah mahu mengubah semua sistem dan memecat pekerja dan digantikan mereka yang tiada latar belakang dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah.

Wujud Unsur Penyelewengan

Akhir sekali, Roslee dan Wan Azman perlu memberikan penjelasan kepada pekerja tentang kontrak bernilai RM114 juta.

Berdasarkan maklumat, pada tahun 2013, syarikat Setia Haruman Sdn Bhd anugerahkan kontrak bernilai RM114 juta kepada Encorp Berhad di mana selepas itu segala kerja-kerja pembinaan telah pun berjalan.

Namun, sekitar akhir tahun 2014, selepas kemasukkan Roslee dan Wan Azman secara tiba-tiba sub kontrak tersebut kepada syarikat Getinas Sdn Bhd di mana jumlah kontrak tersebut menjadi RM118 juta.

Bermakna berlaku kerugian RM4 juta yang terpaksa ditanggung oleh Encorp Berhad.

Tindakan Roslee dan Wan Daud melantik sub kontraktor yang baru secara tiba-tiba dengan kerugian RM4 juta menimbulkan persoalan.

Kenapa Roslee dan Wan Azman sub kepada kontraktor lain secara tiba-tiba dengan kerugian yang ditanggung Encorp Berhad RM4 juta sedangkan Encorp Berhad mempunyai pekerja yang mampu menjalankan kerja-kerja pembinaan?

Bahasa mudah faham, ada pemilik rumah mahu saya menyiapkan sebuah jamban moden berharga RM10, tapi disebabkan saya seorang pemalas.

Saya meminta seorang rakan membina jamban berkenaan dan berjanji memberikan dia upah sebanyak RM14.

Jadi, terpaksa saya guna duit sendiri RM4 kerana pemilik rumah bersetuju bayar saya RM10 saja.

Bukankah itu perkara bodoh dan tak masuk akal, kalau cerdik saya membayar rakan saya RM8 saja di mana saya ada untung atas angin RM2.

Itu cara menjalankan sesebuah perniagaan.

Moron..

Justeru, Felda harus selamatkan Encorp Berhad, singkirkan Roslee dan Wan Azman kerana tidak berbaloi membayar gaji mereka RM45k sebulan tetapi syarikat rugi manjang.

Arioss...!

YY : jawab dan selesaikan permasalahan yang berlaku, bukan 'bunuh' individu yang menyampaikan permasalahan. 

14 comments:

Anonymous said...

Salam,

Bro, memang gua rindu tulisan dari brader Double Y. Sekarang nak baca blog Double Y ulas panjang2 mcm ni bukan senang.

SPRM kena siasat, bagi saya jelas ada unsur seleweng pasal kontrak RM114 juta tp bagi kt subcon dgn harga RM118 juta.

Takde syarikat sanggup rugi sebanyak itu secara logiknya.

Anonymous said...

Kalau x tahu ape2 jgn la komen mcam ni.ade betulnye artikel ni tp ko tak tahu lagi pasal hal yg sebenarnye

Anonymous said...

Salam kepada Tuan punya blog,

I am neither related to Felda nor the two gentlemen you accused here.

I have read and observed your post both episode 1 and 2 of this drama.

I can say that most of your stories are only at the surface. Do you have real evidences for all the accusations? How valid is your whistle blowers?

Jangan main- main Tuan. Saya takut fitnah, jika anda Muslim, anda dedahkan fitnah tanpa bukti saya rasa anda pun tahu apa balasan Allah SWT. Melainkan memang hati awak sudah hitam dan tiada gentar, itu memang tak boleh nak selamatkanlah. Bertaubatlah pada Allah.

Mengenai kontrak RM114 juta pada 2013, Tuan tahu ke apa yang sebenarnya? Apa yang saya faham sebelum FELDA took over Encorp in 2014, kebanyakkan management dan yang berpangkat besar adalah cha ya nun alif. Banyak penyelewangan berlaku seperti over claim, supplier material adik beradik mereka, orang kita cuma jadi macai dan kambing hitam. Apabila Felda took over dan letak dua orang yang Tuan suruh buang ni, mereka hadapi big challenges to throw out all these culprits in Encorp. So yang kena buang mungkin semua yang bermasalah. Ini cuma assumption saya. Tuan kena gali lebih banyak bukti.

Nak tahu kenapa RM114 jadi RM118? Kemungkinan terlalu banyak penyelewengan sebelum FELDA oleh puak cha ya nun alif ni iaitu overclaim at site, FELDA need to ensure the project is going on. They called in another subcontractor to continue the contract. Mungkin ini yang berlaku. Mungkin disebabkan previous contracttor tak buat betul dan melibatkan lebih damages atau VO. So contractor baru masuk lebih banyak kerosakan terpaksa diperbetulkan Tuan kena gali lebih bukti. Jangan main sedap jari menulis.

Tentang maki hamun tu saya rasa lebih baik Tuan dedahkan siapa dia.. kan bagus.. main sebut secara general aje buat apa..

Saya pun boleh tulis macam2 kalau saya nak. Contohnya, kalau ada orang tulis pernah lihat Tuan di karaoke sambil minum minuman keras dengan GRO dua tiga orang... orang seronok membaca dan itu fitnah.. Tuan faham maksud saya?

Pasal CEO FIC yang kena tahan SPRM tu saya sokong artikel Tuan.. Saya tengok artikel tu betul lah..

Tahniah atas keberanian Tuan menulis artikel sebegini. Cuma saya nasihatkan Tuan besertakan dengan bukti lagi bagus. Jangan seronok menulis tanpa bukti. Kalau fitnah sangatlah bahaya Tuan. Banyak orang tak berdosa nanti terpalit nahas fitnah yang Tuan sebarkan.. puas juga nanti Tuan diseksa dineraka atas penulisan Tuan kalau ianya fitnah.. kalau betul please proceed demi kebaikan kepada FELDA..

Yang baik dari Allah, yg buruk dari saya..

Wallahualam

Yuseri Yusoff said...

Tak payah cakap kemungkinan. Kalau tak betul bawa ke pihak sepatutnya. Tak payah main sentimen perkauman di sini kerana tak boleh jalan. Dua nama aku dah sebut suruh saja dua individu tu jawab. Tak perlu jadi wakil untuk dia dan kata orang fitnah. Aku tahu dosa fitnah.

Kenapa takut sangat ni?

Anonymous said...

Anon12:49

Cuba menang melalui fakta bukan dengan guna sentimen konon perubahan dibuat demi kepentingan melayu.

Kalau betul berlaku penyelewengan kenapa tidak dedahkan apa penyelewengan dalam Encorp sebelum kemasukkan dua pengarah yang disebut dalam artikel ini.

Anonymous said...

Anonymous 12:49PM,

Kalau saya jadi individu yang dimaksudkan dalam artikel ini saya akan buat penafian. Tetapi setakat ini tiada penafian dibuat apatah lagi repot polis ke atas penulis blog.

maaf sekadar pandangan peribadi saya yang membaca.

Anonymous said...

RM45,000 sebulan .

Anonymous said...

Salam admin, saya mengikuti perkembangan isu dibangkit di laman FB. Kalau nak tahu pihak yang serang admin di FB adalah orang SERANTA.

Wan Azman dengan Roslee orang kuat YB Ehsanuddin. Jadi admin sendiri boleh faham sebab apa mereka tak senang duduk?



Anonymous said...

Patut SPRM tahan si Roslee dan Wan Azman sekali. CEO sudah kena kenapa pula dua orang ni yang turut buat keputusan dalam Encorp lepas?

-ISA

Anonymous said...

Anonymous 21:49PM

MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN TENGKORAK KO. SEMUA DAH DINYATAKAN SECARA JELAS MASALAH YANG BERLAKU DALAM ENCORP. MANA PENGARAH OPERASI DENGAN PENGARAH PERKHIDMATAN?

TAKUT ATAU MAHU LEPAS TANGAN SELEPAS BUAT KERJA SAMBIL LEWA KERANA MAHU JAGA KEPENTINGAN SENDIRI?

RM45 RIBU SEBULAN DENGAN DRIVER TAPI NAK BAWAK SYARIKAT NAIK TAK BOLEH. KAU TAK KAJI DULU KE SEBELUM AMIK ALIH ASET TU.

Anonymous said...

Roslee dengan Wan Azman tak buat laporan polis ke menafikan dakwaan penulis? Roslee taknak maki penulis blog ni macam dia maki staff ke? Wakakkakakka!

Bro Roslee tu memang mulut longkang. Tapi sekarang jadi bisu pulak.. Gila babi ekekkekek

Unknown said...

Alhamdulillah, akhir nyer termakbul doa aku, rasakan apa yg aku rasa masa di encorp dahulu....dulu kau rasa kau la paling berkuasa, last2 kena halau ngan security guard, Allah maha besar, ni doa mak aku sbb ko buang aku...aku ada anak bini nk tanggong, ko buang aku mcm tu jer, mesej ini bukan utk wan azman dan roslee, tetapi kpd hamba Allah sorang tu yg rasa dia akan menongkat langit, ini lah doa org teraniaya akhir nyer termakbol..ingat kita di bumi Allah jgn lah ada sifat menghasut dan tamak haloba kt dunia nie, yg bg rezeki hanya Allah, bukan ko, bukan encorp.....I really miss tan sri effendy nawawi n puan sri tiara jeqelina, booth of u really2 make me falling in love with encorp, tp apakandaya jodoh kita xpanjang, booth of u meninggalkan kami...semua ini ketentuan Allah..aminnn..

Anonymous said...

Roslee memang kurang ajar. semasa di DRB cuma penguus biasa yang kuat bodek. dialah yang memfitnah dan memijak bangsa sendiri selain dari kepincangan projek ICAM, PD dan Pagoh. Memang spesis yang tak berguna...

Anonymous said...

Roslee memang spesis tak berguna. Rekod buruk dan korupsi walaupun semasa di drb-hicom dulu walaupun pangkat cuma pengurus cabuk. Entah macamana orang macam ni yang boleh dipilih untuk operasi encorp sedangkan langsung takde "substance"... Kakitangan yg ditekan, sila bawak perkara ini bersama bukti, biar dia tersungkur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal