NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, March 4, 2015

The Encorp Saga : Pengarah Operasi & Pengarah Perkhidmatan Korporat Jahanamkan Encorp Berhad - Part 1


Encorp Berhad syarikat pembangunan milik Datuk Effendi Norwawi yang diambil alih FELDA melalui anak syarikat Felda Invesment Corporation (FIC) sekitar Julai 2014 sedang berdepan dengan masalah dalaman yang kritikal membabitkan kerugian bernilai jutaan ringgit.

Selain itu, tindakan Felda Investment Corporation (FIC) yang menyembunyikan berita penahanan CEO mereka, Mohd Zaid Abd Jalil yang kini dalam tahanan reman SPRM membuatkan ramai pihak tertanya-tanya.

Apa yang sedang berlaku dalam FIC yang baru tujuh bulan mengambil alih Encorp Berhad?


Berdasarkan maklumat yang dihantar melalui email kepada saya, Encorp Berhad bukanlah gah seperti diwar-warkan. 

Tiga projek yang diusahakan Encorp Berhad berdepan masalah disebabkan kewangan.

Encorp Cahaya Alam :

Dilaporkan lebih seminggu sampah penduduk tidak dikutip di Cahaya Alam kerana kegagalan Encorp Berhad menjelaskan bayaran kepada kontraktor.

Selain berdepan masalah sampah tidak dikutip, terdapat pekerja mogok dan enggan meneruskan kerja rekrtifikasi handover rumah sekaligus menimbulkan kemarahan kepada pembeli. Malah projek terbaru yang telah siap juga tidak dicat disebabkan tiada sumber kewangan.

Encorp Marina Puteri Harbour :

Projek kondo yang dibangunkan di Johor Iskandariah dilaporkan telah tergendala selama 200 hari menyebabkan ramai pembeli mula melahirkan hasrat untuk membatalkan pembelian.

Encorp Strand Mall :

Jumlah kerugian yang ditanggung Encorp Berhad RM1 juta sebulan, selain penyewa tidak berpuas hati kerana pihak pemaju mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan masalah kebocoran dinding dan bumbung.

Difahamkan kelewatan berlaku kerana kontraktor enggan menjelankan kerja kerana bimbang pihak pemaju iaitu Encorp Berhad tidak menyelesaikan bayaran setelah kerja selesai dijalankan.

Selain projek berdepan masalah, para pekerja Encorp Berhad turut melahirkan rasa tidak puas hati semenjak Encorp dikuasai oleh 'regim' Roslee dan Wan Azman.

Roslee Ismail, Pengarah Operasi 
Wan Azman, Pengarah Perkhidmatan Korporat
Roslee Ismail dan Wan Azman dikatakan menjadikan Encorp Berhad seperti syarikat peninggalan nenek moyang di mana mereka bertindak memecat pekerja secara tidak adil.

Selepas ini saya akan perincikan kegagalan dua individu yang dilantik FELDA bagi menerajui Encorp Berhad dengan pendapatan RM45k sebulan.

Bersambung di bahagian kedua...

Sementara menunggu bahagian kedua, kita layan satu lagu khas saya tujukan kepada Roslee dan Wan Daud...



Arioss..!

7 comments:

Anonymous said...

FGV pun bermasalah, bos FGV kena resign sekali.

Anonymous said...

Who is your informer? maklumat yang didedahkan hanya diketahui orang dalam Encorp Berhad.

Anonymous said...

Ada orang kata Felda dah angkat sumpah integriti (bebas rasuah) dengan SPRM, so tak payah ragui ketelusan mereka tadbir syarikat. Kalau macam tu lagi senang la nak merasuah.

Agaknya, ini adalah faktor utama mengapa SPRM sembunyikan berita penahanan CEO FIC daripada mendapat liputan media.

PANAS! CEO ANAK SYARIKAT FELDA DITAHAN! KENAPA @SPRMMalaysia SOROK? - http://tenteramaya.blogspot.com/2015/03/panas-ceo-anak-syarikat-felda-ditahan.html?m=1

Anonymous said...

Mereka pecat seorang akauntan yg kesan kerugian syarikat dengan alasan orang tu adalah cina. Selepas dua individu masuk Encorp tiada sebarang projek yang dibawa masuk. Nak bayar gaji pekerja pun Encorp pinjam bank. Ramai konfius kenapa FIC invest beli Encorp tapi tak buat apa2 lps amik alih Encorp.

Anonymous said...

very true indeed! saya pernah kerja di situ, saya tahu.

Viviennevivienne5 @gmsil. Com said...

Investment Property agent Vivienne. Ada pelabur ingin membeli property persekitaran Cahaya Alam. reply urgent.

Viviennevivienne5 @gmsil. Com said...

Hello, Selamat Tengahari, Pengarah Encorp En. Roseli Ismsil@Wan
Azmin. Vivienne sebagai satu Investment Property Agent. Ada investor ingin invest di tempat persekitaran site Cahaya Alam dan
Sekali shoplot client saya Di Cahaya Alam. Sec 12.Pelabur ingin butir secepat munchkin. Reply urgent.
Regards from Vivienne.
2.3.17

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal