Saya terpanggil untuk memberi komen selepas melihat terdapat beberapa keraguan di sebalik tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan isu 'Cadbury Porcine Babi' yang hangat diperkatakan sejurus Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempertahankan hasil analisa mereka bahawa produk tersebut bebas DNA babi.
Umum mengetahui bahawa peel masyarakat kita yang mudah melatah, percaya dengan sesuatu yang sensasi, terutama melibatkan babi. Ya babi itu haram dan sebagai orang Islam kita diwajibkan memakan makanan dari sumber yang halal.
Namun malangnya, berdasarkan pemerhatian saya melalui laman media sosial terdapat golongan yang melatah keterlaluan dengan memaki-hamun agensi yang menjaga kepentingan umat Islam serta Ketua Pengarah JAKIM secara membuta-tuli.
Tanpa fakta, hanya berdasarkan emosi semata-mata!
Alasan mereka analisa KKM lebih diyakini kerana kelengkapan makmal agensi berkenaan lebih baik berbanding JAKIM.
Tanpa fakta, hanya berdasarkan emosi semata-mata!
Alasan mereka analisa KKM lebih diyakini kerana kelengkapan makmal agensi berkenaan lebih baik berbanding JAKIM.
Mungkin mereka tidak tahu bahawa JAKIM bukan satu-satunya agensi yang terlibat sebelum mengeluarkan status halal kepada produk untuk dipasarkan.
Dalam pensijilan halal, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri berperanan sebagai pihak berkuasa yang berwibawa bagi mengeluarkan pengesahan halal dengan bantuan agensi seperti :
Dalam pensijilan halal, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri berperanan sebagai pihak berkuasa yang berwibawa bagi mengeluarkan pengesahan halal dengan bantuan agensi seperti :
- KPDNKK
- Kem. Perdagangan & Industri (MITI) - Matrade, Mida, HDC dan SME Corp.
- MOSTI - Jabatan Standard Malaysia serta Jabatan Kesihatan Malaysia pula menyediakan makmal analisa untuk sampel bagi tujuan pensijilan halal.
- Kementerian Kesihatan Malaysia - perkongsian kepakaran teknikal teknologi makanan dan keselamatan.
- MOA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Tahu ke tidak sebelum keluarkan pengesahan halal kepada sesuatu produk JAKIM serta agensi-agensi ini membuat analisa dalam makmal yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia?
Babi Punya DNA, KKM Dapat Nama, JAKIM Jadi Mangsa?
Isu ini bermula selepas kebocoran maklumat dari pihak KKM berkaitan keputusan analisa pada 23 Mei 2014. Justeru, Ketua Pengarah KKM bertindak mengeluarkan kenyataan rasmi dua produk Cadbury mengandungi porcine babi.
Namun malangnya bila pihak JAKIM tampil mempertahankan integriti mereka, JAKIM dipersalahkan dan lebih menyedihkan umat Islam bertindak menyerang sebuah institusi yang menjaga kepentingan agama sendiri.
Tidakkah kita bertanya kenapa KKM bertindak begitu terburu-buru tanpa merujuk panel pensijilan halal sedangkan KKM merupakan salah satu agensi yang terlibat dalam memberikan status pengesahan halal ke atas sesuatu produk?
Kenapa kita meletakkan JAKIM sebagai pihak yang harus dipersalahkan, walhal ia berpunca dari seorang kakitangan KKM?
Apa kepentingan individu tersebut sehingga mengatasi Ketua Pengarah KKM sendiri?
Justeru bagi menyambut saranan Ketua Pengarah Kesihatan, serta untuk mengelak prasangka kerana saya tiada maklumat penuh.
Bagi siri pertama 'Bercakap Dengan DNA Babi' saya ingin ajukan tiga soalan mudah bagi mendapatkan maklumat dari KKM :
- Benarkah produk yang dianalisa tidak diambil secara rawak dalam pasaran tetapi ada pihak yang menghantar produk tersebut, soalannya siapa dan dari mana?
- Siapa kakitangan KKM yang membocorkan hasil keputusan makmal di laman sosial tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, panel pensijilan halal dan pihak kilang Cadbury Malaysia?
- Benarkah produk yang dianalisa mengandungi porcine babi adalah produk dari Thailand yang disamari dengan pembalut produk Cadbury Malaysia?
Cukup dulu tiga soalan..
Nantikan siri kedua segmen 'Bercakap Dengan DNA Babi'
Arios...!
YY : Jawapan dah ada saja nak test IQ Ketua Pengarah KKM - tak sangka ada orang Islam syok tembak agensi yang jaga kepentingan agama sendiri.