NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, June 4, 2014

Siri Bercakap Dengan DNA Babi : Kenapa Tiba-Tiba Kementerian Kesihatan Msia Membelakangi JAKIM? @DairyMilk


Saya terpanggil untuk memberi komen selepas melihat terdapat beberapa keraguan di sebalik tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan isu 'Cadbury Porcine Babi' yang hangat diperkatakan sejurus Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempertahankan hasil analisa mereka bahawa produk tersebut bebas DNA babi.

Umum mengetahui bahawa peel masyarakat kita yang mudah melatah, percaya dengan sesuatu yang sensasi, terutama melibatkan babi. Ya babi itu haram dan sebagai orang Islam kita diwajibkan memakan makanan dari sumber yang halal.

Namun malangnya, berdasarkan pemerhatian saya melalui laman media sosial terdapat golongan yang melatah keterlaluan dengan memaki-hamun agensi yang menjaga kepentingan umat Islam serta Ketua Pengarah JAKIM secara membuta-tuli.

Tanpa fakta, hanya berdasarkan emosi semata-mata!

Alasan mereka analisa KKM lebih diyakini kerana kelengkapan makmal agensi berkenaan lebih baik berbanding JAKIM.

Mungkin mereka tidak tahu bahawa JAKIM bukan satu-satunya agensi yang terlibat sebelum mengeluarkan status halal kepada produk untuk dipasarkan.

Dalam pensijilan halal, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri berperanan sebagai pihak berkuasa yang berwibawa bagi mengeluarkan pengesahan halal dengan bantuan agensi seperti :
  1. KPDNKK
  2. Kem. Perdagangan & Industri (MITI) - Matrade, Mida, HDC dan SME Corp.
  3. MOSTI - Jabatan Standard Malaysia serta Jabatan Kesihatan Malaysia pula menyediakan makmal analisa untuk sampel bagi tujuan pensijilan halal.
  4. Kementerian Kesihatan Malaysia - perkongsian kepakaran teknikal teknologi makanan dan keselamatan.
  5. MOA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Tahu ke tidak sebelum keluarkan pengesahan halal kepada sesuatu produk JAKIM serta agensi-agensi ini membuat analisa dalam makmal yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia?

Babi Punya DNA, KKM Dapat Nama, JAKIM Jadi Mangsa?

Isu ini bermula selepas kebocoran maklumat dari pihak KKM berkaitan keputusan analisa pada 23 Mei 2014. Justeru, Ketua Pengarah KKM bertindak mengeluarkan kenyataan rasmi dua produk Cadbury mengandungi porcine babi. 


Namun malangnya bila pihak JAKIM tampil mempertahankan integriti mereka, JAKIM dipersalahkan dan lebih menyedihkan umat Islam bertindak menyerang sebuah institusi yang menjaga kepentingan agama sendiri.

Tidakkah kita bertanya kenapa KKM bertindak begitu terburu-buru tanpa merujuk panel pensijilan halal sedangkan KKM merupakan salah satu agensi yang terlibat dalam memberikan status pengesahan halal ke atas sesuatu produk?

Kenapa kita meletakkan JAKIM sebagai pihak yang harus dipersalahkan, walhal ia berpunca dari seorang kakitangan KKM?

Apa kepentingan individu tersebut sehingga mengatasi Ketua Pengarah KKM sendiri?


Justeru bagi menyambut saranan Ketua Pengarah Kesihatan, serta untuk mengelak prasangka kerana saya tiada maklumat penuh.

Bagi siri pertama 'Bercakap Dengan DNA Babi' saya ingin ajukan tiga soalan mudah bagi mendapatkan maklumat dari KKM :
  • Benarkah produk yang dianalisa tidak diambil secara rawak dalam pasaran tetapi ada pihak yang menghantar produk tersebut, soalannya siapa dan dari mana?
  • Siapa kakitangan KKM yang membocorkan hasil keputusan makmal di laman sosial tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, panel pensijilan halal dan pihak kilang Cadbury Malaysia?
  • Benarkah produk yang dianalisa mengandungi porcine babi adalah produk dari Thailand yang disamari dengan pembalut produk Cadbury Malaysia?
Cukup dulu tiga soalan..

Nantikan siri kedua segmen 'Bercakap Dengan DNA Babi'

Arios...!

YY : Jawapan dah ada saja nak test IQ Ketua Pengarah KKM - tak sangka ada orang Islam syok tembak agensi yang jaga kepentingan agama sendiri.

10 comments:

Anonymous said...

Harap KKM jawab, paling tidak pun identiti kakitangan KKM yang melebihi dari pihak atasan KKM itu apa kepentingan orang itu.

Ini isu besar, bukan kecil pegawai berkenaan patut dikenakan tindakan oleh KKM.

Anonymous said...

KKM bikin ribut.... apa-apaan KKM ini sih?

nagaman said...

Yang penting bukan mencari salah KKM. KKM dah lama buat kerja ujian makmal. Secara lojik nya JAKIM patut ambil sampel yg ada pencemaran sebagai second opinion dan juga sampel dari kilang sebagai perbandingan. Tidak relevan sama ada dari Thailand atau Malayaisa sbb produk itu di jual dan di makan oleh rakyat Islam negara ini.

Mencari salah siapa yg kenapa KKM keluarkan pandangan itu semua soalan remeh.

Faktanya telah ada pencemeran. Jadi uji sekali lagi produk berkenaan betul atau tidak ada pencemaran. Bila dah pasti ada atau tak ada baru lah cari dari mana produk ini.

Sebelu itu JAKIM pastikan produk ini di keluarkan dari ruang jualan. Sudah ada senarai berjela yang ada DNA khinzir. JAKIM hanya perlu implimen. Itu pun tak terbuat.
Sebab itu orang ramai memang berhak marah dengan kelemahan JAKIM bila logo hala pun tak boleh kawal dan mudah di salah guna.

Ini bukan pencemaran air yang kotor tapi DNA babi yang kita makan. Kalau rela , okey la.
Tapi bagi kami yang tak rela , elok saja tanggung jawab kawal selia ini di beri pada badan lain dan bukan pada JAKIM. JAKIM terlalu defensif. Kita tak mau dengar siapa salah.

NAGAMAN

berasiam said...

sebahagian berkokok tanpa ilmu dan sebahagian yang lain berkokok tanpa fakta. kebanyakannya berkokok dengan emosi semata-mata. permainan menimbulkan keraguan, menerbitkan kebencian ini adalah perangkap untuk orang Islam. telah dinyatakan apabila sampai sesuatu berita, maka kamu selidiki supaya untuk mengelakkan kezaliman. isu ini kelihatan sengaja dimainkan untuk menimbulkan keraguan dan menerbitkan kebencian terhadap badan berkuasa yang bertanggung jawab terhadap hal ehwal Islam di negara ini. malangnya umat Islam sendiri begitu mudah melatah dan memasuki perangkap yang dipasang dengan membelakangkan seruan supaya menyiasat maklumat terlebih dahulu. umat Islam juga suka bersangka-sangka buruk sedangkan kebanyakan daripada buruk sangka itu adalah dusta. serahkan sesuatu urusan kepada yang ahli tidak dituruti kerana ramai yang bukan ahli ingin menjadi jaguh kononnya.

kkm dikatakan mahu melakukan siasatan dan kita perlu tunggu hasilnya. siapa yang menghantar sampel, siapa yang menerima, siapa yang menganalisis dan siapa yang mendedahkan kononnya dna babi wujud dalam sampel cadbury malaysia. sesiapa pun boleh membeli coklat di thailand misalnya dan menghantar ke makmal untuk analisis dna babi kemudian mendakwa membelinya dari pasaran tempatan.

makmal kkm yang melakukan analisis dikatakan tidak memiliki akreditasi. oleh yang demikian, keputusan analisisnya tidak boleh diambil kira sebagai mematuhi piawaian. banyak makmal boleh buat analisis dna babi dan sebagainya tetapi tanpa akreditasi, keputusan analisis mereka tidak boleh dijadikan sandaran. bagi yang faham dan tahu, akreditasi makmal merupakan sesuatu yang penting. kecanggihan dan kelengkapan makmal tidak ada maknanya jika tidak memiliki akreditasi dalam isu seperti ini.

tentang status halal makanan, memang umat Islam sensitif dan mudah melatah. hilang rasional sebagai manusia bila dikatakan makanannya dicemari dna babi. dalam masa yang sama, tidak sedar diri tidak meimpunyai ilmu yang mencukupi, lupa ingatan Allah supaya membuat siasatan dan sebagainya. kesian umat Islam yang mudah masuk perangkap musuh.

cadbury malaysia dimiliki sahamnya oleh ltat dan felda, maka makin jelas permainan ini begiru menyeluruh matlamat dan meluas sasarannya.

Anonymous said...

Salam,

Komen yang bernas Anon June 4, 2014 at 9:47 AM.

Anonymous said...

Bab DNA ni aku lbh caya kat pak doktor dr pak ustat. Pak doktor tu pun tak sebut halal haram, cume kate ada DNA benda tu aje.
Anyway, semuanye depend kpd persepsi masing masing, klu was was tinggalkan, klu yakin halal terpulang, coklat ni pun bukan makanan ruji.

Anonymous said...

KKM pun ada dgn JAKIM kan awal2 dulu masa nk bg status halal kt Cadburry. Jadi tak timbul soal makmal canggih etc. Hhahaa awal2 dulu KKM jugak yg analisis coklat Cadbury apa. Skrg mmg KKM salah terburu2 tanpa rujuk JAKIM

Unknown said...

Kkm tidak campur bab halal haram. Mereka bertindak bawa akta makanan. Mengikut undang undang mereka tak perlu ruujuk pd jakim. Ini kerana akta itu bawah kawalan mereka.

Anonymous said...

Cuba baca laporan ujian itu betul2.

Laporan tu tak kata pun yang Choklat tu haram. Cuma mengatakan ada kesan DNA babi. Siapa yg kata halal nak makan, makan ajalah. Sendiri tanggung. Aku dah haramkan Choklat Cadbury utk makanan keluarga aku.

Kenapa nak salahkan KKM pulak.

Anonymous said...

Betul tu KKM tidak perlu hantar lapuran pada JAKIM,KKM tak tentukan halal ,KKM hanya uji sample makanan,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...