Seperti biasa setiap kali laporan audit dibentangkan pasti ada perbelanjaan yang tidak masuk akal direkodkan. Kelmarin menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat memperlihatkan beberapa agensi dan jabatan kerajaan ditegur.
Antara yang menarik perhatian dan dijadikan isu oleh dua portal pembangkang iaitu The Malaysian Insider dan Malaysiakini adalah mengenai jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia & Sukan (KBS) bagi konsert K-Pop sempena Hari Belia Negara 2012.
Ekoran pendedahan ini Menteri Belia & Sukan YB Khairy Jamaluddin dengan pantas dan secara jujur mengakui bahawa kos RM1.6 juta dibayar oleh KBS. Malah KJ turut mengakui pihak swasta yang berjanji untuk menaja konsert tersebut gagal menunaikan janji mereka.
Walaupun ketika konsert tersebut diadakan Khairy Jamaluddin belum dilantik menjadi Menteri Belia & Sukan, kini selaku menteri bertanggungjawab KJ pantas memberi respon menjawab isu tersebut melalui laman Facebook membuktikan bahawa KJ komited dan tidak bersikap lepas tangan :
Saya memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini.
Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri.
Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah.
Oleh itu saya telah jelaskan bahawa dalam kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan saya diberitahu siasatan tersebut sudah sampai peringkat terakhir.
Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.
BACA PENJELASAN PENUH
Malah bagi memastikan ketirisan ini tidak berulang di bawah KBS yang kini dipimpin olehnya, KJ turut menyatakan bahawa konsert-konsert begini tidak akan diadakan untuk tahun berikutnya.
Sebelum ini pihak KBS menyatakan kos konsert K-Pop ditanggung oleh penaja tetapi ketika Laporan Audit Negara 2012 dibentangkan kelmarin ia mendedahkan kos perbelanjaan konsert tersebut dibiayai oleh KBS.
Jika diteliti isu ini boleh dielakkan jika Ketua Setiausaha KBS yang menyatakan konsert tersebut ditaja membuat kenyataan baru sebaik sahaja KBS tidak memperohi tajaan sebagaimana diperkatakan.
Pembangkang kecoh tentang konsert tahun lepas, Retreat di Bangkok apa cerita...?
No comments:
Post a Comment