Tinggal lagi tiga hari menjelang 12 Oktober 2013, iaitu hari yang dinanti-nantikan oleh para perwakilan untuk memilih pucuk pimpinan tertinggi sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
Pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO semakin panas, malangnya suhu kepanasan yang dirasai sekarang ini bukan disebabkan persaingan sengit di antara calon dengan penyandang kerusi Ketua Pemuda iaitu Khairy Jamaluddin.
Tetapi dipanaskan dengan serangan politik bodoh yang dilakukan ke atas KJ. Saya tidak peduli jika KJ dikatakan tiada jati diri Melayu, saya juga tidak peduli jika KJ dikatakan liberal tetapi saya perlu peduli apabila mereka yang tidak terlibat dalam Pemilihan UMNO 2013 turut menjadi mangsa.
Kita perlu peduli kerana tindakan mereka ini memalukan institusi pemuda sekaligus mencemar imej UMNO itu sendiri.
Di bawah antara contoh serangan politik bodoh, bangang. Banyak lagi jika hendak ditampal di sini, tapi cukuplah dengan satu contoh di bawah :
Kenapa saya kata bodoh ditambah dengan perisa bangang?
Sebab mula-mula dia beristigfar panjang-panjang tetapi selepas itu mengutuk (baca mengumpat) mengenai kangkang isteri kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Bhai..!
Serangan ini tidak akan mampu meniup roh melayu kononnya hilang sejak KJ mengetuai pemuda, serangan begini juga tidak mampu menarik sokongan orang muda.
Yang paling penting, apa kau nak kecoh sangat pasal kangkang bini orang - apa bini kau tak pernah mengangkang kat rumah ke?
Cerita pasal kangkang, kutuk orang, hina orang selepas itu kamu melaungkan - Hidup Melayu..!?
Disebabkan kebodohan beginilah laungan Hidup Melayu! kini menjadi bahan ejekan kepada budak-budak pembangkang!
Serang susuk tubuh KJ, serang kelemahan KJ, jual apa benda kamu nak bawa dalam pemuda itu cara nak dapatkan sokongan ahli akar umbi. Bukannya dengan membangkitkan lagi rasa benci orang muda kepada UMNO.
Takkan benda mudah macam ini pun tak boleh nak fikir...?
Moron!
Arios...!
3 comments:
Bhai...power!
Macam pembangkang jgk puak ni. Serang rosmah, serang anak najib semata-mata nak burukkan najib.
Setuju dengan penulis, tindakan menyerang isteri dan keluarga individu yang bertanding tidak sepatutnya diamalkan dalam politik pemuda. Kerana ia memberi gambaran bahawa pemuda masih belum matang dalam bersaing sesama sendiri.
Post a Comment