NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, June 20, 2012

Hardcore PAS Dilantik Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP - SUPOL Menteri Pelajaran Tidur?


Terlebih dahulu wajarlah kita ucapkan tahniah kepada Puan Ainon Mohammed di atas perlantikkan sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

Akademi ini ditubuhkan bertujuan untuk merangka strategi dan kaedah bagi perlaksanaan program pendidikan sepanjang hayat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, Sastera dan Penerbitan.

Tetapi ada pihak mengirimkan emel kepada saya mempertikaikan perlantikkan Puan Ainon Mohammed sebagai Ahli Majlis Penasihat DBP kerana Puan Ainon sering menggunakan facebook miliknya untuk membuat 'serangan' secara halus kepada kerajaan.

Petikan emel yang dikirimkan :
"Salam tuan,
Saya kakitangan DBP yang sentiasa mendokong aspirasi yang dibawa oleh kerajaan, untuk pengetahuan tuan DBP baru melantik seorang hardcore PAS Ainon Mohd sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP. 
Saya bukan mahu mempertikaikan Ketua Pengarah DBP Dr.  Awang, saya juga tidak mempertikaikan sumbangan Ainon Mohd dalam memartabatkan Bahasa Melayu, tetapi saya terkilan dengan sikap Ainon Mohd yang menggunakan laman facebooknya untuk menyerang kerajaan. 
Tuan boleh rujuk laman facebook miliknya (Ainon Mohd.)
Adakah Pegerusi Lembaga Pengelola tak buat kerja sehingga gagal menasihati Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  atas perkara-perkara dasar?"
Surat Perlantikkan Ainon Mohammed : 




Selepas membaca emel yang dikirimkan, saya cuba melawat akaun facebook milik Puan Ainon Mohammed, perkara pertama yang saya terpandang adalah gambar beliau ditemubual oleh TV PAS.

Melihat status yang ditulisnya, maka benarlah dakwaan pengirim emel yang mengatakan Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP yang baru ini merupakan pejuang PAS selain beliau berjuang memartabatkan Bahasa Melayu.

Terdapat juga komen-komen yang berbentuk persepsi ditulis oleh Puan Ainon Mohammed malah jika diteliti komen beliau merupakan 'serangan' secara halus kepada kerajaan :






Benar sebagai rakyat Malaysia beliau bebas berpersatuan dan menyertai mana-mana parti politik, itu tidak boleh disangkal lagi.

Persoalannya bagaimana seorang yang selalu menyerang kerajaan secara jelas boleh dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP?

Adakah Pengerusi Lembaga Pengelola tidur sehingga gagal memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum perlantikkan dibuat?

Adakah perkara-perkara dasar Kementerian Pelajaran diambil kira sebelum proses perlantikkan dibuat oleh DBP?

Adakah Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Politik Menteri Pelajaran turut sama tertidur sehingga tidak sempat menasihat bos mereka di atas perlantikkan ini?

Bukan apa, saya khuatir Puan Ainon Mohammed bakal mengikuti jejak sasterawan negara A.Samad Said yang sebelum ini melobi kerajaan untuk membeli karya-karyanya puisinya untuk dijadikan bahan bacaan di perpustakaan sekolah.

Tetapi kini menuduh pula negara Malaysia sekarang diperintah oleh Perdana Menteri paling kejam selepas demonstrasi Bersih 2.0 tahun lepas? [Rujuk Sini]

YY : Patutlah banyak maklumat kerajaan sampai ke pembangkang, banyak sangat totok pembangkang diserap masuk oleh kita sendiri...

8 comments:

Anonymous said...

kita mesti kekalkan tradisi melantik ahli2 umno dlm semua jawatan kerajaan/separuh kerajaan dimsia dalam apa keadaan sekali pun sbb terbukti org2 umno berkebolehan tinggi, berakhlak mulia dan tak terlibat langsung dgn rasuah dan pemngumpulan harta dgn duit rakyat. rakyat begitu senang hati dgn keadaan ini dan pasti akan mengekalkan pemerintahan umno sampai kiamat

Unknown said...

Camna blh terlepas ni?

NAK ALIH DARI ISU RAMPASAN PADANG PKNS & RM3 BILION ANWAR, NIK NAZMI BUKA ISU BASI ISTIJUARA. Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Pemerhati rasiunal said...

Entahlah, apa pun parti sokonganye, masih tidak nampak tokoh buku dan bahasa yang survival tanpa subsidi kerajaan, ada intelek, konsisten dengan bahasa, dan membuktikan buku Melayu boleh hidup selain puan Ainon. Jangan sebab parti ditolak, nanti dapat yang tak berkualiti.

Anonymous said...

Salam Sejahtera,

Tuan bacalah buku 3rd Alternatif oleh Stephen Covey.

Ia boleh membantu tuan "Melihat Kamu sebagai Kamu dan bukannya Objek."

Anonymous said...

DOUBLE Y...BACA BLOG OMAK KAU...TTG KABINET BYGAN PR....KO KENA SELAMATKAN MELAYU....APA PUNYA MELAYU JUAL MELAYU....JHTNYE PKR NIE....SEBARKAN SEGERA!!!!!!! BG MELAYU PIKIR...KALAU PR MENANG...JAHANAM MSIA NIE....DR BJB

Anonymous said...

PTS NI BUKAN PENGEDAR BUKU KER?BANYAK GAK TENDER KERAJAAN DIA DAPAT...

Yuseri Yusoff said...

Betul pengedar buku. Mmg betul jgk byk kontrak kerajaan dia dpt. Itu sebab kita tknak dia ada dlm kerajaan. :)

Anonymous said...

Apa la orang Melayu ni. Macam ni ke tahap pemikiran kita? Kalau macam ni bila masa orang Melayu nak maju? Patut lah Puan Ainon dilantik kerana usaha beliau memperjuangkan bahasa Melayu. Cuba tanya apa usaha anda selain dari bercakap saja? Ingat lah. Sesiapa yang memartabatkan tulisan jawi kalau bukan negeri yang diperintah PAS?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...