"Lebuhraya Husam Musa" sepanjang 73km ini menghubungkan Dusun Damar, Kuala Krai hingga Pusat Bandar Kota Bharu telah dirasmikan upacara pecah tanah pembinaannya oleh YAB Menteri Besar Kelantan pada 28 Mei 2012.
Dibahagikan kepada 2 Pakej, Pakej 1 dari Kuala Krai Ke Machang sepanjang 43km dengan 4 persimpangan Bertingkat dikenali sebagai Dusun Damar Interchange, Keroh Interchange, Bukit Bakar Interchange dan akhir sekali Bukit Tiu Interchange.
Manakala Pakej 2 adalah Machang ke Kota Bharu dengan Kok Lanas Interchange, Ketereh Interchange, Kadok Interchange dan Pasir Hor Interchange sepanjang 30km.
Lebuhraya rakyat adalah satu bentuk penipuan yang akan dibuat oleh PAS di Kelantan. Membina dengan meminta sumbangan dari rakyat Kelantan untuk sama sama menderma menyiapkan.
Derma tersebut akan dikumpulkan oleh satu anak syarikat PMBK iaitu Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn. Bhd.(dahulunya dikenali Rowstead Systems Sdn. Bhd.)
Hendak tahu siapa pemiilik dalam Rowstead Sdn. Bhd itu? Salah seorangnya adalah Husam Musa. Kontraktor utama akan membina lebuhraya hasil derma rakyat ini adalah Menta Construction Sdn. Bhd. Yang berpusat di Kuala Lumpur.
Jajaran Lebuhraya Rakyat ini tidak melalui laluan jalan utama sedia ada Kuala Krai – KB tapi sebaliknya memilih laluan baru yang memerlukan penerokaan hutan yang jelas terutamanya di kawasan Keroh Interchange, Bukit Bakar Interchange.
Walaubagaimanapun beberapa persoalan membelenggu rakyat terutamanya berkenaan dengan keseluruhan projek lebuhraya ini.
1) Tidak boleh dinafikan rakyat Kelantan sekarang berada dalam mood peralihan kepimpinan kerajaan negeri. maka persoalan begini harus diberi keterangan kepada rakyat.
2) Untuk membina lebuhraya 4 lorong ini sepanjang 43km untuk Pakej 1, ia memerlukan penerokaan hutan yang besar. Anggaran kasar untuk kawasan yang perlu dibersihkan untuk pembinaan lebuhraya ini jika mengambil kira lebar setiap lorong adalah 3.5m maka ia memerlukan lebih dari 600,000m2 kawasan.
Ini tidak termasuk kawasan di 4 interchange yang telah dirancang dan kawasan rizab kiri dan kanan Lebuh raya tersebut. Kebanyakkan kawasan yang terlibat ini adalah kawasan yang mempunyai hasil hutan termasuk sumber perkayuan seperti Balak dan sebagainya.
Persoalannya:
Kemana hasil balak itu akan pergi?
Siapa yang dapat faedah dari pembalakan dikawasan tapak bina?
Jika balak di berikan pada syarikat kontraktor, berapakah kadar premium balak yang akan dibayar kepada kerajaan Negeri?
Adakah wang hasil balak ini akan digunakan untuk menampung pembinaan Lebuhraya tersebut?
Yang untungnya adalah Husam Musa dan kroni. Lebuhraya tidak kemana, Husam Musa yang senang lenang. Pilihlah lagi PAS di Kelantan untuk kesenangan kroni-kroni Husam Musa pada penggal pilihan raya akan datang.
Angin Perubahan
3 comments:
Whatever lah. mulut org. mintak tak bagi. dah mintak byk pulak cikadak tabur fitnah macam macam. dunia dunia heh
Oh ye patutlah yang baik baik psl umno je nmpk. sbb nak publish comment pun nak kena dpt approval. --' takpe saya mmg nak ckp dgn awak sorang pun. org lain tak nmpk lagi bagus. tade lah saya ni byk dosa. tp awak kan. bawak bawak lah igt Allah. nnt mati, semua awk buat ni kena soal tau. termasuk lah apa yg saya tulis ni pun. tp saya tak takut sbb saya tahu saya di tempat yang betul. tak memburukkan sesiapa. hatta Umno sekali pun. buka hati buka mata. istighfar byk byk ye.
dan di sini saya ingin maklumkan yg sekiraya dakwaan anda betul takpe saya halalkan derma saya pada Husam Musa dan kroninya. dan saya juga yakin, rakyat Kelantan yg lain juga akan halalkan!
Post a Comment