NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, February 9, 2012

Pentas Anak Muda #AmanKampus Menampilkan Mahasiswa Bermutu


Semalam bertempat di UniKL Pasir Gudang, Johor Bahru berlangsungnya program Pentas Anak Muda Kembara Aman Kampus di mana menampilkan tiga pemidato mahasiswa dan penceramah jemputan iaitu saudara Feriz Omar.

Tiga pemidato mahasiswa ini dalam ucapan mereka menekankan bahawa suara mereka tidak mewakili mana-mana parti politik sama ada pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Sebaliknya mereka menganggap suara mereka yang mewakili mahasiswa merupakan suara pihak ketiga.


Mereka juga menekankan bahawa tiada sebarang sekatan suara dibuat ke atas mahasiswa walaupun mereka terikat dengan AUKU, namun suara dan kritikan tersebut perlulah melalui saluran yang betul di mana cara musyawarah perlu digunakan bukannya melalui demontrasi jalanraya.

Ketiga-tiga pemidato ini juga turut tidak melepaskan peluang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas pemberian baucer buku RM200 di mana ianya sedikit sebanyak telah meringankan beban mereka.

Mereka juga menyeru para mahasiswa supaya memegang tiga prinsip asas iaitu rasional, diplomasi dan toleransi.

Mohd Hafiz Ariffin - YDP MPP UTHM
Izuan Jamaluddin - YDP MPP USM
Hasrul Ngadiman - YDP MPP UTM
Sebelum sessi soal jawab - program Pentas Anak Muda semalam turut diselitkan dengan ceramah motivasi dari saudara Feriz Omar Presiden ProWaris.

Sdr. Feriz Omar - Presiden ProWaris
Kini peserta Kembara Aman Kampus berada di SMK Puteri Wangsa Ulu Tiram, Johor Bahru di mana hari ini program Ikon Siswa bersama pelajar sekolah akan diadakan pada jam 11.00 pagi nanti.

Ikuti juga laporan di blog & portal yang tertera di bawah :

1 comment:

Unknown said...

Macam ni lah baru menampakkan imej mahasiswa... Bukan mahasewel...

KJ TELANJANGKAN NURUL IZZAH & TONY PUA!! Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...