NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, February 14, 2012

#AmanKampus : Ribuan Penduduk Kg. Masjid Ijok Turun Saksikan Pentas Anak Muda

Program Ikon Siswa dan Info Siswa di SMK Jelai Kuala Kurau baru sahaja melabuhkan tirai. Ketika ini sedang diadakan majlis  pelancaran Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat Peringkat Negeri Perak. Sebentar tadi, Program Ikon Siswa berlangsung di SMK Jelai Kuala Kurau manakala Program Info Siswa berlangsung di Pasar Minggu Pekan Batu Kurau. 

Program Ikon Siswa kali ini telah menampilkan 4 orang panel iaitu: 

1) Mohd Fauzi Bin Ramli 
2) Hudaliyana Ghazali 
3) Mashitah Maso’od 
4) Auni Farsha Mohd Salleh 

adik Mohd Fauzi Bin Ramli dari UTM KL sedang berkongsi pengalaman bersama para pelajar SMK Jelai, Kuala Kurau

Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat telah selamat tiba di negeri Perak pada pukul 6.30 petang semalam. YBM Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin telah menyempurnakan simbolik penyerahan anak angkat (Peserta Aman Kampus) kepada warga kampung sekitar. Majlis ini telah diadakan di tapak pasar Malam, Kg Masjid Ijok. 

YBM Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, ADUN Kubu Gajah sedang berucap

Majlis pada petang semalam telah dirasmikan oleh YBM Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, ADUN Kubu Gajah. Turut serta pada majlis Perasmian petang semalam ialah Muhd Anwar Ariffin, Ketua Penerangan Belia 4B Negeri Perak dan Mohd Shahar Abdullah, Presiden ASPIRASI. 

ibu angkat sedang menunggu anak-anak angkat mereka
Anak angkat emak...
"bertemu dengan senyuman...berpisah dengan tangisan..."

Ribuan Masyarakat sedang mendengar Pidato Pentas Anak Muda oleh wakil ASPIRASI Aman Kampus!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...