NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, September 15, 2015

Tayangan Amal Patriot #BRAVO5 - DAPJemput Forum Terbuka Goyang, Jemput Tengok Wayang Pun Takut?


Alhamdulillah...

Tayangan Amal Patriot anjuran Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam mendapat sambutan yang begitu meriah. Program amal semalam adalah idea yang tercetus secara spontan ketika pertemuan saya dengan penerbit filem berkenaan Nik Norashikin atau lebih mesra dengan panggilan Kak Noor.

Matlamat utama saya melalui penganjuran tayangan tersebut adalah untuk meraikan anak-anak yatim dan untuk memecahkan kepompong fikiran masyarakat kita yang sering kali mengingati golongan anak yatim setiap kali tiba bulan puasa dan sambutan aidilfitri sahaja.



Untuk kali ini, saya mengambil kesempatan menjemput wakil pemimpin DAP seperti YB Nga Kor Ming dan Ng Wei Aik di mana saya bertindak menyerahkan sendiri kad jemputan di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan tengah hari kelmarin.


Namun, seperti dijangka pemimpin DAP tidak hadir sebagaimana jemputan yang dibuat sebelum ini untuk mereka hadir dalam forum terbuka yang membincangkan isu patriotisme. Apa lagi kita mahu katakan, ajak berforum mereka tolak, ajak beramal juga ditolak.

Itulah DAP, mereka hanya tahu berpolitik 24 jam, mereka hanya tahu sebar kebencian bagi memastikan rakyat terus berpecah.

Walaupun dirancang dalam masa yang singkat, sambutan masyarakat amat memberangsangkan. Lebih 150 hadirin hadir termasuk para pelakon seperti Sofi Jikan, Xavier Fong, Sashi Taran dan Chee Kin Wah serta Fairel Desa.

Selain itu kemunculan angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muzaffar pasti menceriakan anak-anak yatim dari Rumah Anak Kesayanganku, Bukit Beruntung. Majlis tayangan yang diadakan di Quill City Mall, semalam turut memberi sumbangan berupa voucher tunai sumbangan TESCO.




Foto lain KLIK

Video dari sekitar program TV14 :





Arioss...!

YY : jemput forum goyang, jemput tengok wayang, langsung tak nampak bayang - elok balik Tiong Shan ternak babi dari jadi YB heh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal