Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Aspirasi Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Aspirasi Mahasiswa. Show all posts
"Bro...TF dah boleh tanding, baca tweet Bernama cpt!"
"YY...bro TF dah rasmi boleh tanding cer tgk utusan online..."
"Abg YY dah tau ke JK pemilihan baru jer umum TF boleh tanding"
Antara pesanan yang saya terima daripada beberapa mahasiswa di 'Whats App' petang tadi. Segera saya capai telefon lalu membuka utusan online bagi memastikan adakah perkara yang disampaikan kepada saya adalah berita yang benar, bukan berita bersifat 'geli-geli'.
Ok berita yang disampaikan adalah benar, kerana saya mempercayai sumber Utusan Online kalau Harakah yang lapor jangan harap saya nak percaya.
Imbas semula peristiwa di hari penguguran TF selain saya kumpulan adik-adik mahasiswa antara yang turut memprotes tindakan tersebut melalui laman Twitter mereka.
Sekali baca menghiris jugak ayat budak-budak ni...
Hahaha...
Melalui pesanan 'Whats App' yang saya terima juga mereka (kumpulan mahasiswa) turut mengucapkan penghargaan kepada JK Pemilihan UMNO dan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin kerana menerima dan mendengar luahan mereka.
Ini membuktikan JK Pemilihan menerima pakai bahawa seseorang yang berjawatan exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mempunyai merit untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi berdasarkan pengalaman dan hierarki dalam parti.
Bagi saya pula, tiada apa-apa yang hendak dikatakan selain melahirkan rasa syukur.
Tulisan Dr. Ridhuan Tee yang disiarkan dalam Sinar Harian bertarikh 10 Disember 2012 dengan menggambarkan Pemuda UMNO itu masuk ke kampus tanpa ilmu di dada dilihat terlalu prejudis dan bersifat berat sebelah.
Malah kenyataan yang ditulis seperti "Jangan terlalu berlagak dengan ijazah Oxford dan Cambridge. Universiti ini tidak akan membawa kita ke mana-mana" - menggambarkan bahawa Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin berlagak dengan ijazah yang dimiliki.
Benarkah Pemuda PAS lebih mendapat tempat di hati mahasiswa, benarkah Khairy Jamaluddin atau mana-mana mereka dari Pemuda UMNO masuk ke kampus untuk bina kekuatan tanpa pengetahuan yang cukup sebagaimana pembangkang?
Jadi apa kata kita baca pula hujah dari Pemuda UMNO dalam menjawab teguran yang diberikan oleh Dr. Ridhuan Tee.
Sessi santai Pemuda UMNO membincangkan isu PTPTN tiada hiburan pun.
Saya percaya artikel Dr Ridhuan Tee Abdullah, “Pilihan raya kampus dan Pemuda UMNO” yang menyangkal ucapan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai korelasi kemenangan kumpulan Pro Aspirasi dengan sokongan orang muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) berniat baik, iaitu agar UMNO dan BN tidak diperangkap `ilusi’ dan perasaan selesa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Benar, pilihan raya kampus bukan medan sebenar untuk menguji kekuatan sesebuah parti politik. Walaupun begitu kemenangan pemimpin Pro Aspirasi Mahasiswa di 18 buah kampus tetap signifikan dari segi politik dan memberikan dua gambaran penting.
Pertama, majoriti pemimpin mahasiswa dan mahasiswa tidak takut dan selesa untuk memilih label Pro Aspirasi Mahasiswa yang cenderung menyokong kerajaan berbanding Pro Mahasiswa yang menjunjung aspirasi pembangkang.
Kedua, perasaan selesa untuk menyokong kerajaan menunjukkan bahawa persekitaran IPTA tersebut hari ini lebih `bersih’ kerana elemen pro-pembangkang yang dibawa oleh pegawai dan tenaga pengajar secara relatifnya semakin berkurangan.
Dalam kata lain, persekitaran IPTA menjadi lebih mesra kerajaan kerana pegawai dan tenaga pengajar sedikit sebanyak berjaya menjelaskan kebaikan dasar-dasar kerajaan kepada majoriti mahasiswa di IPTA tersebut.
Pemuda UMNO buka minda, bukan 'brainwash' - mahasiswa meluahkan pandangan mereka dalam isu PTPTN
Persekitaran ini tidak sama dengan persekitaran IPTA yang dimenangi mahasiswa pro pembangkang yang memberi gambaran bahawa pegawai dan tenaga pengajar IPTA tersebut sama ada lebih cenderung menyokong ideologi pembangkang atau tidak ambil peduli tentang soal dasar-dasar kerajaan sehingga gagal meyakinkan kebaikannya kepada mahasiswa.
Bagi saya, kesimpulan Ridhuan bahawa pendirian politik mahasiswa dibentuk oleh pendirian ibu bapa dan guru mereka tidak begitu tepat kerana mahasiswa hari ini tidak begitu terikat dengan kedua-duanya. Mahasiswa mahu dilihat mempunyai pendirian sendiri dan selalunya ia bergantung kepada pengaruh senior yang mereka hormati dan rakan sebaya mereka.
Sessi santai Pemuda UMNO bersama Mahasiswa UiTM Shah Alam membincangkan isu PTPTN.
Kesimpulan Ridhuan bahawa lebih ramai yang menjadi pro pembangkang selepas keluar kampus juga tidak tepat kerana perubahan ini amat bergantung kepada keadaan politik semasa. Rakannya dan rakan saya tidak melalui persekitaran politik yang sama dan mempunya kekuatan `aqidah' politik yang berbeza.
Manakala kesimpulan beliau yang menggambarkan bahawa pemimpin Pemuda UMNO turun ke kampus tanpa ilmu di dada, tanpa akhlak yang baik dan tidak berupaya melahirkan leader of character adalah berlebih-lebihan dan tidak boleh diterima sama sekali. Malah kesimpulan beliau bahawa Pemuda Pas lebih diterima, Pemuda UMNO tidak down-to-earth dan bukan berlatar belakang professional adalah merapu dan tidak bersandarkan fakta.
Pertamanya, saya fikir elok Ridhuan membuat perbandingan di antara Ketua Pemuda UMNO, Dewan Pemuda Pas, Angkatan Muda Keadilan dan DAP. Saya percaya dari segi karekter, ketrampilan, ilmu pengetahuan dan kepetahan berhujah dalam bahasa Melayu dan Inggeris, Khairy jauh lebih diminati berbanding yang lain.
Selepas membandingkan ketua dengan ketua, saya syorkan beliau untuk membandingkan pula Naib Ketua dan Ahli Jawatankuasanya pula.
Kedua, kenyataan Khairy bahawa sokongan golongan muda sudah kembali kepada UMNO dan BN sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai adalah benar dan bersandarkan fakta. Bukan mustahil jika kecenderungan yang sama turut ditunjukkan di IPTA disebabkan beberapa faktor.
Pertama, faktor utama perubahan arus sokongan ini adalah disebabkan oleh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertunjangkan transformasi dan mesra belia.
Kedua, mahasiswa mempunyai kesedaran politik yang lebih tinggi tentang konsistensi perjuangan UMNO dan BN berbanding pakatan pembangkang. Kepincangan tadbir urus pembangkang di negeri-negeri, kecelaruan dasar parti, serta hipokrasi dan isu moral di kalangan pemimpin pembangkang menyebabkan mahasiswa semakin menjauhi mereka.
Ketiga, usaha-usaha pendampingan mahasiswa dan warga IPTA telah dilakukan oleh pelbagai pihak, termasuk Pemuda UMNO secara berterusan. Suka saya nyatakan bahawa Pemuda UMNO telah melaksanakan gerakan untuk menghampiri golongan mahasiswa secara konsisten sejak 2009 lagi.
Bertentangan dengan dakwaan Ridhuan, ia tidak berlaku hanya di peringkat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semata-mata. Misalnya, usaha merekayasa organisasi Pemuda UMNO yang dimulakan oleh Khairy pada tahun 2009, menetapkan agar setiap biro, sekretariat dan unit di dalam Pemuda turut mempunyai wakil mahasiswa.
Tidak perlu untuk saya senaraikan semua gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh Pemuda UMNO. Memadai untuk menyatakan bahawa ia dilaksanakan secara berterusan melibatkan pelbagai peringkat dan organisasi.
Keempat, Pemuda UMNO mempunyai ikon dan idola yang menjadi ikutan mahasiswa. Tidak boleh disangkal, ketrampilan, keberanian dan kepetahan Khairy membuatkan semakin ramai mahasiswa menilai semula pendirian mereka terhadap UMNO dan BN.
Selain Khairy, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dan beberapa pemimpin Pemuda UMNO juga amat dikenali dan popular di kalangan mahasiswa.
Sebagai salah seorang pemimpin Pemuda UMNO yang sering turun mendampingi mahasiswa, saya berpendapat kenyataan Khairy bahawa keputusan pilihan raya kampus menunjukkan peningkatan sokongan golongan mahasiswa terhadap kerajaan adalah realiti dan bukan ilusi. Tun Faisal Ismail AzizExco
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
YY : Ada lagi satu, program Pemuda UMNO tiada diselitkan unsur 'brainwash' dan 'pengkaderan' mahasiswa sebagaimana dilakukan oleh Pemuda PAS di sebalik program solat hajat. :)
Pelajar pro-pembangkang Khalid Ismath yang sebelum ini telah memalukan institusi UiTM kerana menulis komen supaya semua anggota polis dibunuh nampaknya cuba mencipta kontroversi dengan menulis status terbaru di facebooknya.
Baca komen mamat syiah pengikut totok yang membawa suara parti-parti pembangkang ke dalam kampus :
Wah...
Menghina Sultan kerana Allah Taa'la?
Setahu saya yang kurang arif selok-belok agama sebagaimana Ustaz Asri, Nik Aziz dan pak lebai PAS, setiap manusia merupakan ciptaan Allah S.W.T termasuklah Sultan atau sesiapa saja yang tinggi keturunan dan darjat mereka.
Dalam Islam pula mengatakan menghina ciptaan Allah S.W.T umpama menghina pencipta-Nya.
Mungkin ajaran Syiah yang diamalkan Khalid Ismath berlainan daripada Islam yang menjadi amalan majoriti rakyat Malaysia.
Dengan menulis komen di atas, Khalid Ismath berharap ianya dapat mempopularkan dirinya semula kerana ikon-ikon Pro-M (pelajar pro-pembangkang) seperti Adam Adli dan Safwan Anang tidak lagi berjaya mempengaruhi ramai pelajar untuk mengikuti cara mereka.
Jangan risau Khalid, kau dah sebenarnya sudah popular & sudah mencipta sejarah tersendiri dalam gerakan Pro-Militan. Tulisan kamu tahun lepas telah mempopularkan kamu seluruh negara.
Mana mungkin rakyat Malaysia lupa peristiwa bersejarah 'gigi berterabur' yang berlaku di malam ambang tahun baru :
Jangan hairan sangatlah kalau mamat ini hina sultan, hina polis, hina mana-mana pemimpin kerana Nik Aziz sendiri cakap Allah pun mencarut.
Pilihanraya kampus datang lagi jika sessi 2010/2011, selain insiden pecah pintu sehingga mencederakan pengawal keselamatan kita turut dihidangkan dengan misteri kehilangan seorang calon pada malam pengundian.
Paling istimewa sekali adalah kehebatan Tian Chua, Elizabeth Wong, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar menyusup masuk ke dalam Universiti Islam Antarabangsa tanpa kebenaran.
Penglibatan pelajar pro-pembangkang dengan parti politik luar membuktikan bahawa kumpulan Pro-M bukan membawa suara mahasiswa sebenar sebaliknya mereka dijadikan alat untuk parti-parti pembangkang menyebarkan ideologi kepartian mereka ke dalam kampus universiti.
Ringkasan Kisah Kampus Dulu-Dulu
Gambar di atas merupakan salah satu wajah manusia pelbagai rupa yang bernama Anwar Ibrahim ketika menuntut di Universiti Malaya.
Satu wajah yang cukup dikenali, dikagumi, dipuja di kalangan aktivis mahasiswa ketika zaman gerakan mahasiswa sekitar era 60-an sehingga 70-an, dan kini manusia pelbagai wajah ini menjadi ikon dan sumber inspirasi bagi pelajar pro-pembangkang dalam menjayakan gerakan mereka.
Era 70-an menyaksikan suara mahasiswa cukup berkuasa dan pengaruh pelajar ketika itu sangat kuat. Suara pelajar mampu mempengaruhi pandangan rakyat.
Selain Anwar Ibrahim yang mengasaskan dan menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari tahun 1968 hingga 1971, satu nama besar dalam gerakan mahasiswa ialah Kamaruzaman Yacob, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) 1973/1974.
Kamaruzaman Yaacob - Bekas Presiden PMUM 1963/1974
Kamaruzaman Yacob merupakan individu yang bertanggungjawab menggerakkan demonstrasi Baling, Peristiwa Tasek Utara, gerakan anti imperialis dan rampasan kuasa Universiti Malaya pada 1974.
Suara pelajar ketika era 70-an dikatakan cukup memberi kesan kepada masyarakat, sehingga pihak luar (dikatakan CIA dan KGB) cuba mendekati pelajar-pelajar sosialis pada bagi melaksanakan kepentingan tertentu hal ini diakui Kamaruzaman Yaacob ketika ditemubual Akhbar Mahasiswa (Bil 24/2007) :
Petikan Wawancara :
SOALAN : Mengenai Amerika, Pak Salleh (Salleh Hj Yusof) pernah mendedahkan yang UMSU (University Malaya Student Union) secara terang-terangan pernah didatangi CIA sekitar 60-an. Malah katanya, papan tanda dan buku-buku di perpustakaan turut dihadiahkan. Sekitar 70-an CIA pernah menyusup masuk kampus?
JAWAPAN : Saya tak begitu pasti, tetapi ada kemungkinan. Pegawai dari Kedutaan Amerika sering menghubungi PMUM, malah saya sendiri ditawarkan macam-macam benda daripada mereka. Pelajar ketika itu sangat anti-imperialis. Kita tak suka Amerika. Kalau ingat, di Jalan Ampang kita pernah berdemonstrasi anti-Amerika di Bangunan A.I.A.
SOALAN : Khabarnya saudara pernah didekati agen perisikan luar negara, KGB (Russia)?
Saya tak pasti sama ada KGB atau CIA benar-benar terlibat. Yang pasti, memang ada pihak kedutaan Russia cuba mendekati saya masa itu. Ada dua orang pelajar perempuan dari Russia. Ini lain macam sedikit. Duduk satu kolej dengan saya, selalu makan bersama. Nampak macam cuba nak ‘goda’,cuba pengaruhi saya untuk menyokong Russia. Boleh nampaklah macam ada ‘wayang’.
Wawancara Akhbar Mahasiswa - AUKU
Selain itu cubaan ejen asing mendekati pelajar sosialis Kamaruzaman Yaacob turut mengatakan Anwar Ibrahim ketika menduduki kerusi Menteri Pendidikan turut menggunakan AUKU untuk mengawal pelajar :
Muka depan kenyataan Anwar Ibrahim (penasihat organisasi Pro-M sekarang) untuk tatapan mahasiswa (baca mahasewel) seperti Adam Adli, Khalid Ismath 'Syiah Boy', Safwan Anang dan isterinya yang hilang malam pengundian sessi 2010/2011 :
SOALAN :Sepatutnya Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan dahulu, malah berjaya menjawat Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempunyai kuasa untuk mengubah AUKU. Tetapi beliau tidak berbuat apa-apa. Kenapa agaknya?
KAMARUZAMAN : Bila dia dah duduk di kerusi itu, dia fikir akta ini sangat perlu untuk mengawal pelajar.
Zaman berubah seiring teknologi begitu juga dengan Anwar. Dari ABIM terjun ke dalam UMNO kononnya mahu menerapkan nilai-nilai Islamik ke dalam UMNO.
Tetapi malangnya hanya beberapa patah perkataan islamik diterapkan ke dalam UMNO seperti nawaitu,ketirisan, iltizam ketika pembentangan bajet selaku Menteri Kewangan.
Jasa sebenar dan terbesar peninggalan Anwar dalam UMNO hanyalah memperkenalkan politik wang untuk melebarkan pengaruh kuasanya di setiap bahagian.
Kisah Kampus Sekarang
Kamaruzaman Yaacob pelopor gerakkan mahasiswa mengakui ramai pelajar tercicir sebelum AUKU diperkenalkan, namun akademik pelajar mula meningkat sebaik sahaja ia diperkuatkuasakan.
Aktivis mahasiswa harus membawa suara mahasiswa, bukan suara pihak berkepentingan, dan perkara ini dilihat tidak berlaku dalam gerakan mahasiswa hari ini lebih-lebih lagi gerakan yang disebut sebagai Pro-M atau bahasa kasarnya (Pro-Mahasewel)
Siapakah mereka, hebat sangatkah mereka?
Setahu saya ramai daripada mereka gagal di IPTA sebelum diterima masuk di IPTS di bawah kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang yang kini muncul mahu mendakwa mereka aktivis mahasiswa? [sini]
Tengok sikit gerombolan yang mendakwa diri mereka aktivis mahasiswa zaman sekarang, tengok ramai ke tidak sokongan yang mereka perolehi setiap kali mengadakan sesuatu bantahan.
Jeng...jeng...jeng!
Campur, tolak, bahagi dan selepas didarab dengan jumlah kameraman, pejalan kaki, orang tunggu bas, orang yang nak tengok saja adalah dalam 6 orang kot.
Kejadian ini dilaporkan berlaku siang tadi di UPSI.
Aktivis mahasewel hari ini hanya mampu mencipta satu sejarah besar, yang TIDAK SEDIKIT pun mengubah lanskap politik negara, sebaliknya hanya ditertawakan oleh rakyat seluruh negara.
Apakah sejarah yang dicipta oleh Pro-Mahasewel?
Taaadaaaa...
Sejarah 'gigi Safwan Anang berterabur, rusuk patah, dan dalam keadaan nazak'. Tapi ironiknya dari peristiwa tragis yang menimpa Safwan Anang, dia dilihat tersenyum riang keesokkan harinya.
Rusuk patah wak lu...!
Cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja...
Dari tulisan panjang lebar di atas, apa yang saya nak sampaikan adalah. Zaman sudah berubah, Anwar Ibrahim juga tidak lari daripada arus perubahan.
Dulu ABIM, selepas itu UMNO kini Anwar Ibrahim berubah menjadi PKR dan yang paling gila berubah menjadi pejuang LGBT!
Reformasin!
Hahaha...
Ini baru Aspirasi Mahasiswa yang sebenar, tunggu...!