BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, July 25, 2015

SINDIKET GORES & MENANG BESAR KEPALA, DI MANA PIHAK BERKUASA?



Seminggu sebelum hari raya, saya tertarik melihat kesungguhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membanteras sindiket gores dan menang, kerana mangsa penipuan sindiket gores dan mencecah puluhan ribu orang.

Ia bukan isu baru, sebaliknya telah menghantui rakyat Malaysia lebih 20 tahun, kesungguhan PPIM untuk membanteras sindiket gores dan menang wajar dipuji.

Langkah drastik yang diambil PPIM menjadikan isu gores dan menang memasuki satu fasa baru.

Sebelum itu, kita ikuti dua laporan berkaitan sindiket penipuan gores dan menang yang berjaya dibongkar oleh PPIM seminggu menjelang hari raya.

Laporan 999, 7 Julai 2015 :



Laporan Harian Metro, 8 Julai 2015 :



Hasil dua laporan di atas, saya difahamkan PPIM menerima puluhan aduan dari mangsa sindiket gores dan menag.

Manakala di bawah adalah laporan akhbar pada tahun sebelum ini.

Laporan Utusan Malaysia,11 September 2013 :


Laporan Sinar Harian, 24 Ogos 2014

Laporan RTM, 22 Mei 2015



Selain menipu mangsa dengan habuan lumayan, difahamkan ejen gores dan menang turut menggunakan kaedah memukau mangsa sebagaimana dikatakan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas, (UTK) PPIM yang terlibat membongkar aktiviti gores dan menang sebelum ini.



Berdasarkan laporan akhbar, boleh dikatakan kes membabitkan sindiket gores dan menang dilaporkan hampir saban tahun.

Tetapi sehingga ke hari ini, sindiket gores dan menang masih mampu beroperasi dan terus menipu pengguna dari pelbagai lapisan kaum dan masyarakat.

Persoalannya, kenapa sindiket gores dan menang dilihat kebal?

Setelah berpuluh operasi dan tangkapan dibuat, kenapa kebanyakkan sindiket gores dan menang terus berani beroperasi?

Adakah benar dakwaan bahawa sindiket gores dan menang dilindungi pihak tertentu dalam agensi penguatkuasa?

Adakah kerana hukuman denda yang dikenakan ke atas sindiket gores dan menang terlalu ringan?

Saya beranggapan hukuman denda sekitar RM2,000 dan penjara sebulan punca anggota sindiket gores dan menang tidak takut untuk meneruskan aktiviti penipuan mereka.

Selain itu, saya juga tidak menolak kemungkinan sindiket gores dan menang terus bermaharajalela kerana ada orang dalam agensi penguatkuasa turut terlibat melindungi mereka.

Dua agensi penguatkuasa yang mempunyai bidang kuasa membanteras dan menangkap ejen sindiket gores dan menang adalah KPDNKK serta PDRM.

Melalui perlindungan inilah, sindiket gores dan menang menjadi kebal dan sukar dibanteras serta dihapuskan sebagaimana kesukaran kita menghapuskan kewujudan premis yang menjalankan aktiviti perjudian online.

Selain mendapat perlindungan dari pihak tertentu dalam agensi penguatkuasa, sindiket gores dan menang turut dijaga kumpulan gangsters. 

Sebab itulah ejen gores dan menang berani menjalankan operasi secara terbuka di pasar raya besar seluruh negara sehingga berani menggunakan kekerasan ke atas mangsa mereka sebagaimana laporan Harian Metro hari ini.


Jika sindiket gores dan menang terus dibiarkan tanpa tindakan tegas dari agensi penguatkuasa undang-undang, tidak mustahil satu hari nanti rakyat mengambil tindakan sendiri sebagaimana berlaku di Plaza Low Yatt.

Apakah pihak berkuasa mahu rakyat mengambil tindakan sendiri baru mereka mahu bertindak?

Dalam artikel seterusnya saya akan mendedahkan rakaman percakapan ejen sindiket gores dan menang yang mendakwa telah membuat bayaran secara bulanan kepada pihak atasan dalam agensi penguatkuasa dan kumpulan gangster.

Nasihat saya kepada pegawai dari KPDNKK dan PDRM, ambil tindakan drastik sebelum ada pihak mengambil tindakan sendiri.

Arioss...!

YY : agen Jason Bourne telah buat intipan hampir sebulan ke atas semua syarikat yang menjalankan aktiviti gores dan menang di sekitar Kuala Lumpur, tunggu...!

4 comments:

Anonymous said...

BONGKAR BRO BONGKAR!!!

Anonymous said...

Aku baru jumpa magsa PENIPUAN kes mcm ni - yg. herannya dia kata POLIS cakap tak dak kes!

PDRM/KDN - tolonglah jlnkan TANGGUNGJAWAB dgn. lebih PRIHATIN, CEKAP, AMANAH, JUJUR dan HORMAT kpd. RAKYAT! Ini bukan zaman dulu lagi!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Biasala sindiket2 yang didalangi oleh tauke2 cina akan dikecualikan dari tindakan pihak berkuasa sebab semua sudah di kawtim baik punya macam sindiket ahlong yang bukan saja bebas menjalankan perniagaan haram tetapi melakukan jenayah terhadap peminjam. Tapi kalau melayu,awal2 dah kena tangkap sebab tak pandai kawtim.

Mangsa Ahlong

Anonymous said...

Dah tau benda ni menipu sapa suruh pi gores

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...