NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, January 10, 2012

[FOTO] : Sekitar Himpunan 'Bebas Anwar 901' #BebasAnwar901 #901

'Najib Letak Jawatan' - Provokasi terhadap kerajaan bermula jam 6.00 pagi
6.00 pagi - Mereka sudah membuat bising di tepi-tepi jalan ketika orang ramai  mahu ke tempat kerja

'Komando AMK Malaysia' - Pasukan ini dipercayai tidak disenangi oleh reformis 1998

PDRM memeriksaan beg setiap penyokong Anwar Ibrahim sebelum mereka dibenarkan masuk ke tapak perhimpunan.


Seawal jam 5.00 pagi PDRM & Media mula berkampung di hadapan perkarangan Mahkamah.

Pengikut Anwar Ibrahim mula sukar dikawal bila jumlah mereka ramai

'Rakyat Hakim Negara' - Saya juga rakyat bolehkah saya jatuhkan hukuman bahawa Anwar itu bersalah?

Rafizi Ramli bersama otai-otai reformis

'Orang Kesayangan Anwar' Azmin Ali 

Ketibaan Khalid Ibrahim disambut dengan laungan "Pecat Hasan Ali"

Xavier Jeyakumar tiba di laluan sebelah daripada kumpulan pengikut Anwar Ibrahim berkumpul
Ahli Parlimen Machang - Saifuddin Nasution tiba diringi otai reformis.
Perjuangan mereka semuanya demi Anwar Ibrahim semata-mata
'Raja Drama' tiba dengan dikawal ketat oleh 'Komando AMK' - Tindakan komando AMK membuatkan petugas media berang kerana berlaku aksi tolak menolak!
Shamsul Iskandar cover rapat bos beliau - mungkin dengan harapan namnya bakal menjadi calon dalam PRU kelak. 
Helikopter PDRM berlegar-legar di ruang udara memantau pergerakan pengikut Anwar Ibrahim dari udara,
Kemunculan berani Perkasa - berjaya membuatkan pengikut Anwar Ibrahim berang!
Mereka hadir dengan banner 'anti Anwar' - tanpa sebarang provokasi, mereka hanya berdiri tetapi AMK mengamuk menghalau rakyat yang tidak menyokong Ketua Umum mereka
Provokasi oleh pengikut Anwar Ibrahim - melambai-lambai note RM10 sambil menjerit "Perkasa buat demi duit"
Cukup tak upah yang mereka bayar tu bang?
Pagar masjid dikawal oleh pengikut Anwar Ibrahim kerana kumpulan AMK mahu menyerbu masjid ini untuk menyerang sekumpulan anak muda Perkasa.
Cemas - Seorang pengikut Anwar Ibrahim mengalami masalah pernafasan, Rescue 911 berjaya menyelamatkan beliau dan ambulans membawanya ke hospital 10 minit selepas itu.
Situasi mula tidak terkawal - selepas keputusan diumumkan aksi luar batasan mula diperlihatkan oleh mereka. Seorang pemuda memanjat bumbung van seorang peniaga.
Cermin kereta pecah akibat letupan bom - dipercayai diletak oleh pihak yang mahu mencetuskan suasana panik  supaya Malaysia berevolusi?
Forensik PDRM tiba mengumpul bahan bukti
Serpihan kon yang hancur akibat bahan letupan diletakkan dibawahnya
Walaupun mereka kecoh, provokasi, bertindak di luar normal kehidupan rakyat Malaysia - Pihak PDRM tetap tidak mengendahkan aksi mereka. Menjeritlah sampai puas, dah penat berhentilah mereka tu kata seorang anggota polis trafik kepada saya ketika berlaku pergelutan di antara dua kumpulan bertentangan.

SYABAS PDRM!

Layan video lagi sekali :

1 comment:

Anonymous said...

KEHKEHKEH BLEY JD BAHAN NIH BROO..AKSI BEROK2 YANG LBEY BEROK DRP BEROK KT ZOO >|D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...