DS Najib Tun Razak menerusi laman Twitter menyampaikan ucapan takziah buat keluarga Koporal Rajah Jamuan yang terkorban dalam serangan hendap lapan lelaki bersenjata berat di sebuah pusat peranginan yang terletak di Pulau Mabul, Sabah malam tadi.
Berita ini pencerobohan ke atas Sabah mengejutkan kita semua, berdasarkan rekod kali terakhir perairan Sabah diceroboh adalah pada November 2013 di mana seorang pelancong Taiwan, Lim Min Hsu, 57 bersama isteri diculik di Pulau Pom Pom, Sampoerna oleh kumpulan bersenjata yang dipercayai ada rangkaian dengan Abu Sayyaf.
Serangan hendap malam tadi menimbulkan persoalan bagaimana di sebalik kawalan ketat oleh ESSCOM, Polis Marin, Agensi Maritim dan ATM lapan lelaki berpakaian ala tentera berjaya melepasi perairan Sabah dan melakukan serangan hendap sehingga mengorbankan seorang anggota polis kita?
Adakah ESSCOM tidak efektif walaupun telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi memantapkan operasi keselamatan di perairan Sabah selain melalui pengstrukturan semula?
Atau ada kemungkinan penglibatan orang yang memudahkan penceroboh melepasi kawalan pihak keselamatan di perairan Sabah sebagaimana diperkatakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika isu penculikan melibatkan warga China sekitar April yang lalu?
Persoalannya siapa harus dipertanggungjawabkan memandangkan ini kali ketiga pencerobohan berlaku ke atas perairan Sabah?
Arios...!
1 comment:
Semua ini berpunca dari PM yang lemah dan hilang hala tuju.Najib sepatutunya mentadbir negera tetapi dia sebenarnya sedang bermain politik sepanjang masa untuk nak dapatkan undi kaum cina. Sanggup tukar nama ke ahjib gor,hantar anak belajar bahasa cina dan heboh kat radio,bawa Jacky Chan untuk menghibur kaum cina dan mansuhkan ISA.Najib harus dipecat sebelum negara kita semakin terancam.
Post a Comment