NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, June 19, 2014

Program PERMATA Jadi Mangsa Kerana Iri Hati MP Rantau Panjang Terhadap Rosmah Mansor?


Orang tua pernah berpesan, kalau tidak tahu sila bertanya kepada yang tahu, kalau tidak pandai, belajar dari yang pandai. Malangnya pesanan orang dulu kala tidak dipratikkan oleh kebanyakkan ahli PAS. 

Jika ahli bawahan sahaja mempamerkan sifat dungu mereka, itu adalah perkara yang biasa kita lihat. Namun agak luar biasa apabila pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat di dalam Dewan Parlimen turut mampamerkan sifat dungu mereka.

Perbuatan Siti Zailah yang mempersoalkan (menuduh) program Permata bertujuan menaikkan nama Datin Sri Rosmah Mansur mungkin tidak keterlaluan tetapi bagi saya ia menggambarkan satu kebodohan yang jelas dan nyata dipamerkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Kerana projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Hasilnya, kini Kazakstan difahamkan mahu menjadi program Permata sebagai model untuk dilaksanakan di negara mereka.

Penubuhan Permata pula bukan dilakukan oleh Datin Sri Rosmah Mansur sendirian, sebaliknya ia dibuat bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja yang sungguh membimbangkan.

Justeru, apa gila YB Siti Zailah mengatakan program Permata bertujuan menaikkan nama Datin Sri Rosmah Mansur?

Setakat ini tiada satu pun nama Datin Sri Rosmah Mansur melonjak naik kerana kecemerlangan anak-anak yang mendapat pendidikan awal melalui Permata. 

Sebaliknya nama serta imej negara yang melonjak naik di mana Kazakhstan serta beberapa negara lain mengakui dan mahu menjadikan program Permata Negara sebagai model untuk dibangunkan di negara mereka dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanal seawal usia 4 tahun.


Apa yang saya nampak, tindakan YB Rantau Panjang cuba membangkitkan nama Datin Sri Rosmah Mansur semata-mata mahu mencipta isu baru selepas satu persatu fitnah yang mereka mainkan dilihat tidak berjaya menarik perhatian masyarakat.

Dari cerita pasal Permata baik kita cerita apa tindakan YB Siti Zailah untuk membangunkan pendidikan kanak-kanak seawal usia 4 tahun di Rantau Panjang sejak memegang jawatan ahli parlimen Rantau Panjang?

Setahu saya, ramai anak-anak Rantau Panjang tercicir dalam bidang pendidikan disebabkan kemiskinan.

Apa tindakan YB Siti Zailah..?

Takkan nak hantar mereka mengikuti program Permata pulak?

Hahaha...

YY : AG coming soon...

4 comments:

Anonymous said...

Benar nampak baik tapi busuk hati punya betina. Inilah dunia, hormat pada mereka yang memakai seperti ummah yang baik tetapi hakikatnya lebih busuk dari najis.

Bartaubatlah, pergi minta maaf pada Rosmah. Jangan nanti diPadang Mashyar meraung menjerit diantara berbillion umat manusia mencari Rosmah untuk meminta ampun sebelum dihisab dan ditentukan nasib diri.

Anonymous said...

itu lah hasil dari berpolitik ikut puak .....semua puak lain tiada yang betul manakala puak sendiri sentiasa mulia tiada cacat cela walaupun bergelumang dengan bermacam2 ditambah lagi dgn pimpinan yg ada bukan ada akai untuk membina perpaduan bangsa...yg mereka nampak hanya sokongan melayu akan beralih ke merika dan UMNO akan tinggal nama (kununnya).

Anonymous said...

tolong listkn sumbangan permata pd rakyat malaysia

binjaimanis said...

Apa nah listkan kawan ...ianya pada faedah pada golongan sasaran bukan semelaysia...macam I ni pemanjat kelapa apa faedahnya tapi anak I jika ia layak....buka lah hati jangan jadi aliran fikiran sama ngan MP tu mari kita bangunkan bangsa agama kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...