Saya menerima emel dari individu yang tidak dikenali beberapa hari yang lepas, di mana individu tersebut memaklumkan ingin bertemu dengan saya bagi menceritakan punca kelantangan Datuk A Kadir Jasin yang kini aktif mengkritik Perdana Menteri DS Najib Razak.
Justeru, kelmarin saya bertemu dengan individu tersebut di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Dalam pertemuan kami, individu berkenaan bertanyakan soalan kepada saya - "bro, what do you think about Kadir Jasin?"
Saya hanya menjawab - "saya tidak kenal Datuk A Kadir Jasin, tetapi saya tahu latar belakang dia dalam bidang kewartawanan dan seingat saya dia pernah dianugerahkan Tokoh Kewartawanan ke-9..."
Lalu, individu tersebut menunjukkan satu artikel temubual Kadir Jasin bersama Malaysia Gazette.
Dalam tiga jam pertemuan kami, individu tersebut menceritakan mengenai A Kadir Jasin di mana beberapa maklumat turut diserahkan kepada saya oleh individu tersebut. Sebaik saja sampai di rumah saya meneliti temubual yang ditunjukkan kepada saya.
Antara petikan temubual tersebut, Kadir Jasin mengatakan blogger UMNO bodoh kerana menyerang dirinya dalam blog pembangkang :
Saya tidak kisah tokoh wartawan ini mengkritik kepimpinan DS Najib Tun Razak di laman blognya atas dasar kebebasan bersuara.
Tetapi menuduh blogger dan cybertroopers pro UMNO tidak membantu kepimpinan UMNO bagi saya satu kenyataan bangang yang tidak sepatutnya keluar dari mulut orang berpengalaman seperti Kadir Jasin.
Blogger UMNO dikatakan memburuk-burukkan bakal generasi UMNO.
Benarkah tuduhan tersebut, adakah kita blogger mengkritik tindakan Kadir Jasin merupakan satu perbuatan yang merosakkan UMNO?
Ini bagi saya ia satu penghinaan, mana mungkin saya berdiam diri melihat seorang wartawan tua meroyan dan menyalahkan blogger UMNO kerana dirinya dikritik.
Jadi saya meluangkan sedikit masa meneliti laman blog milik A Kadir Jasin, fokus saya apa sumbangan Datuk A Kadir Jasin dalam membantu BN ketika kempen pilihan raya 13 tempoh hari.
Saya bermula bulan April dan bulan Mei, di mana sekitar bulan April desas-desus pembubaran parlimen telah tersebar di mana pada waktu itu setiap jentera BN termasuk jentera siber dalam keadaan siap siaga untuk mempertahankan kerajaan BN.
Mari kita tengok adakah tokoh kewartawanan ke-9 membantu BN sepanjang tempoh bahang PRU13 :
Mari kita tengok adakah tokoh kewartawanan ke-9 membantu BN sepanjang tempoh bahang PRU13 :
Bukan sahaja tidak membantu BN, walaupun tempoh kempen PRU13 bermula 22 April dan hari pengundian pada 5 Mei, seawal 1 April Datuk A Kadir Jasin banyak mengkritik BN serta DS Najib Tun Razak.
Malah terdapat juga artikel yang dilihat telah memberi persepsi buruk kepada BN. Antaranya artikel bertajuk Ironi Rintihan Perdana Menteri :
Malah terdapat juga artikel yang dilihat telah memberi persepsi buruk kepada BN. Antaranya artikel bertajuk Ironi Rintihan Perdana Menteri :
Apakah strategi mengutuk dan memberikan persepsi buruk kepada BN mampu membantu memberi kemenangan kepada BN semasa PRU13 tempoh hari?
Bukan sahaja mengutuk BN dan Perdana Menteri, artikel bertarikh 1 Mei pula, Datuk A Kadir Jasin turut mengaku bahawa dia meninjau kawasan parlimen Raub di mana dalam artikel tersebut Datuk A Kadir Jasin telah mempromosikan Ariff Sabri calon DAP (sengaja atau tidak hanya Allah yang tahu)
Agaknya Datuk A Kadir Jasin bukan sahaja turun meninjau kawasan parlimen Raub malah turut membantu kempen calon DAP Ariff Sabri. Tidak hairanlah dia cukup yakin calon DAP lebih berwibawa.
Keputusan di parlimen juga menepati ramalan sebagaimana ditulis dalam artikel bertajuk 'Melayu DAP Cabar Cina BN di Raub' di mana DAP menang dengan majoriti 2,814 undi mengalahkan calon BN Datuk Hoh Khai Mun.
Soalan saya kepada wartawan berpengalaman dan sebagai blogger yang menyokong kerajaan (dia kata la) - adakah Datuk rasa, dari April hingga Mei di mana 21 artikel yang disiarkan di blog Datuk dicampur dengan artikel promosi calon DAP telah membantu kemenangan BN dalam PRU13 sekaligus menyaksikan DS Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri?
Boleh jawab soalan ini Datuk?
Boleh jawab soalan ini Datuk?
Justeru, saya pulangkan semula kata-kata Datuk - "sudahlah tidak membantu BN dengan berkesan semasa kempen PRU13, dalam masa yang sama mempromosikan pula calon DAP. Apa you mabuk air ketum ke Datuk?"
Yang mana lebih bagus, basuh seluar dalam di khayalak ramai atau tak basuh langsung Datuk?
Blog you sebenarnya yang membuatkan UMNO itu lagi teruk kepada generasi baru!
Datuk A Kadir Jasin, cerminlah diri kalau tiada cermin di rumah kencing dalam tempurung tiliklah muka Datuk lama-lama, muhasabah diri.
You takut kena kritik, you jangan kritik orang!
Boleh faham bahasa Melayu saya guna ni Datuk?
Selepas ini saya buka cerita serta maklumat yang disampaikan oleh individu tidak dikenali kepada saya mengenai gerak-geri Datuk, kenapa Datuk bertindak, mengapa dan siapa 'paymaster' Datuk A Kadir Jasin.
Tidak malu ke tokoh wartawan yang kecewa hajat tidak kesampaian meroyan di blog?
Tidak malu ke tokoh wartawan yang kecewa hajat tidak kesampaian meroyan di blog?
Datuk layan lagu dulu la, banyak lagi nak cerita pasal Datuk A Kadir Jasin - jangan risau saya tidak serang peribadi punya.
Arioss...!
Arioss...!
15 comments:
TENYEH YY TENYEH!!!!!
hoh khai mun bukan baguspun..dia pergi raub sebab tamak..nak jadi ahli parlimen..padan muka kalah..masalah di Bilut, dia tak selesaikan. tu sebab kalah Dun Bilut pada DAP.
Aku bukan nak backup A.Kadir. Tapi pada pendapat aku sendirilah, ada benar juga kata kata beliau. Sebelum PRU, polis bangga kata index jenayah menurun. Padahal kes jenayah banyak. Dalam sidang akhbat semua pihak boleh cakap apa saja. Tetapi rakyat hidup dalam realiti. Dalam realiti, rakyat nampak kes jenayah meningkat.
Dan bila Najib sendiri dikepung bodyguard, rakyat pun tahu negara tak selamat. Najib ada SB yang jaga. tu pasal awal awal dah siap cover. tapi rakyat tiada siapa yang bagi information. tahu tahu keluar rumah je kena ragut.
Bab blogger umno x tolong umno, mungkin adalah isu isu tertentu. tu aku tak tahu dan malas nak ulas.
tapi bab najib, memang betul dia lemah.
..pada umur yang sudah lanjut, anak cucu pula sudah membentuk haluan masing masing, tiada siapa lagi mahu ambil peduli, jiwa semakin kacau, maka kembalilah mereka keperangai anak kecil yang inginkan perhatian.. mula cakap macam baik.. tiada siapa yang mahu ambil peduli, kini masuk keperingkat kedua, pun tiada siapa yang mahu ambil peduli.. akhirnya keperingkat ketiga.. hendak minum tuak, masih ada rasa takut, dapat minum air daum ketum pun jadi lah, supaya terlupa sebentar kesunyian yang sangat membingitkan jiwa...
Cerita tu biar habis, barulah gempak. Ramai orang yang macam Datuk AKJ ni. Hal kepentingan peribadi lebih mustahak dari kepentingan rakyat keseluruhannya. Bercakap dan menulis macam memberi nasihat tetapi sebenarnya penuh muslihat.
Itulah sikap orang Melayu. Kita berusaha untuk menurunkan mereka yang di atas untuk duduk di atas daripada berusaha untuk bersama-sama duduk di atas. Tak macam bangsa Cina yang dalam apa keadaan sekalipun yang di atas tetap menghulurkan tangan membantu mereka yang di bawah agar sama-sama boleh berada di atas.
Membantu Najib/BN adalah umpama menegakkan benang yang basah. Seperti membela orang yang terang-terang telah melakukan pelbagai kesalahan.
Salam saudara pengarang,
Kadiaq Jasin ni sama je sama Sheikh Kadiaq. Frust tak dapat apa yang diidamkan dia mula menyerang kepimpinan PM Najib Razak. Menurut maklumat rakan-rakan saya Kadiaq Jasin yang meroyan gila babi sekarang ini sebab tak nak jadi Pengarah Media Prima.
Salam Anonymous January 21, 2014 at 9:22 AM,
Maafkan saya kerana gagal habiskan sii A Kadir Jasin.
Hehe, InsyaAllah saya sambung nanti semalam ambil masa belek-belek dulu blog milik Datuk A Kadir Jasin.
Ikan Masin,
Part mana yang saya bantu Najib dan membela kesalahan Najib?
ARIF SABRI TU BLOGGER JGK SAGMONGKOL AK47. MEREKA INI KRONI JGK BRO. SAYA SETUJU TAK KISAH JIKA DIA KATA NAJIB LEMAH ETC. TAPI MENYALAHKAN BLOGGER DGN CYBERTROOPERS UMNO MEMBURUKKAN KEPIMPINAN UMNO MMG KENYATAAN BODOH DARI SEORANG YANG BERPENGALAMAN MCM DIA.
Anonymous 12:10,
Maaf saya betulkan sedikit ayat saudara dia bukan taknak jadi Pengarah Media Prima. Tapi TAK DAPAT JADI PENGARAH itu yang kritik Najib secara luar biasa sekarang.
Admin,
Paymaster dia Tun Daim ke? orang kata Tun Daim....
Blog milik A Kadir Jasin tidak dinafikan menjadi rujukan. Tetapi dalam lingkungan profesional macam dia sahaja. Blog-blog yang berperang ketika PRU13 menjadi rujukan pengundi muda. Bagi saya anda semua menyumbang dan membantu kepimpinan UMNO/BN berbanding blog Datuk A Kadir Jasin yang lebih menjurus kepada mengkritik tetap tiada penyelesaian yang diberikan. Nampak jelas kritikan D. A Kadir Jasin bermotifkan kepentingan peribadi.
-DSA-
Kadir Jasin dengan Ariff Sabri kawan baik apa? Tak hairanlah dia bantu kempen untuk kawan baik dia walau dari DAP. Memang munafik punya orang tua.
Bantu kempen DAP ketika PRU13 tiba-tiba nak kutuk Najib. Wakaakakaka memang gila. Kalau korang yang kutuk takde la aku marah sangat sebab korang lapangan punya orang.
Memang nyanyuk orang tua.
Ramai blogger mula balun Kadir Jasin. Padan muka!
Double Y pukimak. ..Hantu raya belaan. ... Patut ko mampus kecik kecik dulu. ..butuh pak ko laaa
Post a Comment