BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, January 27, 2014

Rebel Inside The Box : Semua Benda Salah @NajibRazak


Khabarnya berlaku pemberontakkan di kalangan bloggers pro UMNO (baca Tun Daim) untuk mengeluarkan DS Najib Tun Razak dari Seri Perdana. Desakan ini dibuat atas alasan kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak lebih teruk daripada era pemerintahan Pak Lah.

Kelemahan kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak dikatakan berpunca daripada kuasa monopoli, kelemahan pegurusan serta sikap diskriminasi dan lebih mengutamakan kroni. Bloggers Out Syed The Box menyenaraikan 30 perkara bagi menggambarkan kegagalan PM : 


Hahaha...

Blah la... uncle Syed!

Hujah you terlalu dangkal kerana monopoli ke atas MAS, TNB, Bernas dan Pharmaniaga telah berlaku sejak zaman pemerintahan Tun Mahathir.

Anehnya menteri bertanggungjawab dalam bidang kuasa yang disenaraikan tidak pula ditegur atau dikritik sebaliknya fokus mereka hanya terarah kepada DS Najib Tun Razak.

Contohnya pembantu rumah asing, kenapa tidak dipersalahkan TS Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan JK kabinet dan ia dipertanggungjawabkan kepada DS Zahid Hamidi?

Selain itu perlaksanaan gaji minimum RM900 merupakan idea KJ yang disokong oleh Pemuda UMNO. Tapi malangnya, KJ tidak ke hadapan mempertahankan DS Najib Tun Razak yang menerima idea yang diperjuangkan pemuda.

Kesimpulannya, modus Syed Akhbar tiada beza dengan Kadir Jasin iaitu meletakkan setiap kesalahan ke atas DS Najib Tun Razak. 

Maka tidak hairanlah penganalisis politik, Profesor Dr James Chin dari Sunway Monash Universiti mendakwa desakan yang dibuat oleh bloggers ini sekadar melaksanakan keinginan 'paymasters' mereka.
"....apa yang diinginkan oleh blog pro- UMNO dan " paymasters " ialah, kebangkitan semula era Mahathir dan politik "Orang Kuat" 
"blogger-bloger ini diupah oleh kem pro - Mahathir dalam Umno yang mahukan seorang pemimpin kuat seperti Mahathir yang boleh menutup tindakan yang tidak dipersetujui dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri . 
" Tetapi mereka sebenarnya berada dalam mimpi...." - FMT
Syed galak mengkritik DS Najib Tun Razak konon gagal bla..bla..bla...

Tapi dia tidak sedar sehingga ke hari ini peranan SPRM gagal diperkasakan walaupun dirinya merupakan Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang dilantik oleh PM sejak 2011.

Uncle Syed - "you sembang kencang, tapi tindakan yilekk!"


Hahaha...

Obey your master ok!



7 comments:

Anonymous said...

SYED AKHBAR ALI PRESIDEN BLOGHOUSE MACAM PROFESSOR SERBA TAHU. CUBA BACA ARGUEMENT DIA YG HARGA IKAN TU. BUKAN MACAM LEVEL2 PROFESIONAL. BRO SYED TU MELAYU KE KELING?

Anonymous said...

Soal apa yang Kadir Jasin atau Syed hentam, aku tak kisah. Yang aku kisahkan sebagai rakyat ialah KEGAGALAN Najib mendepani isu. Berderet-deret isu timbul, dari kalimah Allah sampai kangkung, tapi macam mana dia handle? Hampas!

Sampai bila nak mengelak? Silent is not always golden. Kita perlukan nakhoda yang berani bukan jenis sembunyi kepala dia biarkan masalah selesai sendiri.

Malu kami di bawah-bawah ni...letih nak menjawab.

Anonymous said...

Rockybru tidak bersetuju dengan Presiden Bloghouse yg desak Najib berundur kerana buat masa ini tiada calon yang layak ganti Najib.

http://www.rockybru.com.my/2014/01/pro-umno-bloggers-rebel-against-najib.html

Anonymous said...

Syed Akhbar patut perbetulkan dulu SPRM, org dah bagi amanah tu kena la buat. Jangan pandai cari kesalahan orang tapi tidak menyedari kesalahan sendiri. Pelik Rockybru tak setuju dengan Syed Akhbar, Kadir Jasin dan Apanama.. ada apa2 ke?

Anonymous said...

ANON 10:34,

SYED, KADIR JASIN DAN APANAMA berbeza pendapat dengan Rockybru?

Boleh percaya ke?

Anonymous said...

Senarai 30 benda monopoli rasa majoriti zaman Tun Mahathir. Kenapa tidak mereka salahkan Tun Mahathir. Betul ke Syed antara panel SPRM sejak tahun 2011, takde sebarang peningkatan pun. Kebanyakkan kes SPRM lambat diselesaikan, malah kadangkala selepas lapor ia tiada sebarang tindakan. Yang mereka fokus polis terima rasuah RM100 RM200 tapi apabila ada yang melaporkan rasuah jutaan ringgit haram tak bertindak.

-TKK-

Anonymous said...

Mmg la salahkam najib...kan dia ketua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...