NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, December 23, 2013

Tahniah! @aizuddin_mag & @ydabdihatiku Berjaya Kumpul Dana RM2 juta Melalui #KonsertDestini


RM2 juta berjaya dikutip bagi mengisi dana Tabung Pendidikan Anak Bangsa melalui penganjuran konsert amal 'Konsert Destini' yang berlangsung di Dewan Tuanku Agung Canselor (DATC) pada 20 dan 21 Disember kelmarin.

Saya mula terlibat membantu menjayakan program-program Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) antaranya Jelajah Destini Anak Bangsa 2012, 2013 dan program Kembara Ramadhan 2013 turut berbangga di atas kejayaan konsert tersebut.

Syabas dan sekalung tahniah di atas usaha Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato Mohd Aizuddin dan para pegawai yang bertungkus-lumus menjayakan konsert tersebut.
Konsert Destini anjuran Yayasan Tabung Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang bertujuan mengumpul dana untuk membantu pelajar kurang berkemampuan berjaya mencapai sasaran kutipan sebanyak RM2 juta - Harian Metro

Antara foto dari lensa Fariss :



 



 




Arios...!

Wednesday, December 18, 2013

Perang Siber : BN Kembali ke Era Pak Lah - @HishammuddinH20 & Jabatan Media Sosial (JMS) Penentu Survival BN PRU14


Hampir sebulan tidak kemaskini laman blog sebaik saja selesai Pemilihan UMNO 2013 tempoh hari. Sebaliknya saya lebih banyak memerhati situasi perang media sosial yang dilihat semakin 'panas' dengan fitnah serta cerita-cerita negatif berkaitan kerajaan dan kebanyakkan berita tersebut lebih bersifat persepsi untuk memburukkan kerajaan.

Malangnya persepsi dan fitnah yang tersebar melalui media sosial terutama oleh pembangkang berupaya menyerap masuk ke dalam fikiran rakyat dan mereka menganggap perkara yang disampaikan itu satu kebenaran. 

Melihat situasi ini, timbul persoalan di benak fikiran saya - apakah BN mampu bertahan menghadapi segala fitnah dan tohmahan yang disampaikan di media sosial menjelang PRU14?


Persoalan ini timbul selepas melihat beberapa 'kerosakan' yang berlaku gara-gara kenyataan beberapa menteri dan putar belit media pembangkang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat. Ia boleh dilihat di laman-laman Facebook termasuklah dari kalangan ahli parti UMNO sendiri. 

Sebagai contoh kegagalan kerajaan memberikan penerangan awal serta menguruskan persepsi berkaitan isu pengurangan subsidi gula, kenaikkan tarif elektrik, kenaikkan harga barangan dan kenaikkan kadar tol telah meletakkan BN dalam situasi yang bersifat defensif.

Terbaru, kenyataan Menteri SKMM Ahmad Shabery Cheek yang menjawab soalan senator turut cuba diputar belit oleh pembangkang malam tadi. Tidak keterlaluan juga saya katakan, situasi perang media sosial sekarang memperlihatkan BN kembali ketinggalan seperti zaman pemerintahan Pak Lah.

Pendek kata situasi di media sosial ketika ini lebih teruk jika hendak dibandingkan sebelum PRU13 tempoh hari. Mungkin kerana sebelum ini terdapat beberapa pihak yang bertindak sebagai jentera kerajaan untuk menyeimbangi perang di media sosial.

Tetapi kebanyakkan dari mereka dilihat menyepi dan kurang aktif sebaik sahaja tamat PRU13, mungkin juga mereka kembali fokus meneruskan kerjaya masing-masing selepas berpuas hati membantu BN memenangi PRU13 yang dianggap pilihan raya paling getir buat BN.

Berpandukan pengalaman PRU13 dan situasi yang berlaku kini, saya melihat betapa pentingnya kerajaan mewujudkan satu jentera tetap untuk menyeimbangi situasi perang media sosial menjelang PRU14. 

Kerana dalam PRU14 akan datang survival BN bakal ditentukan oleh 8 juta pengundi baru yang kini memperolehi sumber maklumat melalui media sosial.

Paling tidak pun optimumkan peranan jentera-jentera siber yang wujud ketika PRU13 dan ditambah baik peranan mereka dari masa ke semasa sekaligus menyahut seruan DS Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari.

Hishammuddin Tun Hussein bertanggungjawab tubuhkan JMS?


Saya tidak pasti sejauh mana kesahihan cerita mengenai cadangan barisan Majlis Tertinggi UMNO yang dikhabarkan berkira-kira untuk menubuhkan Jabatan Media Sosial (JMS). Khabarnya ia dipertanggungjawabkan kepada Naib Presiden UMNO iaitu DS Hishammuddin Tun Hussein bagi merangka plan serta strategi JMS.

Jika benar, saya menyambut baik penubuhan JMS kerana ia dilihat perlu bagi menangkis segala tohmahan dan menguruskan persepsi berkaitan kerajaan sekaligus menyaingi kewujudan Red Bean Army (RBA) yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Tetapi diharap individu yang bakal dilantik oleh DS Hishammuddin Tun Hussein kelak bagi mengepalai JMS perlulah terdiri daripada mereka yang arif mengenai perang yang berlaku di media sosial.

Keperluan memberikan penjelasan awal penting di masa akan datang bagi mengelakkan kerajaan dilihat sering kali berada dalam keadaan defensif.

Jangan pula dilantik individu yang boleh menjadi liabiliti kepada parti serta pegawai-pegawai PM yang hanya menjaga sejumlah kecil penggiat media sosial sebaliknya lebih kepada mengisi perut dan poket sendiri. 

Arios...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal