NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, May 5, 2011

TPM Merasmikan Persidangan Ahli-Ahli Politik Asia ICAPP di PWTC, Wakil Pembangkang Mana?

TPM Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin Bergambar Bersama Deligasi ICAPP.
Petang tadi jam 5.00 petang, Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Persidangan Ahli-Ahli Politik Asia ICAPP di PWTC Kuala Lumpur.

Persidangan yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur ini memfokuskan kerjasama di antara parti-parti politik Asia baik kerajaan mahu pun pembangkang dalam menguruskan setiap bencana alam serta bantuan kemanusiaan untuk negara-negara Asia.

TPM di iringi Dato Shahidan Kassim melawat booth pameran ICAPP

ICAPP yang dianggotai oleh 22 buah negara Asia ini selain memfokuskan kerjasama di antara parti-parti politik dari negara yang berbeza,  ICAPP turut mempromosikan budaya-budaya untuk setiap negara-negara di Asia.

Persidangan ICAPP turut melibatkan pameran oleh pelbagai agensi sukarelawan dari seluruh negara, dari Malaysia pasukan yang terlibat yang sempat saya perhatikan tadi adalah SMART, PBSM, MERCY Malaysia    serta banyak lagi pertubuhan sukarelawan yang lain.

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya parti pembangkang juga perlu hadir dalam persidangan ini kerana itu merupakan syarat utama yang diletakkan oleh ICAPP namun apa yang saya perhatikan sebentar tadi, parti-parti politik pembangkang Malaysia tidak langsung menghantar wakil mereka untuk persidangan yang pertama kali diadakan ini.

Walhal ini merupakan satu medium untuk kita memperlihatkan kepada dunia luar bahawa perbezaan idelogi politik bukan penghalang untuk kita menjalinkan kerjasama yang erat jika negara kita atau negara-negara jiran ditimpa bala bencana.

Wakil pembangkang dijemput sama untuk turut sama berkongsi pandangan mereka dalam misi-misi kemanusiaan yang akan dan bakal dijalankan di masa akan datang. Namun saya hampa bila sepanjang berada di PWTC tiada satu kelibat manusia daripada wakil pembangkang kelihatan.

Sekarang dapatlah kita menilai parti mana yang sibuk berpolitik 24 jam sehinggakan perbincangan mengenai misi dan bantuan kemanusiaan  pun tiada wakil bagi pihak mereka.

Untuk yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, jom singgah ke PWTC lihat pameran-pameran serta bantuan yang pernah dijalankan oleh pasukan-pasukan sukarelawan Malaysia.



Double Y : Parti pembangkang di Malaysia nampaknya lebih sibuk menguruskan isu peribadi Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang ICAPP.

1 comment:

Anonymous said...

mungkin tak dapat invitation kot... tapi kita memang maklum parti pembangkang nih kemaruk kuasa sampai tak professional dalam serba serbi... jahanam agama, bangsa dan negara kalu diaorang nih memerintah... tgk negeri2 yang diperintah oleh PR, kita pun dah boleh agak corak pemerintahan mereka... selangor dengan pembaziran ribuan wang ringgit dengan menggantung bunting "ubah sekarang" dan menggunakannya utk kempen politik mereka... banyak lar lagi contoh buruk yang boleh diceritakan... kalu pangkah PR, maknanya jahanam agama, bangsa dan negara... pihak pembangkang usulkan change... betoi ler tu... change for the worst...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...