NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Monday, May 9, 2011
10 Fakta Penting Tentang MyEmails - Sebarkan
Ramai antara kita masih samar-samar malah ada yang masih tidak faham mengenai myemails yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.
Ini merupakan 10 fakta penting mengenai myemails, harap berguna untuk disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
1. MyEmail adalah sebahagian dari program E-Kerajaan
• E-Kerajaan adalah penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan perolehan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat jelata dan syarikat-syarikat
perniagaan dari segala sudut.
• Ia mempunyai tiga pendekatan strategik:
Perkhidmatan E-Kaunter
* Menuju pendekatan ‘tiada bersemuka”: 90% dari semua urusan melalui internet, manakala 10% yang selebihnya melalui borang elektronik
* Didapati melalui semua peralatan (kiosk, komputer dan telefon bimbit) di semua kawasan melalui semua saluran Kerajaan Sifar-kertas
* Menggantikan penggunaan kertas dengan simpanan digital
* Pengurangan penggunaan kertas secara berperingkat – minit-minit mesyuarat,
persembahan dan memorandum
Akaun MyEmail
* Selamat dengan menggunakan satu saluran perhubungan bagi semua perkhidmatan E-Kerajaan
* Perkhidmatan tambahan e.g. pembayaran bil melalui internet, pencarian rekod dsb.
2. MyEmail adalah mudah dan selamat
• Ia memerlukan pengesahan bio-metrik (cap jari) dengan Jabatan Pendaftaran Negara apabila digunakan buat kali pertama, samada melalui kaunter ataupun di rumah dengan menggunakan pengimbas cap jari USB yang boleh dibeli, bersama nama dan nombor MyKad.
• Semua maklumat peribadi seperti nombor MyKad disimpan secara selamat oleh Tricubes Berhad, sementara perkhidmatan e-mel menggunakan prasarana “awan” yang disediakan oleh Microsoft
• Penyulitan (encryption) SSL menjamin keselamatan maklumat semasa penghantaran; ciri-ciri keselamatan tambahan juga boleh didapati dengan penggunaan bio-metrik untuk penyulitan kandungan
• Hanya satu “Log-in” untuk menggunakan e-mel dan semua perkhidmatan tambahan berbanding pendaftaran dan pengesahan berulang-kali,
pelepasan maklumat yang berkali-kali dan penggunaan nama-nama dan kata laluan yang berlainan melalui serambi yang berbeza
3. MyEmail dibiayai oleh sektor swasta
• Tricubes akan mengeluarkan belanja sebanyak RM50 juta selang 10 tahun yang akan datang
• Tricubes bertanggungjawab sepenuhnya mendapatkan pelaburan yang diperlukan, iaitu sebanyak RM5.3 juta bagi peringkat permulaan, dan RM50 juta secara keseluruhan, samada melalui pegangan saham ataupun pinjaman, dan akan menanggung segala risiko kerugian dengan sepenuhnya.
4. MyEmail akan menjimatkan wang rakyat
• Simulasi ke atas empat agensi menunjukkan kerajaanakan berupaya menjimatkan sekurang-kurangnyaRM200 juta untuk 10 tahun yang akan datang.
• Kos menghantar setiap e-mel tidak akan melebihi 50 sen, berbanding purata RM1.00 bagi setiap urusan surat-menyurat
• Walaupun penghantaran sesuatu e-mel itu sendiri percuma, 50 sen itu adalah kos bagi perolehan bil digital itu sendiri (seperti pengeluaran, perubahan serta pemprosesan maklumat); ini tidak di ambil kira dalam penghantaran e-mel percuma oleh pembekal lain
5. MyEmail bukanlah pemberian konsesi kepada Tricubes
• Tricubes perlu memasar dan meyakinkan setiap agensi kerajaan dan badan swasta untuk menggunakan perkhidmatannya
• Tiada satu pun agensi kerajaan yang diharuskan menggunakan perkhidmatan MyEmail, mahupun memberikan kontrak jangka panjang kepada Tricubes
• Sebarang perbincangan mengenai kontrak akan berlandaskan lunas-lunas pasaran yang terbuka
6. Perkhidmatan seperti MyEmail ini tidak terhad kepada syarikat Tricubes
• Setiap agensi kerajaan dibenarkan menggunakan sebarang pembekal perkhidmatan serupa dengannya, baik sekarang mahupun di masa hadapan
7. Penggunaan MyEmail adalah secara sukarela dan didorong permintaan pasaran
• Orang ramai akan memutuskan samada akan menggunakan perkhidmatan MyEmail atau tidak
• Penerimaan rakyat mestilah berdasarkan keutuhan dan kebolehan perkhidmatan MyEmail itu sendiri
8. Pemilihan Tricubes telus dan berdaya saing
• Lima cadangan untuk projek MyEmail telah diterima seterusnya diteliti oleh pasukan yang terdiri dari ahli dari MAMPU serta GITN
• Syarat pemilihan adalah berdasarkan penggunaan teknologi yang terkini, model perniagaan lestari, latar belakang syarikat serta ciri-ciri keselamatan
• MAMPU dan GITN mendapati Tricubes menepati malah adakala melebihi syarat-syarat tersebut
9. MyEmail bukan untuk digunakan bagi penyebaran propaganda
• MyEmail adalah saluran digital yang selamat bagi perhubungan dan sebarang perkhidmatan elektronik antara kerajaan, rakyat dan syarikat-syarikat
perniagaan.
• Ia dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta, oleh itu ia juga boleh digunakan oleh sebarang badan kerajaan pusat, negeri mahupun daerah tidak kira pihak politik
mana yang disokong
10. MyEmail juga bukanlah sesuatu yang baru
• Perkhidmatan yang serupa bergelar “OneInBox” juga akan dilancarkan di Singapura pada tahun 2012.
• Menurut turutan fakta yang disediakan oleh Infocomm Development Authority of Singapore, OneInBox akan membolehkan setiap orang perseorangan dan
perniagaan menerima utusan dari agensi kerajaan melalui satu saluran yang selamat melalui portal eCitizen dan SingPass mereka
• OneInBox ini juga diaju mampu menjimatkan kos perhubungan agensi kerajaan dengan mengurangkan urusan surat-menyurat yang menggunakan kertas.
Double Y : Perlu atau tidak myemails untuk rakyat Malaysia.. komen anda?
Label:
MYEMAILS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HOT MINGGU INI
-
Jam 5.00 Petang nanti saya akan ke Persidangan Parti-parti Politik Asia (ICAPP) yang untuk mengikuti perkembangan serta persidangan yang be...
-
SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat ...
-
Inilah dunia bloggers, kita beranggapan diri kita saja yang betul - hanya pendapat kita yang betul, pendapat orang lain adalah salah. Kr...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
-
Ini adalah situasi terkini di Dataran Merdeka, gelagat kumpulan pengikut PKR memprovokasi serta mencetuskan kekecohan terhadap pengguna la...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
RECOMMENDED
-
-
-
-
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh11 months ago
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi5 years ago
-
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]
Arkib Artikel Kawe...
-
▼
2011
(662)
-
▼
May
(16)
- PAS Can Only Make It With DAP's Support
- 'Pandi Kutty' Carian Popular Google? - Tenggelam S...
- Umum : Kuarters Berhantu?
- Guan Eng's Malay Dilemma
- Kristian Agama Rasmi Malaysia - Cabar Pemimpin DA...
- 10 Fakta Penting Tentang MyEmails - Sebarkan
- Tuan Ibrahim Tuan Man - Bagaimana Kalau Laporan Bl...
- Ringkasan Dari Rumah Tengku Adnan
- Kakitangan MPKB - BRI Terlibat Dalam Pemalsuan Kad...
- Video Perbincangan Tertutup Bersama ABIM - Bukti A...
- Truth and Lies about MyEmail
- Ladang Rakyat Alat Memperbodohkan Orang Kelantan?
- Hiburan di Pagi Hari - Dikir Barat "Jahane Negeri ...
- TPM Merasmikan Persidangan Ahli-Ahli Politik Asia ...
- Forum Parti - Parti Politik di Asia ICAPP 4 - 7 Me...
- BN Kaji Keputusan PRN Sarawak
-
▼
May
(16)
1 comment:
bro - pinjam artikel.
tq
Post a Comment