NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, May 7, 2011

Kakitangan MPKB - BRI Terlibat Dalam Pemalsuan Kad Kredit.


Kalau dah bapak pun makan duit rakyat, inikan pula anaknya. Pepatah lama ada mengatakan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Begitulah juga situasi keadaan di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darulnaim. Terkini pihak Kelate.net mendedahkan bahawa ada kakitangan MPKB-BRI terlibat dalam pemalsuan kad kredit.

Laporan yang dibuat lebih setahun yang lalu oleh seorang pengadu mendakwa bahawa kad kredit beliau digunakan untuk melakukan pembayaran cukai kepada MPKB-BRI.

Ini bukti Kelantan juga tidak bebas dari rasuah walaupun diperintah PAS, baca petikkan daripada kelatekito.net :


KOTA BHARU - Kalau dah rasuah tetap rasuah juga hasil didikan kerajaan Pas Kelantan bertema membangun bersama Islam.
Kalau bapanya makan duit ladang rakyat melalui rampas tanah, anak pun ikut sekali belajar makan duit rakyat.
Terbaru www.kelatekito.net mendedahkan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan akan menjalankan siasatan berhubung laporan pemalsuan kad kredit dipercayai melibatkan kakitangan Majlis Perbandaran Kota Baharu Banda Raya Islam (MPKB-BRI) dalam pembayaran cukai bandar.
Pemangku Ketua Jabatan itu, DSP Nazely Mohd Said berkata beliau sendiri akan meneliti laporan polis yang telah dibuat setahun lalu berhubung dakwaan seorang pemilik kad kredit telah kehilangan kad kreditnya setahun lalu setelah membuat pembayaran cukai bandar kepada MPKB-BRI.

"Kita siasat pelbagai aspek kerana dalam tempoh setahun tiada sebarang tindakan diambil," katanya semasa sesi dialog Majlis Penerangan Keselamatan Jenayah dan Dadah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Kelantan di sini, pada 26 April lalu.
Turut hadir dalam sesi itu,  Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Supt Md Azmi Othman, dan Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan Lau Chit Fang sebagai moderator untuk sesi dialog dengan masyarakat Cina Kota Baharu.
Pemilik kad kredit itu telah mengajukan soalan kepada Lau secara bertulis dengan nama, kad pengenalan, nombor telefon dan alamat  diberikan kepada pihak polis tetapi maklumat itu dirahsiakan ketika Lau membaca soalan pengadu tersebut.
Lau berkata pengadu pemilik kad kredit tersebut telah memaklumkan kepadanya bahawa beliau telah membuat pembayaran cukai bandar di MPKB-BRI dan telah tertinggal kad kreditnya di pejabat majlis berkenaan.
"Beliau telah mengambil kad kreditnya semula dan sebulan kemudian pemilik kad itu melihat penyata bank dan mendapati kad kreditnya telah digunakan untuk membayar cukai bandar individu lain," katanya.
Beliau berkata pemilik itu telah bertemu dengan individu terbabit dan individu itu telah menunjukkan bahawa cukai bandarnya telah dibayar secara tunai dan bukannya melalui kad kredit.
Beliau berkata pemilik kad itu telah membuat laporan polis setelah mendapati kakitangan MPKB-BRI telah mengenakan caj ke atas kad kreditnya di atas cukai individu tersebut manakala wang tunai individu itu dipercayai telah diambilnya.
Dalam sesi dialog itu, polis turut memberi kesedaran kepada masyarakat agar mengambil tindakan mencegah daripada memberi peluang kepada penjenayah daripada melakukan jenayah.
Sesi itu bertujuan mengeratkan hubungan polis dengan masyarakat Cina sejajar dengan hasrat kerajaan memenuhi  Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang antaranya mengurangkan kadar jenayah di negara ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...