Ekoran keputusan mahkamah koroner pada Rabu lalu membuat keputusan punca kematian Teoh Beng Hock bukan dibunuh atau bunuh diri dan kegagalan mencari jawapan berhubung punca sebenar kematian Teoh Beng Hock.
Perdana Menteri DS Najib mengumumkan akan menubuhkan Suruhanjaya di Raja untuk menyiasat kes tersebut secara telus.
Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119). Melalui peruntukkan ini akan memberi kuasa kepada Suruhanjaya berkenaan menyiasat SPRM dan mana-mana pengawai mereka.
Saya menyambut baik penubuhan Suruhanjaya ini kerana, saya juga inginkan jawapan punca sebenar kematian Teoh Beng Hock, adakah beliau dibunuh atau membunuh diri.?
Namun apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya tersebut kelak, harap tidak dimanipulasi dan boleh diterima semua pihak terutamanya pihak keluarga mendiang.