NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Minyak Masak. Show all posts
Showing posts with label Minyak Masak. Show all posts
Tuesday, January 18, 2011
Edisi Lawak : Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kata, Minyak Masak & Bawang di Sorok Oleh BN?
Sehingga ke hari ini saya masih tidak faham kenapa setiap kali kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin PAS, setiap kali itu juga mereka tanpa segan silu meletakkan kesemua kesalahan mahu pun kejadian di atas bahu BN.
Masih ingat lagi dengan kenyataan tidak berapa cerdik yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka Puan Hajah Kintan berhubung isu kononnya UMNO menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik gara-gara UMNO meletakkan beberapa bendera di pagar masjid Bukit Katil Melaka?
Kalau terlupa saudara pembaca bolehlah klik SINI
Hari ini seorang lagi dari kalangan Muslimat PAS keluarkan kenyataan tidak berapa cerdik berhubung isu kekurangan minyak masak dan kenaikkan harga bawang di Malaysia.
Orang itu adalah Ketua Dewan Penerangan Dewan Muslimat PAS Salbiah Wahab. Katanya mustahil minyak masak dengan bawang berkurangan kalau bukan BN yang mempunyai agenda menyorokkan barang berkenaan. Kenyataan beliau boleh dibaca di Hara Kah Kah Kah Daily
Kenyataan ini pun saya kategorikan sebagai kenyataan 'bebal' sebab, alasan yang digunapakai beliau sangat mudah, beliau meletakkan misteri kehilangan minyak masak dan kenaikkan harga bawang 100% ke atas BN.
Teori yang digunakan beliau sangatlah mudah. BN sengaja menyembunyikan minyak masak untuk menaikkan harganya. Bagi saya jika BN dalang disebalik misteri kehilangan minyak masak, BN terlalu bodoh untuk mengambil langkah tidak selamat menaikkan kemarahan rakyat.
Wahai Puan Salbiah Wahab, kita kalau hendak bercakap kena buat kaji selidik dulu, sebab apa sahaja yang kita cakapkan akan dibaca dan diperhatikan oleh rakyat, lagi-lagi jika kenyataan yang kita keluarkan disiarkan oleh portal berita yang pembacanya terdiri dari macam-macam latar belakang.
Puan Salbiah Wahab, mari saya terangkan sedikit. Kekurangan minyak masak tidak sepatutnya Puan meletakkan kesalahannya terhadap BN, kerana ini hanyalah sikap tamak sesetengah pembekal yang sengaja menyorokkan bahan berkenaan semata-mata hendak meraih untung yang lebih.
Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini, kalau Puan Salbiah hendak tahu, pada 4/01/2011 kerajaan telah pun bekalkan 84,000 tan metrik minyak masak ke pasaran ke seluruh negara.
Secara puratanya kerajaan hanya membekalkan70,232 tan metrik sahaja setiap bulan, tapi memandangkan berlaku kekurangan minyak masak di pasaran, kerajaan bertindak pantas dengan menambahkan lagi bekalan.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan turut meletakkan 1,900 kakitangan penguatkuasa untuk memantau setiap syarikat yang membungkus semula minyak-minyak ini.
Jika berlaku kekurangan bagi saya, bukan salah BN wahai Puan Salbiah, ini adalah salah para pembekal yang inginkan keuntungan berlipat ganda.
Kesimpulan yang boleh dibuat dalam misteri kehilangan minyak masak sangatlah mudah, dalang disebalik kejadian ini bukanlah BN wahai Puan Salbiah. Tukar kerajaan sekalipun jika pemborong masih bersikap tamak haloba, walaupun PR memerintah sekalipun kejadian sebegini tetap berulang walaupun kita negara pengeluar minyak.
Disebabkan Puan Salbiah bagi teori tidak cerdik, saya pun ingin juga beri sedikit teori yang tidak cerdik sesuai dan setanding dengan tahap IQ yang dimiliki oleh Puan Salbiah.
Teori saya adalah mudah, minyak masak hilang adalah kerana pembekal berbangsa cina yang berfahaman DAP/PR sengaja menyorok minyak masak, untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN.
Bila rakyat marah dengan kehilangan minyak masak, siapa yang bakal mendapat habuan dan untung dalam isu ini? Sudah tentulah geng-geng Puan Salbiah juga bukankah begitu?
Tetapi siapa yang mempunyai IQ yang tinggi sudah tentu tidak dapat menerima teori bodoh saya ini. Apa ke jadah minyak masak hilang nak salahkan DAP/PR?
Begitu juga dengan Puan Salbiah, apa ke jadah Puan Salbiah cakap minyak masak hilang sebab BN yang sorok? Tidakkah itu menunjukkan yang Puan Salbiah ini jenis manusia yang 'bebal'?
Label:
BN,
Minyak Masak,
PAS
Subscribe to:
Posts (Atom)
HOT MINGGU INI
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Beberapa hari lepas saya menerima komen dari seorang pembaca yang meminta saya menyiasat mengenai identiti Mohd Rashid Bin Ismail yang di...
-
Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambu...
-
Dua hari lepas saya dikatakan 'gila' kerana bertindak menghentam 'Tuhan' kepada semua bloggers iaitu PapaGomo. Ramai pihak t...
-
Terkini dari Masjid Bandar Baru Sentul. Sumpah laknat yang bakal dibuat oleh Dato Eskay dibatalkan oleh pihak pengurusan masjid kerana keke...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
RECOMMENDED
-
-
-
Umno today, Umdap tomorrow7 months ago
-
-
-
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi6 years ago
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif9 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi10 years ago
-
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
