Setelah pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh blogger pro-kerajaan, akhirnya kebenaran datang jua. Ternyata tuduhan yang dibuat terhadap DS Utama Rais Yatim merupakan satu fitnah jijik lagi hina dimana percubaan pihak tertentu untuk memburukkan kabinet kerajaan di bawah pimpinan DS Najib Tun Razak.
Saya sendiri hari ini, menyiarkan beberapa artikel berhubung isu ini demi membersihkan nama baik DS Utama Rais Yatim. Sebenarnya dari awal lagi saya tidak lansung mempercayai cerita pembohongan yang cuba dimainkan oleh beberapa blogger pro-pakatan.
Kerana kita tahu bahawa DS Utama Rais Yatim adalah seorang menteri yang berbudi bahasa serta menjalankan tugasnya dengan baik. Kalau tidak masakan beliau mampu kekal bekerja di bawah 6 Perdana Menteri.
Dan hari ini lebih menyakinkan kita bahawa ini semua merupakan fitnah jijik dimana mangsa sendiri iaitu Robengah membuat pengakuan bahawa beliau tidak pernah dirogol sepanjang 8 tahun bekerja bersama keluarga DS Utama Rais Yatim, malah beliau mendapat layanan yang baik sepanjang bekerja di kediaman DS Utama Rais Yatim.
Penipuan fitnah ini dikuatkan lagi dengan pengakuan mangsa sendiri iaitu Robengah yang disiarkan oleh portal
detikNEWS . Malah mangsa juga menulis pengakuan dengan tulisan tangannya sendiri sebagaimana disiarkan oleh blogger
Dr.Novandri.
Namun pihak blogger pro-pakatan masih cuba bermain dengan presepsi sendiri walaupun bermacam perkara kita dedahkan hari ini. Bermacam persoalan cuba ditimbulkan untuk menafikan bahawa mereka memainkan fitnah keji ini.
Ada blogger pro-pakatan kata, kes ini polis wajar siasat walaupun bukti video saksi didedahkan malah lagi bertambah saksi polis yang terdiri daripada Sumati@Sumiati, serta para blogger pro-kerajaan juga penulis blog pro-pakatan cuba meletakkan sebagai saksi. Apa gila PARIA MALAYA meletakkan para blogger pro-kerajaan yang menemubual mangsa semalam sebagai saksi?
Bagi saya kes ini sudah selesai, kerana mangsa sendiri sudah membuat pengakuan bahawa dirinya tidak pernah dirogol, jadi dalam kes ini atas asas apa penulis blog PARIA Malaya cuba menyarankan agar polis meneruskan siasatan? Maaf link blog pro-pakatan tersebut saya tidak sertakan. Kerana saya tahu para pembaca boleh mencarinya sendiri.
Kalau hendak suruh polis siasat juga boleh, tapi polis wajar meneruskan siasatan ke atas Chegubard dan Zuraida kerana membuat laporan palsu berhubung kes ini. Laporan yang oleh mereka di IPD Seremban tempoh hari yang bersandarkan kepada laporan Migrant Care boleh dikategorikan sebagai laporan palsu mengikut undang-undang.
Kerana dalam kes ini mangsa rogol sendiri menafikan bahawa dirinya dirogol. Jadi di sini ada asas untuk polis menyiasat Chegubard di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana mengemukakan laporan palsu.
Untuk tindakan saman pula, bagi saya bukan Rocky Bru yang patut di saman,kerana Rocky Bru tidak pernah menyebut nama DS Utama Rais Yatim dalam artikelnya. sebaliknya akhbar HaprakDaily serta beberapa blogger pro-pakatan. Dan yang paling utama adalah penulis blog BICARA ABU NAWAS kerana dalam artikelnya jelas meletakkan gambar DS Utama Rais Yatim.
Orang yang kedua wajar disiasat adalah Zuraida Kamaruddin iaitu Ketua Wanita PKR kerana semalam dalam laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini. Zuraida mendakwa beliau telah berhubung dengan pihak Migrant Care untuk mendapat pengakuan amah tersebut. Laporan Malaysiakini menyebut :
"Beliau (Zuraida) juga telah berhubung dengan NGO Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta yang sebelum ini telahpun menemuramah dan mendapatkan pengakuan dari amah tersebut."
Zuraida mendakwa telah berhubung dengan Migrant Care, namun Zuraida tidak mendedahkan laporan itu kepada polis? Kenapa tidak serahkan? Zuraida sudah tahu ke bahawa kes ini tidak terjadi?
Secara kesimpulan saya melihat, polis patut menyiasat mereka berdua ini di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu!!!