NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, October 30, 2015

PENIAGA DI PUDU SENTRAL DIHALAU SECARA PAKSA OLEH UDA MALL & SPAD @SPADChannel










Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Itulah slogan yang dilaungkan oleh DS Najib Razak sebaik sahaja beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Namun, adakah pegawai dan agensi bawahan memahami dan menyelami slogan yang dilaungkan oleh kerajaan hari ini?

Kelmarin saya didatangi kumpulan peniaga dari Pudu Sentral, 10 wakil peniaga yang bertemu dengan saya mendakwa dianiya oleh pegawai dan pihak pengurusan Pudu Sentral iaitu Uda Mall Sdn Bhd dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

KLIK IMEJ



Menurut mereka, tindakan pengurusan Pudu Sentral dan SPAD terlalu menekan dan tidak bertolak-ansur malah ada yang bertindak seperti samseng. 

Berdasarkan rekod, SPAD mengarahkan operasi bas ekspress bagi jarak jauh dipindahkan ke terminal bas Bandar Tasik Selatan atas alasan untuk mengurangkan kesesakkan lalu lintas.

Ia dinyatakan oleh Pengerusinya, TS Syed Hamid Albar sekitar bulan Ogos yang lalu. Ekoran daripada pemindahan operasi bas, Pudu Sentral tidak lagi menjadi tumpuan orang ramai.

Dan difahamkan, bermula November ini - SPAD akan bertindak membatalkan permit mana-mana pengusaha bas ekspress yang masih beroperasi atau mengambil penumpang di Pudu Sentral.

Tindakan SPAD yang mahu memindahkan operasi bas ekspress atas alasan mengurangkan jumlah kenderaan di ibu kota seperti tidak masuk akal.




Kerana sejak Pudu Sentral diubah suai dan dinaik taraf menjadi UTC boleh dikatakan sekitar Pudu Raya tidak mengalami kesesakkan, jika berlaku kesesakkan pun di waktu puncak dan berpunca daripada lampu isyarat di sekitar Petaling Street, Masjid Jamek yang jaraknya berdekatan.

Paling menggelikan hati saya, SPAD turut memberi alasan tindakan pemindahan operasi bas ekspress adalah untuk mengelakkan ulat tiket.

Kalau kita kata SPAD bodoh nanti penguatkuasa SPAD berkecil hati.

Ulat tiket ada di mana-mana termasuk di KLIA. untuk menghapuskan ulat tiket adalah tindakan penguatkuasaan. Jika penguatkuasa lemah dan lembik atau makan suap sampai kiamat pun ulat tiket akan terus wujud.

Paling saya kecewa, tiada wakil rakyat BN tanya khabar atau cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para peniaga di Pudu Sentral. DAP terlebih dahulu menyelami masalah mereka, tidak malu ke?

Akhbar Cina lebih prihatin berbanding akhbar Melayu -
Wakil rakyat DAP telah turun jenguk peniaga di mana wakil rakyat BN?
Ekoran daripada pemindahan operasi saya difahamkan beratus peniaga akan terjejas kerana mereka terpaksa mengosongkan premis. Selain dipaksa mengosongkan premis, mereka turut diheret ke mahkamah dan terpaksa menanggung hutang dengan Uda Mall.








Difahamkan pihak UDA Mall tidak mengadakan perbincangan walaupun berpuluh kali para peniaga membuat rayuan. Lebih malang lagi, pegawai UDA Mall sendiri bertindak seperti gangster dengan mengugut para peniaga.

Selain mendapat bantahan daripada peniaga di Pudu Sentral, difahamkan pengusaha hotel berdekatan turut membantah cadangan yang dibuat oleh pihak SPAD.



Malah kumpulan peniaga turut mengumpul tandatangan di mana majoriti daripada mereka mohon diberikan tempoh lanjutan dan pampasan sewajarnya kerana ada di kalangan mereka telah berniaga di situ selama 39 tahun.











Kenapa begitu sukar untuk pihak UDA Mall bertolak ansur atau bertimbang rasa terhadap peniaga, sukarkah menyelami masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain menghabiskan berjuta untuk pengubahsuian. Pihak UDA Mall turut gagal menguruskan Pudu Sentral dengan baik.

Malah ruang premis perniagaan merosot berbanding sebelumnya kerana peniaga tidak mampu menyewa lot perniagaan ekoran sewa dinaikkan mendadak selain kos utiliti yang tinggi. Merujuk gambar di bawah, ruang yang berwarna adalah lot kedai yang masih menjalankan perniagaan mereka manakala selebihnya kosong.



Manakala carta di bawah pula menunjukkan penurunan jumlah peniaga di Pudu Sentral selepas ia diubah suai. Siapa mahu berniaga kalau kos sewa gas bulanan mencecah RM1300, itu belum campur sewa premis.


Kita bukan mahu menuduh, tetapi difahamkan Syed Hamid Albar ada kepentingan dalam syarikat yang menguruskan TBS, sebab itulah semua operasi bas ekpress bakal dipindahkan ke BTS. Adakah benar cakap-cakap orang di luar sana?

Bersambung...

12 comments:

Anonymous said...

Dah kawasan DAP mmg patut pun..siapa suruh pangkah DAP..salah satu strategi nak suramkan kawasan sekitar PUDU Sentral termasuk Petaling Street...padan muka.

Anonymous said...

Anon kat atas tak sekolah, ini bukan masalah DAP/BN ini masalah rakyat. Kalau macam ini cara orang BN jawab selesaikan masalah memang patut rakyat tolak BN. Terima kasih admin kerana menyampaikan kebenaran tentang kelemahan pengurusan UDA Mall.

Anonymous said...

Anom 6.50..peduli apa rakyat kawasan tu yg penting strategi menghapuskan ekonomi kawasan tu..dah berapa kali pilihanraya kawasan tu tetap pilihan DAP..buat apa beri pada orang yg tak suka..selupa juga di Penang apa yg DAP tak buat pada orang bumiputera..aku pun dah benci dok tunggu bas 2 tingkat kat tepi jalan.

Anonymous said...

Lepas ni, penuh le peniaga dari PATI, bangla ,indon myamar, filipina yg kebal penuh dibawah UMNO

Yuseri Yusoff said...

Jangan gaduh-gaduh, kita tanya pegawai UDA Mall dgn SPAD. Rileks..

Anonymous said...

Anom 7.50..org nak pi buat apa dah kt Pudu tu..takdak transport dahhh..bangla pun tak moh..rugi.

shamitoe said...

Ulat tiket kat pudu mmg dh lama dari kudis jadi nanah. Ulat tiket dah jd drh dgg mengulat memeras ugut gangsterism dadah ,ragut, jenayah n arak.periuk nasi mrka jd ulat. Penjara n kompaun rmi ulat dah kena tndkn phk penguatkuasa. Phk uda jg naik taraf pudu utk modenkan dan atasi mslh yg berpunca dr ulat. Pudu sentral jg dah ketinggalan zaman dibina utk pd waktu dl. Skrg sdh ketinggalan zaman 10 tahun kebelakang berbanding tbs. Kesesakan lalulintas mmg berlaku terutama waktu perayaaan. Dari bas yg suka hati parking ambl trn pnmpg kpd teksi2 yg buat salah sama. Dan prebet sapu. Dap dicipta utk burukan kerajaan wlupun kerajaan buat baik. Lihat track rekod mereka. Org yg taktau dan xmenceburi bidang ni kn byk bljr. Bkn hentam keromo.

Anonymous said...

Betul Hisham Abdullah..kebanyakan syarikat bas dah guna bas 2 tingkat..mana boleh masuk Pudu Sentral terpaksa la parking kt luar..ada tempat menunggu selesa pun tak guna kalau penumpang terpaksa menunggu di luar.

dewataraya100 said...

Racun yg disiram kedalam kepala mereka sekarang sudah bertindak balas sebab tu sikit2 salah bn lah salah kerajaan lah. Cakaplah apa pun racun celaka tu lagi kuat kesan nya da

Anonymous said...

macai Barisan Numb(bodoh) detected...

Anonymous said...

masa nak kena pindah baru lah owner kedai muncul...kalau x semua kedai indon yg control....mesti org2 yg marah tu x pernah ke pudu dan x pernah naik bus dpd pudu...datang tgk dulu baru blh komen bro....

Anonymous said...

Baru-baru ini nampaknya Melayu kita telah menunjukkan kematangan dalam politik yang lemah.

Saya berharap dalam masa terdekat, kerajaan yang berintegriti dan bertanggungjawab, tidak mengira bangsa atau agama akan mengambil alih pentadbiran negara.

Ini demi kebaikan orang Melayu, agar mereka akan sedar bahawa lahir sebagai sebuah kaum itu, bukan mandat untuk menjadi pemimpin, tetapi pelaksanaan tanggungjawab itu adalah lebih penting.

Sekiranya orang Melayu ingin memerintah, jagalah kebaikan semua orang di dalam negara, bukan anak emasnya sahaja, sehingga perompak pun dilepaskan. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal