NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, September 27, 2013

Kes Tun Faisal : Pahat Berbunyi & Perlembagaan UMNO Selepas Pindaan 2009


Kes Tun Faisal dibatalkan dari bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO menjadi perhatian ramai pihak.

Saya tidak mahu tulis panjang-panjang, kerana beberapa penjelasan telah saya tinggalkan di laman Facebook. Tapi masih ada yang mahu mengatakan saya gagal memahami serta membaca Perlembagaan UMNO.

Baiklah tuan-tuan pakar Perlembagaan yang sekian ada, saya akui saya bukanlah pakar, saya juga bukanlah lulusan undang-undang tetapi saya masih mampu membaca serta memahami setiap terma yang dinyatakan dalam Perlembagaan UMNO pindaan 2009.

Mari kita baca Perlembagaan UMNO selepas Pindaan 2009 bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) sebagaimana disiarkan di blog Penasihat Undang-Undang UMNO :
"...ahli-ahli UMNO yang ingin menawarkan diri untuk bertanding hanya perlu memenuhi kelayakan minima iaitu untuk ahli-ahli Majlis Tertinggi hendaklah sekurang-kurangnya telah menjadi Ahli MT (MT) atau Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK) selama satu (1) penggal."
Berdasarkan Pelembagaan ini, ia bermaksud jawatan MINIMA untuk bertanding merebut Ahli Majlis Tertinggi UMNO ialah pernah jadi MT atau pernah jadi AJK Bahagian. Ini syarat MINIMA!

Jika MINIMA pernah menjadi AJK Bahagian sudah tentu jawatan MAKSIMA atau lebih tinggi AJK Bahagian automatik layak!

Bro...

Apa yang susah sangat nak faham, isu sekarang bukan soal Tun Faisal. 

Ini bukan soal siapa mempengerusikan pindaan Perlembagaan 2009.

Ini juga bukan soal JK Pemilihan telah mengelilingi Malaysia memberi penerangan.

Tapi soal JK Pemilihan gagal memahami Perlembagaan sehingga membuat tafsiran yang salah.

Bahasa mudah nak faham...

Syarat MINIMA masuk Universiti ialah SPM, apa STPM tak boleh masuk Universiti?

Syarat ketinggian MINIMA untuk menjadi anggota polis ialah 160 cm, apa individu yang memiliki ketinggian 180 cm tak boleh jadi polis?

Bro...

Saya susun sepuluh jari mohon maaf, kerana saya terpaksa membawa pahat melalui 'pintu depan' iaitu  Facebook, Blog, Twitter kerana saya sedar jika saya lalu 'pintu belakang' sudah tentu saya dihalau oleh pengawal keselamatan kerana saya bukan lelaki yang dikenali oleh Abdul Rauf dan Tajol Rosli.

Tidak kenal satu hal, mahu jumpa JK Pemilihan dengan membawa 'pahat' itu satu hal lagi - silap hari saya kena masuk lokap atas tuduhan cuba mencederakan dua JK Pemilihan dengan menggunakan pahat.

Saya tidak serang parti, saya serang individu dalam parti - dua perkara berbeza, jangan ada yang kata aku serang parti dan berikan nama buruk kepada parti!

Arios...!

10 comments:

Anonymous said...

Terbaik dabel Y!

Mcm ini punya berani sebenarya yg kita perlukan! Bukan berani nak menjaga 'kepentingan' perut sendiri sehingga perjuangan parti diabaikan!

Cakap UMNO pembela melayu berdegar2! Tapi yg benar2 cuba membela dicantas! Cuba tanya kak Midah, pasal apa dia tarik diri...


Malang benar menjadi ahli2 kecik dlm UMNO, suara kami bagai enau dlm belukar!

P/S: Dah menang, best nyer dpt jln2 ke San Francisco!

Yuseri Yusoff said...

Terima kasih atas sokongan bro. Jika saya salah tafsir sila tegur. Maaflah kita ni tak cerdik macam pembesar UMNO dlm JK Pemilihan.

Hehehe...

Anonymous said...

Penjelasan yang memang mudah untuk kita fahami. Lagi 3 tahun kita bakal tgk AJK-AJK Bahagian pakat berebut MT sbb mereka layak bertanding MT.

Tun Ali said...

Tuan dabel Y, syabas krn bersikap berani memperjuangkan pendirian anda. klu ramai pemimpin umno berani spt sdra pembangkang takkan berani memperlekeh umno. hanya dlm konteks tafsiran perlembagaan ini sdra tersasar. EXCO Pemuda tidak bleh dianggap jawatan lebih tinggi drpd AJK Bahagian dlm perkara syarat minima layak beranding. Pemuda ialah sayap manakala MKT badan induk. Ketua Pemuda adalah Naib Presiden scara ex-officio/kehormat bkn secara hakiki (dipilih).

Yuseri Yusoff said...

Terima kasih atas komen Tun Ali,

Perlembagaan ini berdasarkan apa yg kita tafsir. Jika Tun Ali mentafsirkan Exco Pemuda tak boleh dianggap lebih tinggi dari AJK Bahagian dlm pertandingan MKT maka tafsirannya ialah AJK Bahagian layak kerana lbh tinggi dari Exco pemuda pusat. Tapi dalam Perlembagaan ia perlu ditafsorkan secara liberal dan terbuka bkn melalui read in a pedantic way.

Yuseri Yusoff said...

Tambahan,

Adakah Tun Ali bermaksud jwtn Exco Pemuda Pusat lebih rendah tarafnya berbanding AJK Bahagian?

Kalau sama taraf saya boleh terima. Maaf sekali lg sy ttp berpegang apa yg sy kata iaitu tujuan Perlembagaan dipinda adalah utk MEMINIMUM atau MEMUDAHKAN spy UMNO dilihat peka dgn perubahan semasa.

Anonymous said...

Ini masaalah nya bodoh sombong tu pasal ko jadi kuli cina kat low yat dulu. Perlembagaan tu betul tapi ko yang tak paham. Mimimum jadi ahli mt atau ajk bahagian. Ceritanya sekarang pernah ke tun faisal jadi ketua pemuda bahagian atau ajk bahagian putrajaya atau mana-mana bahagian dalam malaysia? Jawapannya tentu tak pernah?

Sebagai contoh terbaik. Sohaimi shahadan di terima bertanding mt kenapa? Kerana dia ketua pemuda bahagian. Ingat ketua-ketua sayap di bahagian di kira sebagai ajk bahagian kerana mereka juga jawatankuasa pengurusan umno bahagian. Tun faisal pernah ke duduk dalam jawatankuasa pengurusan bahagian umno putrajaya?

Jawatan exco pemuda pusat tak besar mane pun. Itu sebab syarat nak bertanding exco pemuda tak seketat nak bertanding mt. Dasar umno dan melayu di putuskan dalam mesyuarat mt bukan dalam mesyuarat exco pemuda.

Jadi saranan aku pada tun faisal senang. Bertanding mt pada pemilihan akan datang tp sebelum tu pastikan dia menjadi ajk bahagian dulu pernah jadi exco pemuda bukan merit untuk dia lompat jadi mt atau pun kalau dia tak puas hati dengan perlembagaan umno suruh dia failkan kes tu di mahkamah.

Yuseri Yusoff said...

Nanti kita tengok siapa yang bodoh dan siapa yang silap. kenapa emosi sangat ni...? haha! :)

Aku Pun Tak Faham said...

Saya beri contoh mudah untuk difahami jika rajin membaca sila ke blog saya

hanizam said...

Bro saya petik ayat bro kat atas tu:

"Berdasarkan Pelembagaan ini, ia bermaksud jawatan MINIMA untuk bertanding merebut Ahli Majlis Tertinggi UMNO ialah pernah jadi MT atau pernah jadi AJK Bahagian. Ini syarat MINIMA!

Jika MINIMA pernah menjadi AJK Bahagian sudah tentu jawatan MAKSIMA atau lebih tinggi AJK Bahagian automatik layak!"

Bro sendiri tulis jawatan MINIMA ialah pernah jadi. Maknanya memang kena jadi dulu tak boleh skip punya. Kalau yang paling kurang pun tak pernah jadi, kena patah balik bagi jadi dulu bro. Baru boleh masuk cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...