NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, July 2, 2012

Eksklusif #SaveKelantan : Kedaifan Rakyat Kelate Di Bawah Regim Nik Aziz Nik Mat #MBMalas - Siri 1



Kg. Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan pesisir pantai Sabak yang terletak di bawah DUN Chempaka dan diwakili oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz Bin Nik Mat dan jarak perkampungan ini dari rumah Menteri Besar Kelantan sekitar 10 kilometer sahaja.

Bila kita mengatakan Menteri Besar merupakan wakil rakyat kawasan tersebut, semestinya kita menganggap rakyat yang berada di DUN yang diwakili oleh Menteri Besar sendiri akan terjaga segala kemudahan serta kebajikan mereka.


Tetapi sebaliknya berlaku di Kg. Pulau Gajah, kerana walaupun wakil rakyat mereka berjawatan Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun segala kemudahan serta kebajikan mereka nampaknya masih tidak terbela.

Tiga hari lepas saya dan blogger 1peluru berkesempatan menziarahi beberapa penduduk Kg. Pulau Gajah bersama beberapa rakan dari Kelantan Cyber Warriors (KCW) iaitu Gelombangkick, AOK, Persada Pasir Mas, dan Perigi Timur bagi meninjau sendiri kedaifan penduduk di perkampungan tersebut.

Sebaik sahaja tiba di perkampungan tersebut, saya amat terkejut serta tidak menyangka masih ada rakyat Kelantan yang miskin dan daif walaupun kita telah memasuki tahun 2012.

Malah yang membuatkan saya lebih terkejut apabila melihat 20 buah rumah yang lain turut berada dalam keadaan yang sama serta dipenuhi sampah-sarap.


Saya cuba berbual bersama seorang wanita bersama anak kecil yang kebetulan berada di hadapan pintu rumah miliknya. Menurut Kak Yam beliau seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak yang berusia 3 dan 15 tahun.

Saya turut meminta izin untuk meninjau keadaan dalaman rumah milik Kak Yam yang menjadi tempat beliau berteduh bersama dua anaknya. Sebaik sahaja memijak kaki di dalam rumah tersebut, saya terkesima dan tertanya-tanya bagaimana beliau boleh hidup dalam rumah yang daif begini?

Malah ianya sama sekali tidak selamat bagi dua orang kanak-kanak. Lebih-lebih lagi ketiadaan pintu tandas rumah tersebut dan membolehkan sesiapa sahaja memasuki rumahnya berkenaan.



Menurut Kak Yam sejak menetap di rumah usang hampir 20 tahun , tiada kelibat Nik Aziz Bin Nik Mat iaitu wakil rakyat ADUN Chempaka merangkap Menteri Besar Kelantan datang menjenguk atau menghulurkan bantuan kepada beliau serta dua anaknya.

Sebaliknya beliau hanya bergantung hidup dengan bantuan sebanyak RM200 sebulan yang diberikan oleh penghulu yang dilantik oleh BN.  Selain itu Kak Yam juga turut memaklumkan kepada saya bahawa dirinya baru sahaja menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi wang tersebut habis dibelanjakan untuk membayar bil elektrik serta air yang tertunggak bertahun lamanya.

Mendengar keperitan yang dialami saya bertanyakan sama ada beliau merupakan seorang warganegara atau tidak. Soalan tersebut saya ajukan bagi memastikan sama ada Kak Yam adalah warganegara Malaysia dan juga rakyat Kelantan.

Kerana terdapat kes warga selatan Thailand menetap di Kelantan serta hidup berkeluarga. Mendengar soalan yang saya ajukan, Kak Yam terus bangkit menuju ke ruang bilik rumah tersebut lalu menghulurkan kepada saya mykad yang memaparkan butir-butir peribadi dirinya.
Setelah diperiksa, hasilnya saya dapati Kak Yam atau nama sebenarnya Mariam Binti Mat Deris merupakan pengundi berdaftar bagi Parlimen Pengkalan Chepa dan Dun Chempaka.
Malah Kak Yam sendiri turut mengakui bahawa undi beliau sebelum ini hanyalah untuk 'Tok Guru'. Tetapi malangnya kesetiaan Mariam Binti Mat Deris dalam mengundi Nik Aziz Bin Nik Mat telah membuatkan nasibnya tidak terbela oleh wakil rakyat yang dipilihnya sendiri.

Pemimpin PAS dan anak beranak mereka seronok tinggal dalam rumah yang selesa...

Beza Rumah Tok Guru & Rumah Menantu Kesayangan Tok Guru dengan Rumah Rakyat DUN Chempaka


Ibu tunggal bersama anak kecil yang juga rakyat Kelantan pula mereka biarkan berhujan dan berpanas di dalam ruang rumah yang usang? Agaknya inilah 'Kerajaan Kebajikan' yang mereka laungan, iaitu hanya kebajikan mereka dan anak beranak sahaja dijaga tetapi rakyat dan pengundinya sendiri dibiarkan terus merempat!

Untuk rekod kisah keperitan rakyat Kelantan di Kg. Pulau Gajah pernah dipaparkan dan disiarkan oleh media sebelum ini. Tetapi ianya masih belum cukup untuk membuka mata pemerintahan regim Nik Aziz Bin Nik Mat.


Bersambung...


YY : Nantikan rakaman video dari KCW Crew. Mati esok2 Nik Aziz kena jawab ke dok ni biar rakyat dia merempat?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal