Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Saya tertarik dengan gambar dan ulasan ringkas dari facebook, lalu saya posting di sini sebagai tatapan kita sebelum tiba masa untuk berbuka nanti. Tulisan dari saudara Putera ringkas tapi bagi saya isinya padat untuk membuka mata orang PAS :
"Gambar Yang Boleh Buat PAS Jadi Sasau.
Selama ini PAS amat berbulu dengan akhbar Utusan.
Macam-macam gelaran yang diberi kepada akhbar Utusan oleh penyokong PAS. Antaranya adalah penyebar fitnah dan Utusex.
Malah ada pemimpin PAS yang sanggup mengharamkan baca Utusan.
Teruk sangat ke Utusan ni? Kalau teruk, kenapa imam Mekah sanggup mengimami jemaah di sini.
Imam Mekah tu bro. Bukan tahap wali selipar tapi tahap imam yang dihormati seluruh dunia Islam.
Makin sasau la PAS lepas ni. hehehehe....
-Putera-
Terima kasih Utusan Malaysia dan Lukman Ismail yang sudi menyiarkan pendapat saya di dalam Utusan Malaysia keluaran semalam :
Satu Pemuda, Satu Utusan!!!
YY : Oppss.. maaf Imam Masjidil Haram taknak solat di pejabat Harakah.... hahahaha selamat berbuka....kikikiki..
Dah lama tak menulis, hari ini sempat belek-belek portal Malaysiakini yang selalu memusing setiap isu supaya ianya memihak kepada PR.
Dalam membaca beberapa isu yang hangat diperkatakan, terbaca kenyataan Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang tempoh hari dikhabarkan takut untuk meletakkan diri sebagai calon di Kerdau kerana dah tahu akan kalah. Kah Kah Kah!
Kali ini Tuan Ibrahim Tuan Man, mendesak pihak berkuasa untuk bertindak ke atas dakwaan yang dibuat dua blogger baru-baru ini berhubung Kristian agama rasmi di Malaysia.
Asas yang dikemukakan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man adalah maklumat dua bloggers terbabit berdasarkan satu gambar kabur. Betul kata Tuan Ibrahim bahawa laporan itu tidak logik kerana hendak menggubal sebarang dasar hendaklah mendapat majoriti ahli parlimen.
Jadi tidak mungkin PAS dengan PKR akan bersetuju jika DAP hendak gubalkan Kristian sebagai agama rasmi. Kan... Kan.. Kan..
Tapi Bro Tuan Ibrahim, saya sebagai rakyat Malaysia sebenarnya tak yakin bahawa PAS atau PKR mampu menghalang DAP untuk meneruskan sebarang agenda, kerana dalam Perlembagaan PAS sendiri tidak menyebut agenda untuk menubuhkan negara Islam. Ini bukan saya kata, si Nizar Lambai yang kata mungkin Bro Tuan Ibrahim lupa jadi saya tepek video satu :
Kalau orang PAS sendiri yang kata bahawa, tiada sebarang penubuhan negara Islam. Perlukah saya yakin bahawa PAS tidak akan turut telunjuk DAP jika DAP hendak jadikan Kristian agama rasmi Malaysia?
Itu satu hal, wahai Bro Tuan Ibrahim bagaimana pula kalau dakwaan yang dibuat oleh dua bloggers ini adalah benar? Adakah PAS tetap berdiam diri tanpa menyatakan sebarang pendirian terhadap gerakan yang cuba digerakkan oleh MP DAP terbabit?
Yang mana lebih bagus wahai Bro Tuan Ibrahim, kita biarkan polis siasat dan jika dakwaan itu tidak benar. Bloggers terbabit dakwa sahaja di bawah Akta Hasutan (walaupun akta ini kerap diminta dimansuhkan oleh PR).
Itu satu isu, isu kedua Bro Tuan Ibrahim minta KDN tarik balik permit Utusan kononnya laporan akhbar terbabit melampau? Akhbar cina bagaimana pula wahai Bro Tuan Ibrahim? Ada baca akhbar cina tak?
Bro Tuan Ibrahim, akhbar Utusan Melayu tidak melampau dalam melaporkan beritanya, kerana setakat ini tiada lagi Utusan menarik balik artikel walaupun kerap disaman berjuta-juta.
Berbeza dengan Harakah yang tarik balik artikel selepas ianya dibaca oleh beribu pembaca di Malaysia. Jadi di antara Utusan dengan Harakah kredibiliti Utusan jauh lebih tinggi daripada Harakah tahu tak? Saya sendiri pernah tulis pasal kredibiliti Harakah di SINI
Jadi usahlah meroyan supaya permit Utusan ditarik balik, sepatutnya kamu bersyukur kerana Harakah yang mempunyai permit terhad yang sepatutnya diedarkan kepada ahli sekarang ini dilihat dijual berleluasa tanpa sebarang tindakan.
Double Y :Kalau dakwaan bloggers benar, Bro Tuan Ibrahim masuk UMNO mau? Polis siasat pun belum habis usah banyak cakaplah!
Baca apa yang ditulis oleh Ahli Parlimen Titiwangsa iaitu Dr.Lo`lo. Beliau menulis bahawa TG Nik Aziz akan meminta semua pengikut PAS supaya tidak membeli Utusan Malaysia.
Gesaan ini mesti dipatuhi oleh orang PAS kerana TG Nik Aziz itu adalah Mursyidul Am PAS. Jadi selepas ini Utusan Malaysia ini tidak sesekali boleh dibeli atau dibaca oleh orang PAS. Kerana ini mungkin boleh menimbulkan kemarahan dari Nik Aziz.
Apa kata, KDN tarik balik lesen Suara Keldaian yang terang-terang fitnah Dr.Zambry sebagai pengganas? Apa kata kita hadkan sahaja Harakah kah kah daily hanya boleh dijual di markas PAS sahaja?
Adakah ini juga merupakan satu 'fatwa' baru daripada Ularmak PAS? Dulu kita pernah dengar solat kita tidak sah kalau imam itu orang UMNO. HARAM makan sembelihan orang UMNO.?
Sekarang sudah keluar 'fatwa' baru pula tidak boleh beli dan baca Utusan Malaysia? Bakpo gak berat benar Tok Guru loni???
Lagi Anak Muda Keliru (AMK) mengeluarkan kenyataan bodoh dan bebal kepada khalayak umum. Semalam saya difahamkan bahawa Naib Ketua Anak Muda Keliru (AMK) Azmizam Zaman Huri ingin menggesa supaya kerajaan negeri Selangor mengharamkan penjualan akhbar Utusan Malaysia di Selangor.
Kalau boleh Naib Ketua AMK ini menggesa semua negeri pimpinan Pakatan Haram juga melakukan tindakan yang sama. Semalam juga saya difahamkan sebanyak 35 laporan polis dibuat terhadap Utusan Malaysia kerana dikatakan Utusan Malaysia telah memburukkan reputasi Raja Pasir si Shuhaimi Shafiei.
Nampaknya mereka lansung tidak memperjuangkan kebebasan media sebagaimana digembar-gemburkan kononnya merekalah pihak yang mengamalkan demokrasi sebenar.
Hoi tolol! Kalau semua akhbar yang tidak memihak kepada kamu, semuanya kamu nak haramkan, wajarkah saya menggesa kerajaan mengharamkan HarakahDaily, Suara Keadilan, Rocket dan akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya? Semakin hari semakin terserlah kebodohan totok-totok PKR.
"AMK desak MB haramkan jualan Utusan di Selangor
SHAH ALAM – Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azmizam Zaman Huri mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengharamkan penjualan Utusan Malaysia di Selangor jika media itu terus-menerus memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, bukan sahaja di Selangor, beliau turut mendesak agar penjualan akhbar itu diharamkan di semua negeri di bawah pentadbiran PR.
“Saya mendesak Utusan Malaysia agar memohon maaf kepada pimpinan PR terutama sekali Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei di atas kelantangan mereka (Utusan) dan berniat menjatuhkan reputasi beliau.
“Sebanyak 35 laporan polis telah dibuat hari ini (semalam) dan laporan tanpa henti akan diteruskan di seluruh daerah di Selangor,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, kenyataan akhbar itu tidak benar, berniat jahat dan memfitnah Shuhaimi dengan cara memalukan iaitu menuduh beliau (Shuhaimi) sebagai penderhaka Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah, mempertikaikan kuasa Sultan dan berniat menghasut rakyat melancarkan perang terhadap Raja-Raja Melayu.
Azmizam berkata, beliau mendesak polis menjalankan siasatan secara telus di bawah Seksyen 499, Kanun Keseksaan terhadap wartawan dan editor akhbar tersebut."