Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Pada awalnya sumpah laknat Eskay ini dibatalkan oleh pihak pengurusan masjid akibat kekecohan yang dicetuskan oleh AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar atau nama sebenar belaiau 'sam kementot'.
Berapa agaknya upah untuk memegang sepanduk ini?
Pemuda-pemuda AMK ini bertindak mencetuskan kekacauan serta memaki hamun Trio Dato T tanpa mempedulikan kesucian masjid. Malah ada yang melakukan cabaran supaya Eskay bersumpah bahawa beliau tidak pernah berzina.
Rozan AMK meroyan.. Memalukan anak muda lu bro..!
Cabaran ini agak bodoh bunyinya, adakah ini bermakna AMK menghalalkan zina yang dilakukan oleh Bro Anwar Ibrahim? Ini bermakna AMK tidak kisah dengan aktiviti seks yang diamalkan oleh Bro Anwar Ibrahim?
Risalah yang disebarkan sekitar masjid..
Malah mereka juga bertindak menghalau serta memaki-hamun para wartawan yang datang membuat liputan. Saya sendiri pun ditolak oleh seorang pemuda yang dilihat begitu taksub kepada Bro Anwar Ibrahim.
Antara laskar AMK yang tunjuk gedeber dalam masjid..
Ini budak-budak AMK bersumpah mewakili Anwar sebelum Eskay tiba.. Kahkahkah.. Bro Anwar hantar wakil untuk bersumpah bagi dirinya?
Namun lebih kurang jam 3.30 petang saya dimaklumkan bahawa Trio Dato T tiba dengan memakai jaket kalis peluru dikatakan tetap akan melakukan sumpah laknat di lokasi yang sama walaupun dihalang oleh pihak AMK kerana mereka ingin menyatakan bahawa mereka di pihak yang benar.
Mamat ini terpekik terlolong memaki hamun dalam masjid.. Ajaran siapa?
Hari ini AMK memperlihatkan kebodohan yang amat ketara, apabila AMK meroyan bertindak menghalang sumpah laknat Trio Dato T, ini bermakna PKR takut untuk berdepan dengan kebenaran. Rakyat Malaysia bukalah mata!!
Jangan lupa ikuti juga laporan di portal http://www.politikharian.com
Gambar ehsan editor politikharian.com : Bro Jinggo.
Double Y : Sam kontot.. lu jeling gua lain macam apahal bro.. lain kali datang la sapa.. hehehehe
Terkini dari Masjid Bandar Baru Sentul. Sumpah laknat yang bakal dibuat oleh Dato Eskay dibatalkan oleh pihak pengurusan masjid kerana kekecohan yang dicetuskan oleh pemuda PKR.
Pemuda PKR bertindak merampas microfon dan menjerit, memaki-hamun tanpa sedikit pun menghormati kesucian masjid.
PKR takut dengan kebenaran? Kenapa bertindak menghalau orang yang ingin melakukan sumpah laknat?
Boss korang takut bersumpah nak halang orang kenapa?
Memang panas!!
Edit at : 17:32 ( silap eja laknat, ada ustazah 'google' tegur' )
Saya sekarang berada di Masjid Bandar Baru Sentul untuk mengikuti sumpah laknak yang bakal dibuat oleh Dato Eskay untuk membuktikan bahawa dirinya berada di pihak yang benar.
Namun sehingga ke saat ini, Dato Eskay tidak dapat melakukan sumpah kerana diganggu oleh pemuda-pemuda yang menimbulkan kekecohan yang terdiri daripada pemuda PAS dan PKR.
Laporan penuh menyusul..
Double Y : dalam masjid pun bikin kecoh puak ni...