NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label ADUN TENANG. Show all posts
Showing posts with label ADUN TENANG. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Bila Orang Politik Kemaruk Dengan PRK, Kematian Menjadi Mainan..?

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama bersedekah Al-Fatihah buat ADUN Tenang Dato Sulaiman Taha, yang telah pergi meninggalkan kita semalam pada jam 1.10 pagi. Semoga roh Allahyarham Dato Sulaiman ditempat di kalangan orang-orang yang soleh.

Namun saya agak terkilan dengan sikap sesetengah manusia yang 'gila' politik. Untuk pengetahuan pembaca, berita mengenai kematian Allahyarham tersebar pada jam 10.11 malam lagi dan orang pertama yang begitu biadap menyebarkan berita ini adalah Shamsul Iskandar di laman twitternya. Walhal pada waktu itu Allahyarham masih lagi bernafas walaupun menggunakan alat bantuan pernafasan.Sebagai bukti saya sertakan apa yang beliau tulis di laman twitternya dan saudara pembaca boleh melihat waktu beliau menulis berita ini.


Tanpa menyelidik beliau bertindak menghebahkan berita bahawa Adun Tenang meninggal pada jam 10.11 malam. Tidakkah beliau fikir apa perasaan keluarga Allahyarham? Kemaruk sangatkah beliau dengan kematian ahli politik? Seronok sangatkah bila melihat ahli politik meninggal?

Mereka ini seronok sebab, bila ada sahaja Adun yang meninggal maka kita akan hadapi Pilihanraya Kecil. Di sini mereka jadikan medan untuk menunjukkan kepada rakyat parti mana yang kuat, parti mana yang lemah, parti mana yang mendapat sokongan rakyat dan parti mana pula yang ditolak rakyat.

Di sebabkan berita palsu yang dihebahkan oleh Shamsul Kemetot, blogger kita bertindak pergi sendiri ke Hospital Ampang Puteri untuk mendapatkan berita yang sahih. Dan perkara yang sebenar adalah pada waktu itu Allahyarham masih lagi hidup dan bernafas walaupun menggunakan alat bantuan pernafasan.

Usahlah kita cuba menjadi 'radio buruk' atau cuba jadi juara untuk menyebarkan berita, adalah lebih wajar sekiranya berita yang disampaikan kepada kita diselidik terlebih dahulu sebelum bertindak menghebahkan kepada orang ramai.

Kalau kemaruk PRK sekalipun, fikirlah sedikit perasaan keluarga serta waris-waris si mati. Mereka tengah berhadapan dengan peristiwa yang menyedihkan, kita pula seolah-olah gembira kerana kerana akan ada PRK baru.

Akhir kalam, sekali lagi saya menyeru rakan-rakan pembaca bersama menyedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Dato Sulaiman Taha, dan ucapan takziah saya kirimkan kepada semua ahli serta waris keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah....... Amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal