NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label pemuda putrajaya. Show all posts
Showing posts with label pemuda putrajaya. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

Menjawab Troll Foto Trio Blogger Anti @TengkuAdnanReal


Nothing personal...

Sekadar menjawab artikel dari rakan blogger APA terhadap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor. 

Saya tidak terkejut apabila blogger APA yang memberi respon terhadap artikel yang disiarkan dua hari lepas berhubung teguran saya terhadap rakan blogger yang juga ahli pemuda UMNO Putrajaya. Namun agak kelakar apabila membaca bahagian yang berbunyi 
"anak buah tak puas hati panggil mengadap, tanya ada masalah apa. Bukan upah blogger suruh balun balik. Lu simpan lu punya kaya"
Hahaha...

Nak kata gila, semua orang tahu blogger APA memang declare dia sebagai blogger 'gila'. Cuma saya terpaksa perbetulkan dua tuduhan APA terhadap Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang dikatakan mengupah blogger (gua la tu kan, siapa lagi haha!)

Pertama - anak buah yang dikatakan tidak berpuas hati dengan Ku Nan tidak pernah menggunakan saluran yang betul sebagai ahli parti untuk menegur pemimpin di bahagian. 

Malah beberapa rakan pemuda bahagian Putrajaya pernah berhubung dengan blogger tersebut bagi bertanyakan punca kenapa beliau bertindak melemparkan tuduhan tanpa usul periksa. Tetapi blogger tersebut bukan sahaja tidak menyatakan punca masalah sebaliknya melakukan provokasi seperti di bawah :



Jadi tidak timbul isu kononnya Ku Nan tidak menerima teguran atau tidak mahu berjumpa dengan individu tersebut.

Kedua - Datuk Tengku Adnan tidak pernah mengupah atau mengarahkan saya menyerang mana-mana rakan blogger. Saya sekadar menegur tindakan blogger yang digelar 'kaduk naik junjung' di Putrajaya atas prinsip saya ahli pemuda Putrajaya.

Jadi kalau blogger APA turut berhajat masuk gelanggang, kecil skrin desktop - Dataran Putrajaya saya tadahkan.

Code Name : Trio Blogger Anti Ku Nan...

Hahaha...

Arios...!


Sunday, May 4, 2014

Ku Nan Bermasalah atau Ada Blogger di Putrajaya Sudah Naik Junjung...?



Kebelakangan ini saya perhatikan ada beberapa rakan blogger yang juga ahli pemuda Putrajaya begitu kerap menghentam Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Walhal jika diperhatikan, perkara yang ditimbulkan dan diperbesarkan bukanlah satu isu besar di kalangan ahli UMNO Putrajaya.

Difahamkan kebanyakkan ahli pemuda di bahagian Putrajaya tidak selesa dengan tindakan blogger berkenaan. 

Malah ada yang menyifatkan blogger tersebut seperti 'kaduk naik junjung', itu bukan saya kata, tetapi rakan-rakan dalam pemuda di Putrajaya.

Perkara ini bermula ketika perletakkan jawatan seorang Ketua Cawangan kerana tidak berpuas hati mengenai perlantikkan Pengerusi Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MBKB).


Lol...

Ingatkan besar masalah yang berlaku...

Tak puas hati perlantikkan Pengerusi MBKB rupanya, hahaha...

Tetapi saya tahu, isu perletakkan jawatan Ketua Cawangan sekadar 'trigger' untuk rakan blogger tersebut menyerang Ku Nan. 

Sebab itu jika diteliti apa saja kata-kata Ku Nan dipusing sebaik mungkin bagi memburukkan Ku Nan contohnya seperti kata-kata mengenai penerima BR1M diperbesarkan konon tidak mahu ia dijadikan bola tanggung oleh PR.


Hahaha...

Baik punya spin, menurut blogger tersebut Ku Nan menuduh penerima BR1M menggunakan wang bantuan untuk berjudi di kafe siber. Maksudnya Ku Nan membuat tuduhan ke atas penerima BR1M dan bagi dirinya tuduhan tersebut tidak berasas.

Benarkah Ku Nan menuduh penerima BR1M atau blogger tersebut sengaja memutar belit kenyataan Ku Nan sehingga membuatkan dia terbelit dengan kenyataan sendiri?

Kita baca kenyataan Ku Nan ;
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau kesal ramai penerima menggunakan bantuan itu untuk tujuan salah termasuk berjudi. 
“Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian). 
“Kompleks beli belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut,”
Penjelasan kata-kata Ku Nan ialah, beliau kesal kerana ramai penerima BR1M menggunakan bantuan tersebut untuk perkara yang salah termasuk berjudi.

KESAL, KESAL, KESAL...

Kesal, sedih, frust, kecewa sebab ada yang salah guna bantuan BR1M untuk perkara yang bukan-bukan itu bahasa mudah faham.

Ia bukan satu tuduhan, soalan saya adakah blogger berkenaan faham apa Ku Nan kata. Justeru tidak timbul cerita Ku Nan menuduh penerima BR1M sebaliknya blogger tersebut menuduh Ku Nan.

Terbukti ia bukan satu teguran kepada pemimpin, sebaliknya satu tindakan terdesak persis pembangkang kerana sengaja memutar belit kenyataan pemimpin UMNO di bahagian yang dianggotainya sendiri.

Jadi memang betul kata-kata rakan-rakan pemuda bahawa blogger tersebut melakukan serangan secara MEMBABI-BUTA.

Main sondol jer...

Hahaha...

Bagi saya tiada salah menegur seorang pemimpin, tetapi tegur dengan cara berhemah dan jangan 'over spin' kenyataan pemimpin sendiri serta melakukan sindiran berbentuk provokasi terhadap rakan-rakan pemuda yang prihatin bertanyakan punca serangan ke atas Ku Nan.


Akhir sekali jangan ambil hati, dan jangan melompat dengan teguran ini kerana ia suara kalangan ahli pemuda UMNO Putrajaya sendiri.

Arios...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal