NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Puteri. Show all posts
Showing posts with label Puteri. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Pertandingan Naib Ketua Puteri Sengit @NazliahAli Mampu Ubah Imej 'Gedik' Puteri UMNO #Nazliah4NKPUM


Tadaa...

Mana sah Pemilihan Agung UMNO jika kita tidak mengintai apa yang berlaku di dalam satu lagi sayap UMNO iaitu Pergerakan Puteri.

Gempal, gebu dan gedik...

Itulah label yang diberikan oleh sesetengah pihak kepada anggota Pergerakan Puteri UMNO, malah perkara ini pernah dibangkitkan oleh salah seorang perwakilan puteri dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini. Tetapi keadaan fizikal yang gemuk, gempal atau gebu bukanlah masalah yang menjejaskan sayap Puteri.

Sebaliknya tanggapan Puteri UMNO itu terdiri daripada mereka yang 'gedik' merupakan masalah yang perlu difokuskan oleh calon yang bakal mengisi jawatan nombor satu dan nombor dua dalam pergerakan tersebut.

Bagi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia di mana tiga calon yang menawarkan diri, saya merasakan Nazliah Ali wajar dipilih serta diberikan peluang untuk mengisi jawatan Naib Ketua Puteri.

Ini kerana latar belakang Nazliah Ali yang bertugas sebagai Pengurus Syarikat Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) iaitu sebuah pusat mengaji Al-Quran mampu mengubah persepsi dan tanggapan negatif kononnya Puteri UMNO terdiri daripada mereka yang gedik-gedik.

Nazliah Ali Ketua Puteri Tawau menyerahkan cenderahati kepada ADUN Titingan
Cik kak...

Budak-budak perempuan sekarang tak suka you gedik, you seksi, you rambut merah, gincu menyala sehingga berbatu-batu dapat dilihat. Sebaliknya mereka senang mendekati individu yang dilihat berpewatakkan muslimah. Mereka lebih suka hadir ke program yang diisi dengan ilmu-ilmu agama bukan tarian poco-poco.

Percayalah cakap saya cik kak, buktinya tengok sajalah bagaimana sambutan anak muda golongan wanita ini terhadap program Malam Cinta Rasul dulu.


Selain itu Nazliah Ali juga dilihat mampu menarik minat golongan muda untuk menyokong parti menjelang PRU14 berdasarkan pengalamannya dalam penyelidikan gerak saraf dalam bidang sosiopolitik dan agama serta bertanggungjawab menyusun strategi dan perancangan serta menyediakan pelan tindakan untuk Pilihanraya 2008 bagi peringkat Parlimen Tawau.

Cik Kak oii...

Jangan lupa no.03



Arios...!

Thursday, December 15, 2011

Al- Kisah Politik Puteri UMNO - 'Skandal' Dengan Bekas MB Kedah....

Fitnah yang tersebar sekitar tahun 2008
Shahanim Mohd Yusuf kini menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, ketika perhimpunan Agung UMNO tempoh hari blogger UMB Keris7Lok tidak melepaskan peluang mendekati mana-mana pemimpin yang lalu di hadapannya.

Kerana obses nak 'terjah' orang, pernah sekali kakak masak tomyam warganegara Thai cuba 'diterjah' dengan soalan mengenai politik tanahair. Apa punya 'gila' entah, apa pun siri 'Tikaman K7L' yang diilhamkan beliau satu inisiatif yang agak unik. Jadi 3 bintang untuk lu bro...

Shahanim Mohd Yusuf merupakan individu pertama yang 'diterjah' oleh blogger UMB yang diwakili oleh K7L, saya dapat menjangkakan bahawa K7L mesti 'terjah' isu panas yang pernah dikaitkan dengan Shahanim Mohd Yusuf sekitar tahun 2008.

Pada tahun 2008 banyak fitnah tersebar di laman internet kononnya Shahanim Mohd Yusuf mempunyai hubungan sulit dengan Menteri Besar Kedah ketika itu iaitu DS Mahadzir Khalid. Pelbagai gambar, video dikeluarkan oleh penulis yang tidak dikenalpasti identiti mereka.

Salah satunya boleh dicapai melalui laman ini - Skandal Menteri Besar Kedah

Hampir 3 tahun berlalu, akhirnya dapat jua kita mendengar jawapan dari tuan punya badan sendiri iaitu Shahanim Mohd Yusuf tentang fitnah yang melanda dirinya 3 tahun yang lalu.



Imbas memori 2008 mengenai fitnah ke atas Shahanim Mohd Yusuf dengan menonton video yang dimuat-naik oleh blogger PAS Greenboc :



YY : Lebih percaya kata tuan punya badan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal