NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Perlembagaan. Show all posts
Showing posts with label Perlembagaan. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Human Rights Party Pula Pertikai Perkara 153?

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/18/article-153-blamed-for-institutionalising-racism/

Semakin ramai pihak yang berani mempertikai serta mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, kita tidak boleh hendak salahkan mereka jika Perkara 153 ini turut dipersoalkan oleh orang Melayu sendiri.

Ruang untuk kaum bukan Melayu mempersoalkan Perkara 153 yang menjadi asas kepada pembentukkan negara ini dibuka oleh orang Melayu sendiri iaitu Nurul Izzah.

Perkara 153 tidak sepatutnya dipersoalkan oleh sesiapa sahaja rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dipersoalkan oleh kaum Melayu sendiri.

Tapi demi undi, demi sokongan Nurul Izzah bertindak mempersoalkan Perkara 153 yang mana tindakan tersebut telah memberi ruang kepada bukan Melayu untuk lebih berani mempersoalkan perkara yang sama.

Melihat keghairahan mereka yang mempersoalkan Perkara 153, mengukuhkan lagi dakwaan sesetengah pihak sebelum ini bahawa ada pihak bukan Melayu kini sedang giat berusaha untuk menghapuskan Perkara 153.

Sebelum ini pada 25 November 1999  Guan Eng ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP berjanji akan MENGHAPUSKAN HAK-HAK ORANG MELAYU dengan mengeluarkan kenyataan : 
"Kami masih berpegang dengan pendirian , menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil".
Dan semalam N.Ganesan dari Human Rights Party pula cuba mempertikaikan perkara yang sama. Perlembagaan Persekutuan adalah kontrak sosial di antara kaum,walaupun orang Melayu ada kedudukan istimewa dalam Perlembagaan, tiada mana-mana kaum yang teraniaya atau rugi sejak negara kita merdeka.

Kenyataan N.Ganesan semalam dilihat terlalu rasis serta berniat jahat dengan mengatakan :
“There are two education systems whereby in one, a (particular) race is given all the facilities to study whereas in the other, the non-Malays have to find their own way”
Hoii gila...

Zaman British dulu benarlah sekolah SJK ditanggung dan dibiayai sepenuhnya oleh kaum itu sendiri, tetapi selepas itu ianya diambil oleh Kementerian Pelajaran dan dikira sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan.

Bila masa pula kaum bukan Melayu terpaksa mencari jalan sendiri dan tidak diberikan kemudahan sepenuhnya dalam sistem pendidikan negara?

Gaji-gaji guru di SJK pun dibayar sepenuhnya oleh kerajaan, tak mustahil pada 2008 sahaja sebanyak RM1.8 billion diperuntukkan untuk gaji guru di SJK sahaja.

Itu belum dikira ditambah dengan segala peruntukkan serta kemudahan yang lain untuk SJK yang ada di seluruh Malaysia.

Bila kerajaan mahu buat sekolah satu aliran, puak kamu juga yang tolak serta pertikaikan. Walhal ianya bertujuan mewujudkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Sukarkah mereka ini menghormati kontrak sosial yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana ianya merupakan satu ikatan sosial antara kaum dan ia tidak boleh dipersoalkan rakyat negara ini terutama dalam perjuangan politik?

Jika beginilah gayanya, tak mustahil andai kata mereka mendapat majoriti 2/3 - sudah tentu perkara pertama yang akan dilakukan adalah mengubah Perlembagaan Persekutuan.

Ingat balik apa kata Prof. Emeritus Tan Sri Koo Kay Kim tahun lepas :
"Seluruh masyarakat perlu patuh Perlembagaan tersebut dan perlu menghayati segala aspek mengenai kontrak sosial supaya keamanan negara terus terjamin. Jangan jadikan perkara tersebut sebagai modal untuk kepentingan peribadi. Kita perlu fikir kesejahteraan dan sensiviti semua kaum." 
Kadang-kadang melihat keberanian bukan Melayu yang pertikai kontrak sosial ini, perkara pertama bermain di fikiran saya adalah...

Alangkah bagusnya jika I.S.A tidak dimansuhkan...

Monday, October 31, 2011

Tanah Melayu - Ketuanan Cina?



Ironis sekali melihat perjuangan bangsa kita Melayu. Bangkit dengan keris panjang - melaungkan perjuangan membela bangsa , mendesak hak - hak dan menjerit menuntut keistimewaan. 

Siapa yang sebenarnya pejuang, siapa yang sebenarnya berani mahu mengatakan kebenaran - siapa pula sebenarnya menjadi lawan dan saingan kita tidak pula diperjelaskan dalam kita meniupkan semangat kebangkitan Melayu.

Ini bukan satu artikel yang mahu meniupkan semarak api perkauman tetapi adalah penting untuk kita mengenalpasti siapa yang sebenarnya menjadi lawan dan saingan kepada Melayu. 

Sekiranya artikel ini berbau perkauman maka seakan pasti penulis akan berdepan dengan penahanan - di penjarakan oleh kerajaan Melayu sendiri terhadap seorang Melayu yang hanya mahu mengupas kemelut Melayu seperti yang dikatakan oleh Pemuda UMNO Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2005.

Atas alasan ini kita diharuskan berbicara di antara garis - garis barisan ayat , berusaha menceritakan realiti sebenar kedudukan Melayu, dalam kelambu - berbisik kerana tidak mahu tertakluk menyalahi apa - apa peruntukan perundangan yang terkandung dibawah Akta Hasutan. 

Akhirnya penjelasan kita kepada bangsa kita mengelirukan, kita akhirnya kembali membohongi diri kita sendiri.

Bukankah pelik bila kita melaung-laungkan slogan Melayu kita dalam bahaya, bangsa kita tersisih ke tepi, bangsa kita mundur, bangsa kita dikhianati, bangsa kita ketinggalan di tanah sendiri tetapi kita tidak berani mengatakan secara jujur dengan siapa kita berlawan - dengan siapa kita bersaing - siapakah yang mencabuli hak kita - siapakah yang mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu - siapa yang mencemar daulah Islamiah - mencabar peruntukan perlembagaan dan undang - undang syariah dan siapa yang sedang menjadi tuan dan siapa menjadi hamba di negara ini.


Apakah kita masih segan , kita masih malu atau kita takut mengatakan kedudukan sebenar kita dalam negara ini? Apakah kita tidak berani berdepan dengan realiti bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu dalam ertikata sebenarnya - bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi milik majoriti orang - orang Melayu dalam apa bidang sekali pun? 

Terkejutkah kita bila kita menyebut realiti dan hakikat ketuanan Cina semakin berkembang - ketuanan Melayu masih terkongkong dengan keris panjang yang akan di balut setelah gagah berbicara pada sidang - sidang media dan dewan - dewan tertutup.

Tidak ! Kita tidak boleh menyebut ketuanan Cina - ini provokasi namanya. Kita tidak boleh berbicara bahawa perjuangan kita adalah untuk menuntut hak yang telah tergadai kepada bangsa lain khususnya Cina - itu juga provokasi ! 

Namun kita boleh berbicara mengenai menuntut - memperjuangkan hak orang Melayu - taraf ekonomi orang Melayu - keistimewaan orang Melayu tetapi jangan sekali - kali menyebut dari siapa atau dengan siapa lawan kita dalam perjuangan ini.
Satu perjuangan yang mengelirukan. Perjuangan menentang siapa? Siapa musuh kita? Siapa lawan kita? Apakah kita berjuang menentang bangsa Cina dan bangsa - bangsa lain.

Apakah kita berjuang menuntut agar perlembagaan kita digubal semula untuk memperuntukkan hak keistimewaan orang - orang Melayu?


Apakah kita berjuang sesama Melayu sendiri atau lebih tepat lagi dengan hipokrasi kepimpinan Melayu?
Mengenai peruntukan fasal - fasal dalam Perlembagaan Persekutuan:
(3) Islam sebagai agama rasmi persekutuan di cabuli haknya oleh orang - orang cina atau lain - lain bangsa? 
(32) Apakah kedudukan raja - raja Melayu dicabar oleh bangsa Cina dan bangsa -bangsa lain? 
(38) Apakah kuasa peruntukan Majlis Raja -Raja berhubung dengan daulah Islamiah di cabul oleh kaum Cina dan bangsa - bangsa lain di Malaysia? 
(152) Apakah penggunaan bahasa Melayu di tentang - cuba dihapuskan oleh bangsa Cina dan bangsa - bangsa lain? 
(153) Apakah hak keistimewaan orang - orang Melayu dicabar oleh bangsa Cina dan lain - lain bangsa di Malaysia?


Secara amnya, apakah perkembangan sedia ada dicabar - dicabul, ditentang dan dirampas oleh bangsa - bangsa lain khususnya Cina. Apakah jawapan kepada persoalan ini - tepuk dada tanya selera?

Perjuangan ini benar - benar mengelirukan. Kalau kita lihat perlembagaan , sudah cukup lengkap peruntukan dan fasal - fasal seperti 3, 32, 38, 152, dan 153 untuk menjaga hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu tetapi mengapa Cina juga yang maju .

Ketuanan Melayu mati - sekarang ketuanan Cina

Jangan terkejut kalau kita didepankan dengan kenyataan Tanah Melayu - Ketuanan Cina? Kenapa kita perlu gusar - kenapa kita perlu menganggap itu satu kenyataan berbau perkauman - kenapa kita katakan ini adalah satu usaha menghasut? 

Apakah kita tidak pernah sedar bahawa ketuanan harus datang dengan kuasa dan kuasa dalam negara ini adalah satu komoditi yang boleh diniagakan lantas memberi satu indikasi yang kukuh bahawa kuasa hadir dari pegangan ekonomi yang kukuh dan pemilikan yang padu - yang mampu membentuk satu ketuanan. Apakah ini bukan realiti kehidupan dan apakah kenyataan ini berbentuk hasutan.

Apakah salah kalau dikatakan bahawa pegangan ekonomi Melayu / Bumiputera yang tidak sampai 10% yang selainnya dipegang oleh bangsa lain khususnya Cina - tidak menjerumuskan kepada satu ketuanan baru menggantikan ketuanan Melayu? 

Apakah pemilikan equiti oleh bangsa lain khususnya Cina melebihi pemilikan Melayu tidak juga menyedarkan kita bahawa ketuanan kita telah berubah dari ketuanan Melayu kepada ketuanan Cina? 

Tidak sedarkah kita bahawa pegangan majoriti perniagaan - pemilikan tanah di bandar - bandar besar negara ini pasti menunjukkan siapa tuan dan siapa hamba? Apakah salah akhirnya kita secara ikhlas mengakui - Tanah Melayu - Ketuanan Cina?

Hari ini kita digesa berjuang - melawan entah siapa - bertanding dan bersaing dengan entah siapa? Kita hanya diberitahu Melayu Dalam Bahaya. 

Kita tidak mahu mencari asas kenapa kita perlu berjuang - kenapa kita perlu mengembalikan hak - hak kita dan tidak mahu jujur mengatakan kepada siapa yang sebenarnya hak - hak sekarang berada.

Kita terus digesa berjuang - ketuanan Melayu masih lagi menjadi satu bentuk idealisme perjuangan tetapi kita tidak ditentukan siapa saingan kita? Apakah kita perlu menentang bangsa Cina untuk memulihkan ketuanan Melayu? 

Apakah kita perlu bersaingan dengan cina untuk menentukan kuasa seterusnya menjadi tuan kembali di negara ini? Dengan siapa harus kita berjuang? Apakah kita perlu merampas kembali hak - hak kita yang telah di rampas oleh kaum Cina?

Hak Melayu di rampas oleh Cina?

Perjuangan se olah - olah dihalakan kepada menuntut kembali hak - hak Melayu, menuntut kembali pegangan ekuiti, menuntut pegangan ekonomi dan mengembalikan ketuanan Melayu. Ini di bicarakan - sebagai perjuangan. 

Apakah kaum Cina sudah merampas hak - hak keistimewaan Melayu dan bumiputera seperti yang di peruntukan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan? Apakah kaum Cina sudah merampas pegangan ekonomi orang - orang Melayu?

Cina kini memiliki pegangan ekonomi yang lebih kukuh dari Melayu. Cina memegang ekuiti yang lebih besar - pemilikan hartanah bandar dan pemilikan perniagaan yang jauh lebih baik dari Melayu. 

Cina sudah melangkah jauh sedangkan Melayu masih di situ. Dengan pegangan ini - apakah tidak ketuanan Melayu kita wajar diganti dengan ketuanan Cina? Apakah mereka sebenarnya merampas?

Tidak menjadi satu kesalahan bagai kaum -kaum lain di dalam negara majmuk kita bertindak untuk meningkatkan prestasi bangsa - menaikkan taraf kehidupan mereka dan menuntut sekiranya dapat untuk mengubah kedudukkan mereka di Malaysia.

 
Mereka berhak menjaga kebajikkan kaum mereka - berniaga dengan bersungguh - sungguh, memperolehi pegangan ekonomi yang besar, serta membeli dan memiliki harta. Mereka tidak merampas - mereka berusaha dan yang penting lain mereka tahu membezakan antara isu dengan falsafah politik. 

Mereka cuba dan terus mencuba dan dengan kekuatan ekonomi yang sedia terbentuk mereka mampu menggunakan kuasa ringgit dengan sempurna - dengan berhasil, atas apa cara sekali pun.

Kita memberi, mereka merasa, generasi kita merana


Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur. Kita beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk. Kita ghairah memperjuangkan pegangan ekonomi yang akhirnya balik kepada kaum - kaum lain. Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai bangsa kita sendiri.

Salah siapa?

Hak Keistimewaan Melayu sudah terkandung dalam Perlembagaan. Kuasa Kepimpinan Kerajaan di tangan orang - orang Melayu dan kita seperti mana peribahasa Melayu menasihati " terpulanglah - diracit halus - haluslah ia " . "Pisau di tangan kita" kenapa lain jadinya. 

Apa sebenarnya sedang berlaku. 

Apakah Ketuanan Melayu dikhianati oleh Melayu sendiri. 

Siapa dan mengapa? 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal