NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, October 28, 2019

TIMB. MENTERI KDN MINTA WANG DEPOSIT, FITNAH JAHAT FB OTAI BERSIH



Saya tidak berniat mempertahankan Datuk Azis Jaman kerana saya langsung tidak ada apa-apa kepentingan dengan beliau.

Malah saya tidak dibayar dan hanya beberapa kali bertemu ketika beliau dalam Pemuda UMNO dahulu entah beliau masih ingat saya atau tidak sekitar tahun 2009 seingat saya.

Daripada sudut politik pula, Datuk Azis Jaman kini merupakan seteru politik kerana beliau daripada Warisan manakala saya adalah UMNO.

Namun saya terpanggil untuk menjawab tohmahan dilemparkan FB Otai Bersih yang mendakwa kononnya Timbalan Menteri KDN membawa kontraktor dan bos gangster ke ujian di IPD Dang Wangi.

Tulisan tersebut jelas diterbitkan dengan niat jahat kerana mengaitkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan sekaligus memberi persepsi negatif terhadap PDRM.

Selain tohmahan palsu, pengendali FB Otai Bersih turut melemparkan fitnah tanpa bukti sahih kerana telah mendakwa Datuk Isz Mikail, Portland Arena Sdn. Bhd sebagai "kaki paw".



Bersandarkan tiga keping gambar, admin Otai Bersih membuat fitnah-fitnah jahat ke atas Timbalan Menteri KDN.

Saya juga berhubung dengan Datuk Azis bagi mendapatkan jawapan sama ada tohmahan yang dibuat oleh admin Otai Bersih adalah benar atau tidak.



Saya ingatkan beliau sudah lupakan dan tak kenal namun jangkaan saya meleset kerana Datuk Azis masih orang yang sama seperti saya kenal dahulu.

Beliau membalas mesej saya;

"Buss...lama kita tidak jumpa bha, apa sudah tidak mahu kawan kerana sudah tukar parti ke apa.?"

Saya jawab, beliau sekarang adalah Timbalan Menteri, segan pula untuk ajak ngopi seperti beliau Pemuda dahulu.

Apabila saya bertanyakan mengenai isu dan dakwaan Otai Bersih, Datuk Azis ketawa dan mengatakan dia bukannya memeriksa setiap latar belakang orang yang hadir dan bertemu beliau di pejabat.

Saya sangat setuju kerana sepanjang saya bekerja dengan Timbalan Menteri ketika BN menjadi kerajaan. Memang orang yang hadir bertemu bos saya terdiri daripada pelbagai latar belakang. 

Saya sendiri tidak pernah pula tanya, adakah tuan seorang gangster atau seorang scammer?

Justeru gambar Datuk Azis bersama sekumpulan individu antaranya Joe Wings satu foto biasa. Selain itu admin Otai Bersih turut mendakwa kononnya Datuk Azis Jaman meminta satu jumlah deposit untuk meluluskan lesen senjata api adalah fitnah jahat.

Ini kerana kuasa meluluskan lesen sejata api adalah kuasa Menteri KDN. Datuk Azis Jaman selaku Timbalan Menteri tiada kuasa meluluskan lesen senjata api.

Selain itu Datuk Azis Jaman juga dikatakan membawa beberapa individu ke IPD Dang Wangi kononnya untuk sesi latihan menembak dakwaan yang tak masuk akal kerana IPD Dang Wangi tiada lapang padang sasar.

Sebagai sahabat lama, saya berharap Datuk Azis Jaman terus melaksanakan tugas beliau dan tidak perlu membuang masa untuk melayan tohmahan Facebooker murahan.

Nampaknya dalam PH turut terdapat hantu raya yang mencari makan dengan buat serangan ke atas Menteri dan Timbalan Menteri mereka sendiri.

Tindakan yang dibuat oleh admin Otai Bersih satu modus operandi yang telah lama diamalkan blogger-blogger BN dahulu.

Daripada pemerhatian saya juga, admin Otai Bersih aktif mempromosikan Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Rahmatanlil' alamin.

Mungkin konsep Rahmatanlil' alamin yang diperkenalkan oleh Menteri Agama daripada Amanah telah mendidik admin Otai Bersih membuat fitnah terhadap kepimpinan dalam kerajaan sendiri.

Saya bercadang untuk panjangkan kes ini kepada Balai Polis IPD Dang Wangi supaya satu tindakan diambil ke atas admin FB Otai Bersih.

Justeru saya sarankan admin Otai Bersih menurunkan penerbitan beliau dan membuat permohonan maaf kepada Timbalan Menteri KDN, Ketua Polis KL dan IPD Dang Wangi serta warga PDRM amnya.

Jangan kata saya tidak memberi nasihat. 

Sebagai penulis kita bebas memberi pandangan atau mengkritik namun janganlah menimbulkan prasangka jahat dan fitnah tanpa bukti sahih.


YY : teruskan kerja bussku Azis Jaman untuk rakyat dan kebaikan negara.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal