Isu yang menyentuh sensitiviti kaum dilihat seperti tiada kesudahan, kenyataan DS Ismail Sabri tempoh hari memanaskan lagi suhu sentimen perkauman di Malaysia apabila MCA bertindak mengalahkan DAP.
Bagi saya kenyataan DS Ismail Sabri memang ada silapnya, namun beliau telah bertindak menjelaskan maksud tulisan di FB beliau. Malangnya, penjelasan tersebut seperti tidak boleh diterima oleh pemimpin cina terutama dari MCA.
Pada awalnya saya melihat tindakan Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon sekadar mahu menjuarai isu bagi kaum cina. Justeru, desakan agar menteri letak jawatan dilihat perkara biasa kerana orang UMNO juga pernah berkali-kali mendesak menteri MCA letak jawatan sebelum ini.
Namun, hampir seminggu berlalu tindakan Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon dilihat semakin keterlaluan. Serangan terhadap DS Ismail Sabri makin diperhebatkan, tidak cukup dengan lebih 30 laporan polis MCA semakin bertindak melampau.
Terbaru Senator Chong Sin Woon meminta DS Ismail Sabri balik tanam ubi dan ternak lembu. Kenyataan tersebut difahamkan dibuat dalam sebuah akhbar berbahasa cina sebagaimana dinyatakan oleh Facebookers Sya.
Nampaknya gesaan Presiden BN, DS Najib Tun Razak yang meminta agar polemik harga barang dengan isu perkauman dihentikan sedikit pun tidak diendahkan oleh Ketua Pemuda MCA.
Mungkin Ketua Pemuda MCA mahu menjadi hero bagi kaum cina kononnya beliau sensitif dan prihatin dengan isu-isu yang membabitkan serta menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia.
Tapi dia terlupa bahawa akhbar milik MCA lebih rasis jika mahu dibandingkan dengan kenyataan DS Ismail Sabri.
Ini kerana The Star antara akhbar berbahasa Inggeris yang paling kerap menyiarkan artikel berbentuk perkauman selain menghina sensitiviti umat Islam.
Jika Senator Chong Sin Woon benar-benar mahu Malaysia masyarakat Malaysia bebas dari melakukan perbuatan yang menyentuh sensitviti kaum serta penghinaan agama beliau sepatutnya mendesak kepimpinan MCA menukar Ketua Pengarang The Star.
Recap akhbar milik MCA yang menghina dan menyentuh sensitviti umat Islam :
The Star pernah mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.
2 May 2008 - The STAR ruangan komik , bahagian bawah telah menyiarkan karikatur 'The flying mccoys' - karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
10 Ogos 2011 - The STAR ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds" - babi panggang untuk berbuka puasa disiarkan dalam bulan Ramadhan.
27 Februari 2012 - The STAR dalam ruangan Music telah menghina kalimah Allah melalui penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo kalimah Allah pada dadanya yang terdedah.
Cukup dulu setakat itu untuk tatapan Ketua Pemuda MCA.
Sebagai penutup kalau DS Ismail Sabri diminta balik ternak lembu dan tanam ubi kerana mengeluarkan kenyataan rasis.
Bolehkah kami ingin meminta jasa baik Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon agar turut meminta Ketua Pengarang The Star balik Tiong Shan ternak babi..?
Arioss..!
YY : Paku dulang, paku serpih, MCA kata menteri UMNO tapi akhbar MCA lagi lebih!