NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, August 30, 2019

PETRONAS DAGANG SISIHKAN PRODUK IKS?


Baru-baru ini timbul satu dakwaan Petronas Dagang Berhad sisihkan produk usahawan tempatan (IKS) daripada dipasarkan di Kedai Mesra di stesen-stesen minyak Petronas.

Menurut satu sumber Petronas Dagang kini kerap menghantar pegawai untuk membuat pemeriksaan ke atas stesen-stesen minyak Petronas dan mengetatkan syarat urusniaga untuk produk-produk IKS dipasarkan di Kedai Mesra Petronas.

Berdasarkan sumber tersebut jika sebelum ini pegawai-pegawai ini hanya turun setiap sebulan sekali kini mereka turun seminggu sekali untuk memastikan produk IKS tidak melebihi produk jenama luar.

Tindakan Petronas Dagang seolah-olah tidak mahu produk-produk IKS dipasarkan dalam Kedai Mesra Petronas adalah tidak sejajar dengan aspirasi kerajaan supaya pengusaha IKS bersaing dengan produk antarabangsa.

Berikut mesej yang tersebar melalui WhatsApp :


Kita berasa bangga anak syarikat Malaysia PETRONAS mempunyai cawangan stesen minyak paling banyak di Malaysia lebih kurang 1050 cawangan.

Tapi kita rasa kecewa sikit tentang urusniaga mereka terhadap IKS dan produk tempatan berbeza dengan produk antarabangsa kebelakangan ini jelas ZAMRI ZAIMON presiden PEMA apabila beliau melawat aktiviti IKS di beberapa stese PETRONAS di Kuala Lumpur.

Kebelakangan ini Pentadbiran pusat PETRONAS DAGANG BERHAD kerap menghantar pegawai-pegawai mereka melawat secara mengejut ke setiap stesen untuk mengetatkan urusniaga IKS dan produk tempatan.

Biasanya mereka melawat sebulan sekali atau beberapa bulan hanya nak pastikan produktiviti dan info terbaru yang di keluarkan oleh pentadbiran pusat.

Tetapi sebaliknya mereka hantar pegawai hampir setiap minggu semata-mata untuk memastikan urusniaga IKS tidak melebihi produk antarabangsa dengan alasan mereka membayar sewa bulanan.

Adakah ini yang disarankan kerajaan untuk menjaga ekonomi tempatan lebih- lebih lagi kebanyakan IKS dan produk tempatan dimiliki oleh bumiputera.

Ini pernah berlaku di pasaraya besar sehingga susah kita nak lihat IKS boleh bersaing dengan produk antarabangsa.

Berbagai undang-undang dan S.O.P dibuat hingga susah nak nampak IKS menonjol atau sekurang-kurangnya capai jualan lebih RM1 juta setahun.

Produk mereka diletakkan belakang kadang-kadang ruang yang kecil yang tidak popular untuk pengguna lalu. Bila jualan mereka agak perlahan mereka dikenakan denda keluarkan produk mereka dari pasaraya tersebut.

Sekarang sudah mula perkara yang sama berlaku di stesen minyak dengan alasan jualan mereka tidak mencapai KPI, sedangkan produk mereka tidak dapat menonjol.

Agak sukar untuk IKS dan produk tradisional bersaing dengan produk antarabangsa atau syarikat besar yang jualan mereka RM10 juta ke RM Ratusan juta yang memberi alasan utama kemampuan membayar sewa atau faktor kos logistik yang tinggi.

Jika dibenarkan pun produk mereka diletakkan bahagian belakang atau tempat yang tidak popular oleh pengguna.
Akibat itu juga mereka diarah untuk keluarkan produk dari stesen minyak tersebut sebab tidak mencapai KPI macam produk antarabangsa.

Kadang kala pemilik atau pekerja stesen minyak tersebut membuat aduan ada diantara wakil syarikat produk tersebut mengambil gambar kawasan utama kaunter terus hantar ke pusat Petronas DAGANG KL untuk mereka memberi tekanan kepada mereka.

Tidak sampai 1 ke 2 minggu sampai lah pegawai dari petronas dengan memberi alasan penilaian markah akan dikurangkan jika melanggar peraturan.

PEMA dapat rungutan dan aduan daripada pihak stesen minyak, jualan mereka telah mula menurun jika tempat IKS tidak menjadi tumpuan pengguna hanya bertumpu di kaunter. Pengguna juga selalu ingin kan produk-produk yang asli "FRESH" yang selalu disediakan oleh IKS dan Produk Tradisional.

Apakah sikap PETRONAS DAGANG BERHAD hanya ingin nampak kuota stesen minyak janji ada jual tetapi tidak menghiraukan jualan dan nasib mereka lebih-lebih lagi tidak laku pasti banyak kerugian.

PERTUBUHAN PENGGERAK EKONOMI ISLAM MALAYSIA (PEMA) mengakui faktor "PLANOGRAM" menjadi masalah kepada pasaran IKS dan produk tradisional di Malaysia untuk sesuatu pasaran.
Kita juga mengucapkan terima kasih kerana IKS dan Produk Tradisional diberi kelonggaran untuk urusniaga di stesen-stesen minyak.

Cuma kita dapati mereka secara perlahan akan menghakis ekonomi IKS dan tradisional dan bagi yang lemah akan terus gulung tikar sebab mereka kecil. Kita juga dapati ada juga IKS yang dapat menyumbang jualan harian mereka.

Apa pun kita mengharapkan pihak PETRONAS DAGANG BERHAD meneliti semula sistem yang dibuat untuk urusniaga IKS dan Produk tradisional yang berurusan dengan mereka.

Kita di NGO lebih selesa jika PETRONAS DAGANG BERHAD bertemu dan berbincang dengan kami untuk kaedah yang berkesan untuk menjaga kebajikan IKS dan Produk tradisional.

PEMA hampir 3 tahun telah melantik beberapa aktivis turun melawat sambil membantu dan bekerjasama dengan IKS yang berurusan dengan stesen minyak.

Malah kami sedang membantu dan kerjasama beberapa IKS termasuk memberi modal untuk mereka mengembangkan perniagaan mereka. Lebih 300 stesen minyak yang PEMA telah lawati cuba berurusan dengan mereka , dengan ini, secara tidak langsung dapat bekerjasama dengan IKS-IKS..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal