NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, December 7, 2019

#PAU2019 : TEKS UCAPAN NURUL AMAL, NAIB KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA



TEKS UCAPAN SAUDARI NURUL AMAL BINTI DATO’ MOHAMAD FAUZI, NAIB KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA SEMPENA SESI PENANGGUHAN PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA 2019.

Bismillah Nirahman Nirahim.

Assalammualaikum WBT,Salam Perjuangan buat semua.

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia,   
  
Yang Berbahagia Dato Zahida Zarikh Khan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, 

Yang Berhormat dan Yang Berbahgia Wakil Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Barisan Pegawai,Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri-Negeri

Para perwakilan yang saya kasihi, Dif-Dif jemputan, para pemerhati, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah S.W.T.


Suka saya memulakan ucapan saya ini untuk mengajak seluruh dewan memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan segala izinNya kita Pergerakan Puteri UMNO yang bergelar Puteri Pembangkang dapat bersidang,berkongsi idea dan pandangan hingga ke petang ini dengan lancar dan baik untuk tahun kedua. 

Sesungguhnya jika tahun lalu kita hadir dalam hati yang gundah,
setelah kalah pada 09 Mei 2018, TETAPI
tahun ini kita hadir sebagai pejuang yang telah jitu dan padu semangatnya setelah kita mendapat  isyarat rakyat di Cameron Highland, Semenyih, Rantau dan Tg Piai.

Kemenangan yang kita perolehi adalah pengorbanan daripada semua pihak, tidak kira wang ringgit mahupun masa untuk bersama sama dengan rakyat untuk menolak PAKATAN HARAPAN.
Kekalahan kita tidak sesekali menjadi asbab kita direndahkan, diperkotak-katikkan. 

Seperti bait syair Mutanabi:

Orang yang berakal menjadikan seksa, sebagai nikmat menjadi hebat. Lantaran orang bodoh,  menjadi rendah dan lemah dalam nikmat terbanyak.

Benar sejarah tidak pernah menipu bahawa UMNO adalah parti yang paling berjasa. Tetapi kegilaan yang menyebabkan kita lupa dan alpa ,adalah merasa kagum terhadap diri sendiri. Bongkak dengan apa yang kita ada sehingga kita lupa menyelidiki kelemahan diri sendiri.


Sahabat Perwakilan Puteri sekalian,

Hari ini 5 Disember 2019 kita bersidang. Angka 5 ini sebenarnya banyak maknanya. Manusia mempunyai 5 deria iaitu melihat, mendengar, merasa, menghidu, dan sentuhan, untuk membentuk satu persepsi.

Dalam konteks agama ,Kita mempunyai 5 Rukun Islam.

Dan Tahukah sahabat semua surah ke-5 dalam Al-Quran surah Al-Maidah merupakan surah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang menunggang unta, dan baginda hampir rebah kerana 120 ayat surah Al- Maidah sangat berat. 

Tetapi dengan kekuatan dan semangat baginda, baginda tetap teguh….
 Kerana baginda adalah pesuruh Allah yang membawa utusan ayat-ayat Allah buat umat manusia. 

BEGITULAH KITA, 5 haribulan ini kita berkumpul atas kerana tanggungjawab kepada bangsa, agama dan Negara.

Seberapa sakit dan perit pun dugaan yang kita hadapi semangat dan jiwa tetap harus kuat. Walau terkadang kita mahu berputus asa, dengan segala dugaan yang hadir, 
kita tetap harus bangkit dan kembali menyusun langkah perjuangan.

Sidang Perwakilan Sekalian,

Hari ini kita boleh bergembira dengan kemenangan yang kita perolehi. Tapi jangan sesekali kita leka dan lupa rakyat sedang memerhatikan kita, 
rakyat sedang menilai gerak geri kita, 
rakyat sedang menggunakan kuasa mereka
Rakyat boleh memilih pakatan harapan pada PRU yang lalu, 
dan rakyat boleh memilih dan percaya kepada kita walaupun kita bukan lagi memerintah. 
Jika kita tergelincir daripada kehendak rakyat, tidak mustahil kita akan di tolak kembali. 



5 Disember saya gagaskan 5 perkara,buat seluruh perwakilan.
Pertama PRINSIP.

Prinsip perjuangan kita semua demi agama, bangsa dan negara. Jangan sesekali kita gadaikan prinsip dan lupa kepada kuasa rakyat.

Kedua PASAK.

Pasakkan dalam jiwa untuk kita ambil kembali Putrajaya dan kembali memegang tampok kuasa Negara.

Ketiga PEKA.

Sentiasa peka terhadap sekeliling kita, segala isu agar kita tidak jadi pemimpin yang terpinga-pinga.

Keempat PROGRESIF. 

Gagasan progresif Puteri bukan sekadar sembang kosong atas angin. Malah, pendekatan progresif kita adalah sesuatu membuahkan perubahan sebenar di akar umbi.

Kelima PROAKTIF.

Puteri harus merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian.

Contoh PRU awal dan PRK yg tak diduga
PRINSIP, PASAK, PEKA, PROGRESIF DAN PROAKTIF
Sama samalah kita sematkan di dalam hati sebagai pejuang puteri di kala pembangkang.

Sahabat Perwakilan Puteri sekalian,

Dalam kita mahu memastikan kestabilan parti, kita harus mencari jalan supaya rakyat CINTAKAN KITA, SAYANGI KITA, KENALI KITA, DAN PERCAYA KEPADA KITA dan mengharapkan kita untuk membela mereka.

Kita harus kembali kepada asas perpaduan iaitu sikap dan semangat setia kawan, dia kala kita berada di zaman UMNO memerlukan kita.

Terkadang merenung jauh, menangis di dalam dada, menahan kesakitan, tak sanggup melihat derita yang di perlakukan PH kepada rakyat. Betoll??

Ramai yang kehilangan kerja. Betol??

Ramai yang susah dengan kos sara hidup. Betoll??

Ramai yang merungut nasib mereka tidak di bela. Betoll??

Ramai yang menangis kerana suara mereka tidak di endahkan. Betoll?

Dan ramai mahasiswa menderita di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Betol??

Di kala inilah mereka memerlukan kita untuk menjadi suara untuk menongkah kezaliman PAKATAN HARAPAN. Dikala inilah juga semangat setia kawan di peringkat bahagian di perlukan. Buang sikap suka menyalahkan, buang sikap suka meletakkan beban, sebaliknya kita memikul beban bersama sama demi melihat parti di julang semula.

Kita tidak sanggup melihat PH menukar sejarah kita, kita tidak sanggup membiarkan nenek moyang kita menangis kerana PERJUANGAN MEREKA TIDAK DI SAMBUNG.

JANGAN KITA BENCI KAWAN KERANA MUSUH, DAN JANGAN KITA PERCAYA MUSUH DAN KITA HILANG KAWAN.

Pergerakan Puteri UMNO akan terus dengan peranannya. 
Tetap bersatu hati menjadi benteng parti.
Tetap berdiri gagah menongkah cabaran.
Tetap lasak menangkis serangan.





Sahabat Perwakilan sekalian,
Ingat sahabat semua, kulit tak menggambarkan isi, nama tak menggambarkan inti. 
Dengan tawadhuk, kita mengaku perjuangan kita bukan pada nama, tapi amalannya. 
Kita akan tentang habis-habisan, ancaman kepada kesucian aqidah Islam. Rakyat rindukan keharmonian dan kemajmukan dalam Negara. Kita akan transformasikan politik persepsi kepada politik menilai dan mengkaji. 
Perjuangan kita hari ini memerlukan 
KEKUATAN SEMANGAT, KEBERANIAN JIWA, RELA BERKORBAN DAN SEDIA MENANGGUNG BEBAN. 

LA TAKHOF WA LA TAHZAN, INNALLA’HAMA ’ANA.
JANGANLAH KAMU TAKUT DAN JANGANLAH KAMU BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH ADA BERSAMA KITA.

Akhir kata, semoga Allah memberi kekuatan luar biasa kepada kita semua menghadapi liku perjuangan ini. Semoga Allah sentiasa menyatukan hati kita semua,dihindarkan kita semua dari segala hasad dengki dan perpecahan sesama kita. Atas segala usaha, kepada Allah juga kita serahkan segalanya.

PANTUN : ( MEMINJAM DARI YB DATO WIRA HAJI JAZLAN )
Kasih ibu sampai ke syurga
Kasih bapa begitu jua
Di kala menang kita bangga
Di kala kalah kita setia

Sekian wa billahitawfiqwalhidayah, assalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal