NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Azizan. Show all posts
Showing posts with label Azizan. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

[VIDEO] : Kebajikan Terabai - 200 Kakitangan KUIN Anjurkan 'Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0'

Akibat kebajikan mereka tidak terbela, 200 kakitangan KUIN akhirnya bertindak mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Dato Jamil Osman meletak jawatan sebagai Rektor KUIN. Dato Jamil Osman dilantik sendiri oleh Pengerusi KUIN iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Seri 'Tai Chi' Azizan Razak.

Sebagai Pengerusi KUIN Datuk Seri 'Tai-Chi' Azizan Razak sepatutnya bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang melanda kebanyakkan kakitangan KUIN.

Ini kaaa yang depa dok kata 'Kedah Sejahtera' tu...?

Habaq mai sat!

Dari blog Team Media Kedah :

3 Jun - Isu KUIN semakin panas apabila seramai lebih 200 orang kakitangan KUIN mengadakan himpunan mendesak Dato’ Jamil meletakkan jawatannya sebagai Rektor KUIN. Himpunan yang dinamakan ‘Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0” itu diadakah dihadapan pejabat Rektor dan disertai pelbagai lapisan gred kakitangan KUIN dan juga turut disertai oleh pelajar KUIN.

Walaupun hujan, namun kakitangan KUIN tetap keluar di lapangan hadapan Pejabat Rektor bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Selain daripada warga KUIN turut kelihatan pihak keselamatan, wartawan media, alumni KUIN dan orang masyarakat setempat.

Desakan Jamil meletak jawatan itu adalah kerana kakitangan KUIN sudah hilang kepercayaan kepada beliau yang telah banyak mengabaikan kebajikan kakitangan dan juga pelajar. Ini ditambah lagi dengan kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang tidak mampu beroperasi dengan sendiri dan terpaksa bergantung kepada kewangan KUIN yang akhirnya mencetuskan krisis kewangan yang sangat kritikal.Berpunca daripada krisis pentadbiran yang hilang amanah dan pengurusan kewangan yang tidak cekap, maka kakitangan dan pelajar diheret menjadi mangsa seperti...



Baca selanjutnya di blog TMK [klik] 

Saturday, June 16, 2012

#SaveKedah : Rakyat Kedah Terus Sejahtera Apabila Dapat Menari Dengan DJ Liz Candy


Rakyat Kedah sekarang memang sejahtera, apa tidak sejahtera jika dapat menari dengan DJ Liz Candy dari France iaitu DJ wanita paling top di dunia. Kehadiran DJ Liz Candy di malam pembukaan kelab malam View Night 'View Night Grand Opening' di Tesco Mergong, Kedah ini menunjukkan sikap munafik PAS dalam perjuangan mereka.


Bunting yang digantung di sekitar Alor Star ini jelas adalah cubaan untuk mempromosikan kehadiran DJ Liz Candy serta mengajak rakyat Kedah untuk 'Dance With DJ Liz Candy'. Nampaknya polisi PAS Kedah, Kelantan dan negeri-negeri lain cukup berbeza.

Perjuangan untuk menubuhkan negara Islam hanyalah omong kosong PAS yang sampai kini tidak berkesudahan. Dengan mempromosikan lagi aktiviti sebegini jelas menggambarkan kepada kita bahawa PAS itu hanyalah sebuah parti politik yang penuh dengan hipokrasi.

Dari blog Cheritera Seribu Satu Malam :
Penulis berpendapat selepas kerajaan Kedah jatuh ke tangan pembangkang dan kemudian dipimpin oleh barisan Parti Islam Se-Malaysia, dah tak akan ada pusat-pusat hiburan yang lagha ni..sebab apa yang dikatakan pada manifesto yang lepas, pusat-pusat hiburan akan ditutup. 
Tapi sekarang yang hakikatnya bukan main lagi siap promosi pakai banner dan bunting gantung dekat tiang-tiang lampu sekitar Mergong dan lebih mengejutkan seorang DJ International dari Perancis juga dijemput hadir bagi merasmikan kelab tersebut.

Kalau tak silap penulis, ini merupakan kali pertama yang penulis jumpa, sebuah kelab malam mempromosikan majlis GRAND OPENING mereka kepada umum secara terbuka dan kebiasaannya perkara sebegini hanya disebar mulut ke mulut sahaja dan dibuat secara DISCRETE, di mana hanya kaki tegar kelab malam sahaja yang akan tahu tetapi lain pula di Mergong dan ianya amat mengecewakan.

Isu bahawasanya kelab 'VIEW NITE' hanyalah dibuka untuk patron atau pengunjung bukan Melayu, boleh dipersoal. Percaya atau tidak, salah seorang daripada DJ kelab hiburan tersebut merupakan seorang Melayu dan kebarangkalian untuk mereka yang beragama Islam untuk hadir adalah sangat tinggi.
Gambar panas dan cerita lanjut [KLIK] 

YY : Dulu Ostat pandai 'tai-chi' jaa... Laa ni dah pandai disko nooo..! Sejahtera sunggoh Kedah laa ni! kikikiki!

Tuesday, April 24, 2012

MB Kedah Perlekeh Istana?



Oleh : Beruang Biru  
Azizan Perlekeh Istana Kedah Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak buat kesekian kalinya membuktikan sifat takbur Ulama-ulama PAS apabila meletakkan fatwa yang di keluarkan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak, sebagai tidak boleh dicabar atau dirayu atau disemak dinafikan atau dipersoalkan oleh mana-mana 
Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. Alasan beliau iaitu fatwa Ulama adalah jauh mengatasi sistem mahkamah seolah-olah meletakkan kedudukan Ulama menjangkaui taraf manusia biasa iaitu tidak mungkin berbuat silap, malah mungkin juga berhak mengampunkan dosa manusia lain seperti mana yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz. 
Pendirian seperti ini, jelas menyalahi ajaran Islam dan menyerupai Kristian yang meletakkan padri sebagai wakil Tuhan. 
Sedangkan menurut Islam, Ulama juga manusia biasa iaitu ada kelemahan masing-masing malah Islam juga memperingatkan kita tentang wujudnya Ulama jahat hatta sejahat-jahat manusia ialah Ulama yang jahat. 
Jika tidak, tidak mungkin kita diperingatkan tentang Ulama-ulama jahat yang sering menyesatkan ummah. Fatwa bukan statik dan ia boleh berubah atau dipinda mengikut kesesuaian masa. 
Ia juga bukan satu hukum tetapi merupakan pandangan tentang hukum agama. Ulama pula bukan maksum dan bukannya menerima wahyu terus dari Allah SWT. Oleh yang demikian, apakah jaminannya yang pandangan para Ulama tersebut tepat? 
Dan apa pula jaminan yang Ulama yang terlibat dalam membuat fatwa itu adalah Ulama yang sebenar-benarnya sedangkan ijazah agamanya hanya diiktiraf oleh manusia, bukan Allah SWT.    
Sesiapa juga, hatta orang kafir juga jika mengikuti pembelajaran agama Islam di universiti dan belajar bersungguh-sungguh tidak mustahil akan lulus dengan cemerlang juga. Maka apakah mereka juga boleh dikira sebagai lebih tinggi darjat di sisi Allah SWT dan diangkat sebagai Ulama? 
Akibat dari ‘ketakburan’ kerajaan PAS ini, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Mansor Tunku Kassim telah membuat kenyataan yang membayangkan pihak istana juga merasa tersinggung kerana tindakan ini dikhuatiri mencabar kuasa DYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri. 
Jika Ulama-ulama PAS sudah meletakkan diri mereka sebagai lebih tinggi darjat dan taraf dari manusia biasa, maka Tunku atau DYMM Sultan juga tentunya berada di kedudukan lebih rendah dari mereka serta tidak berhak mempersoal atau mencabar pandangan mereka. 
Dari segi rekod, bukan sesuatu yang asing apabila fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa bercanggah atau berbeza dan kemudiannya diubah setelah mendengar pandangan umum. 
Ini adalah perkara biasa kerana yang terlibat di dalam Majlis Fatwa ialah manusia biasa. Kerajaan negeri Kedah seharusnya kembali berpijak di bumi nyata dan merendah diri. 
Bukankah Ulama itu seharusnya bersifat zuhud dan sedia mendengar pandangan semua. Kedegilan dan ketakburan yang ditonjolkan oleh kerajaan Negeri Kedah hanya menjauhkan lagi orang kafir dari Islam.

Cukup-cukuplah PAS mencemarkan imej dan nama agama Islam, janganlah ditambah lagi penghinaan terhadap orang Islam dengan menunjukkan sikap yang bertentangan dengan Islam.

Entah kenapa PAS sering menonjolkan sikap yang salah di tempat yang salah. Contohnya, apabila perlu bertegas dalam isu murtad, mereka berlembut tetapi apabila perlu bersikap terbuka seperti dalam isu fatwa ini, mereka berdegil dan berkeras pula. 
Kita pasti, pemimpin PAS Kedah bukannya akan mengambil masa untuk merenungkan kebenaran dalam artikel ini, tetapi sebaliknya tidak akan membuang masa langsung untuk mencaci dan menuduh penulis sebagai jahil, sesat dan sebagainya. 
Begitulah sifat orang yang takbur akibat terlalu sibuk mengejar dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal